Monday, October 23, 2017

# travelblogger

Kembara Blogger Johor Part 2 | Di Ekspo Johor Berkemajuan

Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Selepas kami ke Eco Tourism Kampung Sungai Melayu,kami di bawa ke Ekspo Johor Berkemajuan yang terletak tidak jauh dari kampung Sungai Melayu iaitu di Dataran Mahkota Iskandar di Nusajaya.
Ekspo  Johor Berkemajuan di wujudkan bagi menghebahkan dan maklumkan kepada rakyat mengenai pencapaian,perancangan serta hala tuju pembangunana dan inisiatif yang akan memanfaatkan rakyat Johor.
Pada aku,Ekspo seperti ini memang patut diwujudkan kerana tak semua warga Johor khususnya mengetahui tentang satu-satu daerah persekitaran yang ada di Johor ni.Dengan adanya Ekspo ini,secara tak langsung kita mengenali sesuatu daerah dan keunikkan serta apa yang ada di setiap daerah di Johor ini.
Ekspo ini telah berlangsung pada 6 hingga 14 Oktober 2017dan menyasarkan 500,000 pengunjung.Dan aku rasa pengunjung yang datang lebih kot.Ekspo Johor Berkemajuan ini memfokuskan 12 aspirasi Johor ke arah menuju Wawasan Johor Berkemajuan ,termasuk Johor Prihatin,Johor Selamat,Johor Berbudaya,Johor Islamik dan Perumahan Johor.
Apa yang terdapat di Ekspo Johor Berkemajuan ni?
Pelbagai aktiviti yang ada di sini masa kami kembara Blogger turun ke sini.Antaranya ialah
  • Forum Perdana Hal Ehwal Islam
  • Jualan Usahawan IKS Tempatan.
  • Karnival Kerjaya.
  • Karnival Jualan Mega Muafakat Johor
  • Pelancaran Dasar Kelestarian Johor.
Disitu juga ada Cabutan bertuah kepada pengunjung,Pameran Kluster dan Food Truck.Macam-macam lagilah yang kami tengok disitu.Semuanya pasal Johor.

Selain itu korang boleh lihat agroculture setiap negeri tau.Bukan sahaja boleh dilihat,malah boleh dibeli hasil yang dikeluarkan oleh setiap Negeri.Rasa nak borong je semua tau.

Agricultural Power House Segamat
Banyak sebenarnya kalau aku nak cerita pasal Ekspo Johor Berkemajuan ni.Cuma tak boleh lah nak masukkan semua dalam blog.Insyallah..Kalau tahun depan ada lagi,aku war-warkan dekat korang ye.

Sempatlah aku meninjau-ninjau tempat menarik yang ada di sini.Dalam pada tu sempatlah jugak aksi bermain golf..hahaha...pertama kali pegang kayu golf ni tau.



Sempat jugaklah merasa naik ni.Bukan sebarang 4x4 tau..kat atasnya kalau korang travel jauh,bila penat,bolehlah berehat di atas ni.Ada tilam tau
Kalau korang yang nak bercuti 



 Salah satu Mercu Johor Bahru

Lama kot tak naik beca.Kalau kat bandar Johor ni memang payah nak jumpa.Kalau dekat Muar insyallah korang akan jumpa beca ni.

Di Ekspo Johor Berkemajuan juga korang dapat lihat bagaimana songket dibuat.Hah...boleh beli sekali tau songket yang di jual di sini


Bersama orang kuat MITA

Agro Johor
Selain dari hasil tanaman,ada  juga pameran penternakkan..Korang boleh tengok baka-baka Lembu,kambing dan juga ayam.

Ada kat satu tempat tu dia jual ayam hampir beribu tau harganya kerana keunikkan ayam itu lah harganya tinggi.



Galeri Di raja Johor
Selain itu juga korang yang ingin tau tentang salasilah Sultan Negeri Johor,Galeri Di Raja Johor ini menceritakan tentang adat istiadat Sultan Johor,selain itu gambar-gambar Kesultanan Negeri Johor sekarang tau.

Jenuh tau pusing satu Ekspo ni.Ada jugak tempat yang kami tak sempat nak pergi.Tapi seronok kerana dapat tahu serba sedikit tentang apa yang menariknya di Johor yang aku sendiri tak tahu.

Bukan pameran itu sahaja ye,Badan-Badan beruniform juga turut serta di Ekspo Johor Berkemajuan.


Aku harap Ekspo ini akan diadakan lagi untuk menarik minat warga Johor sendiri mengetahui keistimewaaan setiap Negeri dan peluang-peluang yang kita sendiri belum pernah alami.


Hah... inilah salah satu kenapa korang WAJIB melawat Johor tau.

Baca juga entry ini










Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

11 comments:

  1. Hehe...kat Muar xde beca dah sis. Ekspo yang menarik. Harap dapat tarik audience dari negeri lain jugak

    ReplyDelete
  2. baru tau ada agro johor..hihii

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum eda...yer la dulu masa mama kecik arwah abah ada beca tapi skg dah x ada lg...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  4. wah !! bestnya !! angin johor memanggil kakak lagi lepas baca entri2 awak pasal trip g johor.. huu~

    ReplyDelete
  5. Seronok pergi Ekspo.macam-macam ada!

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81