Friday, October 27, 2017

# johor bahru # travelblogger

Kembara Blogger Johor Part 9 | Kopi Kluang Cap Televisyen

Assalamualaikum
Hai korang☺☺☺Selepas kami bersarapan di Tunamaya Beach & SPA Resort,kami bergerak ke destinasi seterusnya di Kluang.
Siapa kat sini hantu Kopi? Pernah tak korang tau bagaimana kopi dihasilkan.Hah..Destinasi pertama untuk hari ketiga ini adalah Kami melawat Kilang memproses Kopi.Pernah dengar tak Kopi Cap Television.

Kenapa dinamakan Kopi Televisyen.Sebenarnya ada cerita tersendiri tau mengapa dia menamakan Kopi cap Televisyen ni.Aku pun tak berapa nak ingat.Tapi yang aku tahu,ada dekat satu kampung ni,memang susah nak tengok tv.Kiranya tak ramailah yang ada TV di kampung tu.Yelah..dulu-dulu kan susah.Tapi bila pengusaha kopi tu,membeli TV,diajaknya orang kampung untuk minum kopi sambil tengok TV.Hah..kira dari situlah tercetusnya idea nak gunakan Televisyen sebagai pengenalan kopi ni..Ni yang aku ingatlah tapi korang tak boleh pakai fakta aku ni.takut aku salah dengar...hehehe
Masa kami datang ke Kilang kopi ni,masih dalam renovation kerana katanya akan dibuat Cafe supaya senang untuk orang ramai merasai sendiri kenikmatan kopi mereka..bagus betul usaha mereka kan..Moga terus success.

3 Jenis Kopi ini di campur untuk menghasilkan kopi yang sedap.Apa jenis kopi yang dicampurkan untuk menjadi Kopi yang sedap ni?

  • Rabusta dari Indonesia
  • Arabica dari Colombia
  • Lybarica atau lebih dikenali dengan kopi Biji Gajah dari Malaysia

Kami diberi kan taklimat bagaimana kopi ini dihasilkan.Selama ni kita tau minum je kan..hah ni hah..
Seperti yang diberitahu,Kopi akan dimasak selama 20 minit di iron plate  dan dikacau selama 10- 15 minit.Kemudian ia dimasukkan ke dalam Mesin khas untuk dipisahkan menjadi bijian.Selepas itu ia diasingkan untuk menjadi serbuk.Kemudian ia dimasukkan ke dalam tin

Kopi yang dikeringkan
Siap untuk diasingkan 


Ada dua jenis kopi iaitu Black Coffee dicampurkan dengan gula dan majerin manakala White Coffee adalah 100% coffee bean





Selepas melihat bagaimana Kopi dihasilkan,kita beralih pula kepada kerja-kerja mempacking kopi



Kopi Uncang



kopi yang sudah dilabelkan dan di packing

Sempat jugalah kami dijamu minum kopi.Ada dua kopi yang disediakan iaitu kopi O dan kopi susu..seriously memang sedap tau.Minum kopi sambil makan roti kaya dan nasi lemak..Fuhhh..memang mengancam tau



Pada mulanya aku mencuba Kopi Susu..Memang terbaik.


Kemudian aku mencuba pula Kopi O..haha..dah nama orang tua,wajiblah pekena Kopi O kan..Serius sedap


Di satu sudut sebelum pintu keluar,korang boleh membeli pelbagai jenis kopi yang dijual di kedai Kopi ni.Memang rambang biji mata tau nak pilih.


Peminat kopi kan.haruslah membeli 3-4 paket untuk dibawa balik.Kebetulan stok kopi kat rumah pun dah nak habiskan.So wajib topup dengan Kopi Cap Televisyen


Di luar kilang ni,terdapat pokok Kopi yang ditanam mengikut jenisnya.




Sebelum keluar sempatlah kan kami bergambar.

Bergambar kenangan bersama staff di Kluang Coffee

Untuk korang yang ingin membuat lawatan dan membeli kopi bolehlah melihat alamat yang disediakan di bawah.


Kluang Coffeee Powder Factory Sdn Bhd
76 Jalan Besar,Kampung Yap Tau Sah
86000 Kluang 
Johor
W: http://kluangcoffee.com.my

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

4 comments:

  1. Saya peminat kopi ..

    Lama juga tak minum kopi..

    Terbaca lagi artikel tentang kopi..

    Lagi lagi teringin nak minum kopi

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum eda..seronok dpt pergi tengok sendiri ke kilang kopi ni...tambah pengetahuan...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  3. Syoknyaa..... unik eh nama nya..hahaha~ nicee....ok..senang ingat...
    InshaALLAH boleh datang kalau ke sana..hehe

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81