Monday, October 30, 2017

# benefit of health

Khasiat Teh Hijau Yang perlu diketahui

Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Lately ni,sangat risau dengan kesihatan,nak buat fully checkup kat klinik,madang je takde masa,Tapi dalam pada tu aku ada jugaklah mengambil langkah untuk menjaga kesihatan.Terutamanya pengambilan makanan iaitu mengurangkan garam dan juga gula..
Siapa kat sini yang mengamalkan pengambilan Teh Hijau? of course aku akan angkat tangan kerana aku adalah salah seorang yang mengamalkan pengambilan Teh Hijau.
Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu tentang Khasiat Teh Hijau ni kan.Teh hijau ini adalah tumbuhan yang mampu memberikan kita kesihatan dan menngawal serta mencegah pelbagai jenis penyakit.Teh hijau ni mengandungi nutrien dan antioksida semulajadi yang dikenali sebagai Polifenal.
Antioksidan sangat diperlukan di dalam badan seorang kerana fungsi antioksidan ini adalah untuk meningkatkan fungsi otak selain mengurangkan berat badan dan risiko menghidapi pelbagai jenis kanser.Teh hijau dikatakan terkenal sebagai sumber minuman semula jadi yang memiliki banyak kebaikkannya untuk badan.

ANTARA KHASIAT TEH HIJAU ADALAH

MENINGKATKAN KESIHATAN MENTAL DAN FUNGSI OTAK
Pengambilan teh hijau bukanlah hanya untuk mencergaskan otak,tetapi ia juga menjadikan seseorang itu menjadi pintar kerana ia menngandungi kafein yang tidak berlebihan yang mampu merangsang sel-sel otak dan menjadikannya lebih aktif
MENINGKAT KECERGASAN FIZIKAL
Teh hijau merupakan minuman yang membantu proses pembakaran lemak dan pada masa yang sama meningkatkan kadar metabolisme dalam badan.Dalam satu kajian yang dilakukan terhadap 10 orang lelaki,terbukti yang mengambil teh hijau telah meningkatkan penggunaan tenaga mereka sehingga empat peratus.
MENCEGAH PENYAKIT KANSER
Teh hijau dapat mengurangkan risiko kanser payudara,prostat,kolon dan banyak lagi.
MENCEGAH PEMBENTUKAN BAKTERIA PADA GUSI
Kajian membuktikan katekin yang terdapat pada daun teh hijau mampu membunuh mutan streptococcus,sejenis bakteria yang sering dijumpai pda gusi dan sekitar mulut manusia.Oleh itu,mereka yang meminum teh hijau setiap hari akan memperoleh kesihatan gusi dan mulut berpanjangan serta terhindar daripada masalah nafas berbau.

MELAMBATKAN PROSES PENUAAN
Antioksidan yang terdapat  di dalam ekstrak teh hijau mempunyai banyak kebaikkan kepada manusia.Selain itu,ia membantu menghasilkan tekstur kulit yang sihat dan cantik.Bagi mereka yang mengamalkan minum teh hijau setiap pagi akan menikmati tahap kesihatan yang lebih baik kerana tumbuhan ini juga dapat membuang toksin dalam badan

sumber :Utusan



Dulu aku ada jugaklah ceritakan Kelebihan Teh hijau ni. Tapi tu lah kan,on off jelah dok minum teh hijau ni.

Sekarang ni aku suka sangat dengan Teh Hijau Ahmad.
sumber: google
Brand Teh Hijau yang paling aku suka

Actually aku suka satu lagi Teh hijau Ahmad yang ada campuran Jasmine..Bila minum rasa sejuk je tekak ni.



sumber:google

Ahmad Tea Jasmine Green Tea



Stock untuk di Office.

Bila minum teh hijau ni,tahanlah korang akan ke bilik air je..Tapi baguslah kan,cuci segala-galanya yang tak bagus dalam badan tu..

Harap aku istiqomah la minum teh hijau ni..Kekadang mood ada pasang surutnya.






Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

14 comments:

  1. teh hijau mmg byk khasiatnya... teh hijau sy boleh minum.. teh biasa tak boleh nak minum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..betul tu maria..akak ok je..mana-mana boleh minum

      Delete
  2. teh hijau mmg banyak khasiatnya.. tapi ramai xnk minum sebab rasa dia >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak boleh ,ambil yang ada campuran jasmine sedap

      Delete
  3. Teh hijau raSa tak sedap..

    Tapi untuk kesihatan..telan jelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..betul tu,tapi kalau dah selalu amalkan ,insyallah jadi terbiasa dengan rasa teh hijau tu

      Delete
  4. Masa mula-mula dulu memang tak masuk dengan tekak ni. Bila dah lama minum dan amalkan rasa macam kalau tak minum macam tak sah haa gitu. Bagus sebenarnya minum tea hijau ni. Dapat buang toksin segala bagai dalam badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..kalau kita dah selalu minum,dah menjadi kebiasaan kan..

      Delete
  5. Cuma... jangan bancuh teh pada suhu 100 celcius... amalkan 90 celcius kepanasan air... InsyaAllah menyihatkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..itu saya tak tau pulak..Thanks azlan info ni..selalu main redah je...hehehe

      Delete
  6. assalamualaikum eda...mcm sedap jer ni...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama,sedap tu taklah..tapi berkhasiat...kalau letak gula baru sedap...hehehe

      Delete
  7. yup setuju,Qekra pun amalkan teh hijau. mmg teh hijau ahmad ni terbaik, sebelum ni pernah arsa yg boh...

    Qekra suka jasmine hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boh tu pernah cuba,tapi perut macam sebu sikit...try yang ni ok

      Delete



Follow Us @aida_yusof81