Monday, October 09, 2017

# bla bla

Lampan Table lamp penyeri Workstation

Assalamualaikum
Hai korang☺☺Memang kelakar kalau nak diingat balik.Cerita ni kalau nak throwback memang dua tahun yang lepas tau.Tapi masih wujud sehingga sekarang.


Actually aku ada ceritakan kisah aku dapat hadiah dari blogger azhafizah masa aku rajin komen kat blog dia..Rasa dah 3 kali aku dapat hadiah dari fiza.Tapi yang bestnya,satu dari hadiah yang aku dapat  tahun 2015,aku baru pakai tahun 2017.Itu pun dah nak habis tahun dah pun.hahaha.

Korang boleh baca entry hadiah yang aku dapat dari fiza pada tahun 2015 di SINI .Eh..siapa kan yang tak suka kalau hadiah tu datangnya dari IKEA...yelah..ramai kot peminat IKEA kat luar sana tu.Sampai aku sendiri pun dah terikut-ikut nak beli barangan IKEA.Cuma tunggulah IKEA  Johor bahru la november ni nakbukak ni hah..Baru kita fikir nak beli apa.


Kalau di IKEA,orang panggil lampu ni ialah Lampan Table lamp..Kenapa ambil masa lama aku nak guna?Masa aku dapat ni,aku still duduk di rumah mertua.So aku ingat nanti pindah baru aku gunakan.So nak pindah tu makan tahun jugaklah kan.Bila dah pindah,aku bawa sekali lampu tu.Tapi tak jugak gunakan.So,bila mengemas rumah tu,aku ada cakap kat husband suruh belikan mentol lampu ni.Dia pun pi kedai beli mentol.Sudahnya salah beli..Dah stop sampai situ jugak.

Tapi masa aku dok sibuk mengemas meja komputer tu,tengok kat bawah dah naik berhabuk dah lampu tu.So aku terus google Mentol jenis apa yang Lampu Ikea ni guna.Rupanya dia guna Mentol code E14.Aku whatssap husband suruh dia cari kat MRDIY..

Bila dia bawak balik,aku terus suruh dia try pasang...tadaaaaa...
Penyeri meja komputer...
Yang sorang tu pulak dok sibuk standby depan komputer.Pantang betul kan dia umi nak bukak pc,dia je nak konker kerusi.



Dah selamat guna lampu ni..Baru nampak berjasa kepada tuannya.alahaiii.lama tu..Dapat 2015,2017 baru guna....hah..fikir sendiri lah berapa tahun simpan...hehehehe

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

5 comments:

  1. assalamualaikum eda...lamanya tersimpan..nasib baik boleh gunakan lg...tu yg bagusnya brg2 IKEA ni...kenalah tunggu IKEA buka kita soping yer...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  2. wah..bestnya ada workstation dekat rumah..saya pun kene tunggu duduk rumah sendirilah baru boleh berangan nak buat workstation ni. huhu

    ReplyDelete
  3. Lama sangat akan simpan tu. hehe..nasib masih okay lagi kan. berseri-seri lah meja akak dengan lampu tu. takpe, pasni leh shopping sakan kat ikea tebrau :)

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81