Tuesday, October 31, 2017

# from my kitchen # Mycooking

Resepi Menu Nasi Ayam Simple

Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Hah.entry ni saja aku nak share walaupun aku tau dah berlambak orang dok share resepi nasi ayam mudah ni kan.Tapi kadang-kadang lain orang lain caranya.Mengikut apa yang ada di dalam rumah.Yang rasa sesuai untuk dimasukkan kedalam menu masakkan supaya nampak lagi sedap dan menyelerakan..ecewaaaaaahhh

Weekend hari tu,aku masakkan family Nasi ayam simple mudah dan sedap.Hah...dah lah mudah..sedap pulak tu.yang kata sedap tu husband aku tau..bukan masuk bakul angkat sendiri.Dak naura pun suka makan nasi ayam ni..Yelah..dia mana tahan sangat kalau makan pedas.Kalau yang jenis sup-sup tu memang kegemaran dia.

nasi ayam simple

Nasi Ayam simple dan sedap air tangan Umi Naura


Bahan-bahan untuk sup


  • 1 Biji bawang besar dihiris halus
  • 2 Ulas bawang putih dihiris halus
  • Beberapa keratan bahagian ayam.Selalunya untuk sup aku ambil bahagian kepak,leher dan kaki
  • Daun sup
  • Garam perasa
Di dalam sup tu,korang boleh masukkan beberapa ketul ayam yang akan korang goreng.Tapi sebelum tu masukkan ke dalam sup supaya ayam tu masak.Tapi jangan lama sangat  tau.Sebab nanti kalau goreng ayam tu peroi pulak.


Bahan-Bahan untuk ayam

  • Ayam yang dah direbus di dalam sup tadi
  • 2 sudu kicap 
  • 2 Sudu sos tiram
  • 2 sudu madu asli.Madu biasa pun boleh
  • Garam
Sebelum korang pergi ke next step,ayam di campurkan dengan bahan-bahan di atas dan perapkan dalam 15 minit gitu tau.Nak lebih pun takpe.Then baru boleh goreng ayam tu ye.



Bahan-bahan untuk Nasi Ayam

  • 2 cupak beras(ikut berapa orang nak makan)
  • Rempah 3 sekawan
  • Kiub ayam
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 Ulas bawang putih*
  • Sedikit halia*
  • Sedikit minyak untuk menumis
Bertanda * blender 

Basuh beras dan ketepi dahulu.Kemudian,dalam kuali,tumiskan bahan yang dah diblend,masukkan rempah 3 sekawan ,kiub ayam.Untuk buat nasi ayam ni aku tak letak garam sebab kiub tu pun dah masin.


nasi ayam simple

Lepas dah siap bahan tumis tu,masukkan separuh dari bahan tumis tu ke dalam beras yang dah dibersihkan.Kemudian ambil Sup yang dah siap tu,masukkan kedalam beras.Tengoklah sup agak-agak dengan beras kan.Kemudian dah boleh menanak nasi tu.Aku guna rice cooker je..senang je kan.



Separuh lagi dari tumisan tadi,masukkan kedalam sup..Settle..

Bahan untuk buat sos


  • Lada merah besar
  • Lada kecil
  • Garam
  • Gula
  • 2 sudu Sos tomato
  • perahan limau
  • seulas bawang putih

Caranya,blend kan semua lada merah besar,lada kecil dan bawang putih.Lada kecil tu ikutlah korang nak kepedasan macam mana.Kalau lada merah tu dah cukup pedas,tak perlu di tambah lada kecil ye.Kemudian masak di dalam kuali kecil dan masukkan sos tomato,perahan limau dan perasakan dengan garam dan gula.Sesudah menggelegak,bolehlah ditutup apinya.




Untuk hiasan korang sediakan lah salad,timun dan juga tomato.Disebabkan kat rumah takde salad,pakai je apa yang ada,Ok dah kan.




Jadi.siaplah menu kita iaitu Nasi Ayam Simple dan sedap..Simple ke..Harap korang boleh ikutlah resepi aku ni..Tak susah mana pun kan nak buat nasi ayam ni.







Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

3 comments:

  1. nampak sedap.tapi ada satu kurang iaitu sos kicap.(^_^)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum eda...yang simple tu la yg sedapnya...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81