Wednesday, October 04, 2017

# Resepi

Resepi Soto ayam yang mudah

Assalamualaikum

Hai korang☺☺ Bagi wanita bekerjaya macam aku ni,or macam korang yang bekerja tu,haruslah mencari resepi mudah dan cepat kan untuk dimasak.Nak pulak korang tak banyak masa nak memasak.

So,apa kata korang cuba resepi mudah cara membuat soto ayam dengan mudah dan pantas.
Hah lagi satu nak bagitahu,bila korang takde masa nak buat semua bahan-bahan tu,apa kata korang standby beli rempah yang dah siap macam aku ni.Balik kerja dah boleh terus menumis je kan.So jimat masa walaupun tekak korang nak makan apa yang korang idamkan.

Macam aku hari tu,husband request nak makan soto nasi.So hujung minggu selalunya aku akan beli lauk dan plan nak masak apa.so boleh beli barang yang nak dimasak.Termasuklah rempat soto ni.
Rempah Soto dan Sup Adud

Aku guna rempah soto dan sup Adud ni.Ok jom kita tengok resepi mudah buat soto Nasi

Bahan-bahannya
~Nasi himpit(korang boleh beli yang dah siap kat pasar)
~Rempah soto dan sup Adud
~Rempah sekawan
~Bawang goreng(beli yang dah siap)
~bawang putih/besar/halia(dikisar)
~Daun sup
~Taugeh
~setengah ekor ayam(aku beli 2 bahagian paha je)


Cara membuatnya
Masukkan ayam ke dalam periuk dan renehkan ia.Dalam periuk yang lain pula panaskan minyak,masukkan bawang yang dah di blend.Masak hingga naik bau dan kemudian masukkan rempah sekawan.Masukkan juga serai yang dah dititik.Kemudian masukkan rempah soto dan sup Adud tu..Bila agak-agak dah masak,masukkan stock ayam yang dah direnehkan.Bahagian ayam yang besar tu korang keluarkan tau.Sebab tu nanti akan digoreng semula.Selalunya aku akan masukkan kaki dan leher  ayam serta sedikit bahagian ke dalam sup yang djadikan stock tu.So masukkan semua stock ayam tadi.

Kemudian boleh lah perasakan dengan garam.dah menggelegak,rasa pun dah ngam,hah...tutup api.Ayam yang korang masukkan ke dalam stock tadi,korang keluarkan dan gorengkan ia.Hah..Biarkan sejuk dan bila dah sejuk,korang dah boleh carik-carikkan ayam tu.Tulang temulang yang tinggal tu korang boleh masukkan ke dalam soto.

Untuk hiasan,korang taburkanlah daun bawang,daun sup dan taugeh serta ayam yang dicarik-carik tadi.Siap...


Korang boleh hidangkan bersama begedil dan sambal kicap.Sambal kicap kat rumah ni memang dah ready stock,bila nak makan ambil je dalam firdge..senang.

Soto Ayam mudah dan pantas


Macam ni pun dah boleh bertambah tau.Oklah...moga resepi ni mudah korang nak ikut...








Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

8 comments:

  1. Sekarang ni nak buat masakan yang kita rasa complicated pun dah mudah kan...ada je jual pes kat kedai..hari tu nampak pes gulai kawah...aduhai..tak beli plak..

    ReplyDelete
  2. Nanti kami share mee soto kami. Pakai rempah Adami.

    ReplyDelete
  3. sedap..hujan-sedap ni memang best makan soto..kalau saya rempah soto ni ambil rangka dia je..daging ayamnya saya goreng..

    ReplyDelete
  4. orang Johor memang suka soto! Sedapnya!

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81