Tuesday, October 24, 2017

# Tips

Tanda-tanda awal Strok Haba

Assalamualaikum
Hai korang☺☺ seperti yang korang sedia maklum,Negara kita sedang dilanda cuaca panas terik dan ianya dijangka sehingga ke minggu hadapan.Ia berikutan susulan tempias Taufan Lan yang menggegarkan timur Filipina pada selasa lalu.


So,kita harus berjaga-jaga dari segi kesihatan kerana pada masa ini,strok haba mungkin akan berlaku di kalangan kita.Bagi memastikan kita dalam keadaan yang sihat dengan cuaca panas terik ni,banyakkan minum air masak dan kurangkan aktiviti luar.Apa itu Strok Haba?

strok haba
source: facebook

STROK HABA

Strok haba atau dikenali sebagai Heat Stroke berlaku apabila sistem tubuh badan tidak dapat mengawal secara normal.Badan akan mengalami kenaikkan suhu mendadak selain turut mengalami kegagalan berpeluh.Suhu badan individuyang mengalami strok haba selalunya akan naik sehingga 41᷾C atau lebih dalam masa 10 hingga 15 minit.Malah,strok haba sekiranya tidak dikawal boleh menyebabkan kematian atau hilang keupayaan kekal.

TANDA-TANDA AWAL STROK HABA

  • Kerap sakit kepala
  • Mudah hilang fokus
  • Lidah menjadi bengkak
  • Suhu badan melebih 39᷾С
  • Nadi berdenyut laju
  • Kulit kering dan kemerah-merahan
  • Badan tidak berpeluh
  • Badan lesu dan kerap pengsan
  • Tekanan darah rendah

So,bila korang dah alami tanda-tanda ni,make sure ke klinik secepat yang mungkin supaya tidak memudaratkan lagi kesihatan korang.



Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

5 comments:

  1. takutnya...Alhamdulillah KL dah start hujan. Johor cmane?

    ReplyDelete
  2. Masa ana ke JB last week memang terasa sungguh panas dia. Sakit kepala jadinya. Kena elakkan aktiviti luar sepatut nya dan minum banyak air. Alhamdulillah semua ok je lepas tu.

    ReplyDelete
  3. Risau dengan kesihatan anak bila cuaca panas begini, lebih-lebih lagi bila di sekolah..
    Perlu banyak minum air..
    By the way good info Aida..

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81