Wednesday, November 01, 2017

# lazada # review product

Himalaya Nourishing Skin Cream terbaik untuk penjagaan kulit

Assalamualaikum
Hai korang☺☺ happy November..Wah..dah masuk November kan..Sekejap je masa berlalu..Usia pun akan datang akan bertambah.Kulit pun makin tak tegang...eh...makin tua gitu..hahaha..


Ada kena mengena ke...hahaha..Actually lama dah aku nak up entry ni..Gambar dah lama duduk dalam draft.Dek kerana ada je kerja yang nak dibuat,maka terpaksalah hold dulu entry ni.
Hah ni ha...Sebenarnya bila dekat office ni,dah jadi satu tabiat aku datang office pakai lotion,keluar tandas pakai lotion,lepas solat pun pakai losyen.Hah...Tapi kat rumah takde pun buat macam tu kecuali nak keluar rumah.

Sebenarnya bila cerita pasal krim kulit  ni,aku memang dah terjatuh cinta tau dengan satu krim keluaran Himalaya ni.Bukan sahaja lembut,malah ia menjaga kulit kita dengan menggunakan herba semulajadi sahaja.


Wangi jangan cakaplah..Kulit aku ni memang jenis kulit kering,berbeza pulak dengan kulit muka ye.Kulit muka aku je jenis berminyak.Tapi kulit di badan tak berminyak.Lagi kering dibahagian kaki dan juga tangan.Sebab tu bila duduk dalam aircond ,aku mesti nak gunakan losyen.


Habis je krim ni aku wajib topup.Dah masuk 3 bekas aku menggunakan Himalaya Nourishing skin Cream.


Krim losyen ni bukan sahaja wangi,malah ia memberi kelembapan kepada kulit dan mencerahkan kulit tau.

Krim Himalaya Nourishing Skin Cream ni sangat bagus tau untuk kulit kering.Krim ini telah diadun dengan ekstrak Aloe Vera,Winter Cherry,Indian Kino Tree dan Pennywoot India yang membantu melindungi kulit kita dari cuaca kering dan juga pencemaran.




Boleh dapatkannya diSINI 
Krim ini diadun dengan ekstrak Aloe Vera, Cherry Musim Sejuk, Pokok Kino India dan Pennywort India, yang melindungi kulit anda dari pencemaran dan cuaca kering, memberikan khasiat dan kelembapan.



Bahan-bahan yang terdapat di dalam Himalaya Nourishing Skin Cream
  • Aloe Vera - Tumbuhan yang terkenal dengan sifat penyembuhan yang kaya dengan enzim dan nutrien.Ia mampu melindungi kulit dari Sinaran UV secara semulajadi,penghidaratan,kelembutan dan pelembab pada kulit.
  • Winter Cerry-Sangat berkesan sebagai anti-stress agent.Tumbuhan ini digunakan sebagai tindakan antioksidan yang membantu pertumbuhan semula sel kulit.
  • India Kino Tree - Tumbuhan ini mempunyai sifat astringent yang bekerja sebagai tonik kulit untuk meremajakan kulit wajah kita.
  • Indian Pennywort - Ianya baik untuk kulit bermasalah seperti luka yang sukar untuk sembuh dan mereka yang mengalami eczema.
Sebenarnya apa yang menarik sangat dengan Krim ni adalah ia tidak berminyak dan terus masuk ke dalam kulit.Ia juga tidak melekit.So takdelah kita rimas menggunakan krim macam ni kan.

Hah..bagi korang yang ingin mendapatkan Produk ni,boleh la ke HIMALAYA OFFICIAL STORE di Lazada Malaysia.Kat situ korang bukan sahaja boleh melihat harga krim ni,malah boleh melihat pelbagai jenis produk keluaran Himalaya.

Cepat tau,jangan lambat-lambat sebab sekarang ni tengah Offer dengan setiap pembelian Himalaya Nourishing Skin Cream 150ml korang akan dapat satu lagi 50ml krim ni tau...hah.untung ke tak untung.

HIMALAYA OFFICIAL STORE






 

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

5 comments:



Follow Us @aida_yusof81