Thursday, November 16, 2017

# dinner

Makan Malam di The Wagon Taman Kota Masai

Assalamualaikum

Hai korang☺☺ Hari tu ada kawan yang suggest makan dekat The Wagon ni.Katanya kedai ni baru bukak.Dan paling best diorang sedang buat promosi sepanjang bulan November ni.

Kalau orang pasir gudang tu,bolehlah singgah ke Kedai ni.Alhamdulillah..setakat aku makan,semuanya sedap.


Cafe the Wagon ni terletak di Taman Kota Masai 2 di Pasir Gudang Johor.Berderetan dengan bangunan kedai baru,di tepi jalan besar.Memang senang nak nampak

So,untuk dinner kami anak beranak malam tu of courselah Chicken Chop.Cuma husband jelah lain dari yang lain.Dia jenis tak boleh dengar kambing.Mesti dia nak mencuba.

Chicken Chop untuk Nur Naura Auni

Chicken Chop Special untuk umi.Yang specialnya adalah telur mata dan juga meatball

Nasi Goreng Kambing untuk babah


Alhamdulilah..Total damage untuk malam tu tak sampai pun Rm30 tau.So far berpuas hati lah makan kat sini.Kalau korang nak bagi anak makan chicken Chop,yang jenis tak boleh tahan pedas,kena inform awal-awal untuk asingkan kuah dan sos tau.Sebab aku lupa nak inform mereka,last-last Naura tak makan sangat pun.Sebab pedas.Dah mak dia kena ambil yang pedas-pedas tu and asingkan untuk dia.


Actually banyak lagi yang special menu mereka tau,ada Sup Gear Box,Nasi bakar dan adalah lagi yang aku tak ingat nama makanan tu.

So korang yang nak cuba boleh try di sini ye









Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

9 comments:



Follow Us @aida_yusof81