Thursday, December 07, 2017

# althea # Beauty

Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box Althea

Assalamualaikum
Hai korang☺☺Alangkah bahagianya bila dapat kulit yang cantik dan tidak ada masalah kan.uih..memang lah best weh.Apa taknya,tak perlu kos yang banyak tau untuk repair skin.
Bila dah kulit muk dah terdedah dengan persekitaran yang tak bersih,ditambah pulak dengan malas nak menjaga kulit,haruslah kulit kita tak cantik.Tak flawless..Mulalah timbul open pores di bahagian muka dan hidung.Lepas tu payah dah nak cari produk yang bagus dan harga berpatutan.Oh tidak...
Tapi kan beb,Althea.Kr ni macam tau-tau je yang aku perlukan satu box yang membantu aku mengatasi kulit muka yang lebih teruk.Teruk dengan adanya pori terbuka luas macam kawah tu.So dengan adanya Un-Pore-Getable Box dari Althea.kr ni,semuanya ada yang boleh membantu aku menyelesaikan masalah yang aku alami.Jomlah aku share apa yang ada di dalam box tu.
Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box
Box  pink yang super cantik ni
Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box
Apa yang ada di dalam Un-Pore-Getable Box dari Althea.Kr ni..Jom kita tengok di dalamnya..
  • InnisFree -Super Volcanic Pore Clay Mask
  • Common Lab-Mild Peeling Finger Pad
  • RIRE -All kill Pore Tightening Ice Stick Dear
  • Laneige- Powder Fit Cushion SPF 50 
  • InnisFree -Jojo Volcanic Pore Care kit
  • My Beauty-Gold Hydrogel Mask & Hydrating Flower Essence mask
  • Klairs -Supple Preparation Facial Toner
  • Random Sample dari Althea

Yes..Aku jatuh cinta dengan Box ni sebab semua produk yang ada di dalamnya sangat-sangat best.Hah..Meh sini aku nak ceritakan satu persatu keistimewaan setiap produk ni ok.

SUPER VOLCANIC PORE CLAY MASK

Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box

Untuk merawat kulit muka yang banyak pori terbuka ni,kita kena tahu produk apa yang bagus untuk mengurangkan pori terbuka dan membersihkan lubang pori yang terbuka.Hah..salah satunya adalah Super Volcani Pore Clay Mask ni.Kalau tengok macam debu gunung berapi tu kan..hahaha..sebab tu nama dia Super Volcanic.Mask ni kira 6 in 1 kerana difahamkan ianya mampu mengurangkan liang roma yang terbuka,mengawal sebum,membuang sel kulit mati,membersihkan dalaman kulit dan mencerahkan kulit.Ia tidak mengandungi apa-apa mineral oil dan bebas dari produk haiwan.So,korang tak perlu risau untuk menggunakannya ok.


Sejuk je pakai mask ni tau..


MILD PEELING FINGER PAD

Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box


Hah...korang yang suka bermake up,nak cepat untuk tanggalkan sisa Makeup,aku syorkan sangat Mild Peeling Finger Pad ni sentiasa ada dalam budget korang.Sebab,of course lah kan,ia membantu menanggalkan sisa make up korang dengan mudah.Selain itu ada beberapa fungsi penggunaan Mild Peeling Finger Pad ni iaitu Menggunakan Finger pad untuk penjagaan kulit lebih baik dan bersih dari menggunakan tangan yang tidak bersih.So ia sangat sesuai untuk korang yang mempunyai kulit sensitif..Jauh dari penggunaan tangan di kulit muka.

Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box
Hanya memasukkan Jari ke dalam Finger Pad,dan korang boleh terus mencuci lebihan make up
Beauty Review : Un Pore Gettable Box dari Althea.Kr


RIRE ALL KILL PORE TIGHTENING ICE STICK DEAR

Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box


 Hah yang ni pun aku dah cuba,lepas korang cuci bersih muka,ambil All Kil Pore Tightening Ice Stick ni dan korang letakkan kat pori.Rasa sejuk dan bila kulit muka korang ada masalah,dia akan rasa pedih sikitlah..Tapi lama kelamaan rasa tu hilang..Timbullah pulak rasa sejuk tu..Lepas tu korang biarkan sampai dia kering dan cuci..Lepas je korang cuci,rasa lah kulit muka korang yang licin tu..Yes...aku suka sangat ni.Actually,Ice Stick ni fungsinya untuk mengecilkan liang pori kita yang dah terbuka luas tu,Selain itu memperbaiki kulit muka kita tau.Korang yang ada oily skin,kulit muka kendur tu..Patut cuba ok.

Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box



POWDER FIT CUSHION SPF50

Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box


Satu masalah kulit muka aku adalah oily.First impression aku bila tengok Powder Fit Cushion ni rasa macam tak sesuai dengan kulit kan..Yelah,ianya nampak seperti berminyak.Tapi jangan disangka nampak berminyak ni,rupanya bila apply kat muka,wah....serius weh..Memang best.Dah tak perlu korang nak pakai foundation tau.Ia boleh control kulit muka yang oily macam aku ni.

Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box




JOJO VOLCANIC PORE CARE KIT

Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box

Di dalam Jeju Volcanic Pore Care kit ni mengandungi Pore Cleansing Foam,Toner dan juga cotton pad.Sesuailah untuk korang yang traveller..Dah siap Kit untuk penjagaan kulit muka kita semasa kita travel.And aku suka sangat dengan Cleansing Foam dari Innisfree ni.



GOLD HYDROGEL MASK & HYDRATING FLOWER ESSENCE MASK

Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box
Di dalam Un Pore Getable box ni aku dapat dua Mask iaitu Gold Hydrogel Mask dan juga Hydrating Flower Essence Mask.Aku dah cuba dah yang Gold Hydrogel.Nak pakai mask ni kena ada waktu ME TIME tau.Masa tu untuk kita rileks,pejamkan mata sambil tu kita pakai mask.

Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box
Contoh je...hehehe
Gold HYdrogel Mask ni sangat sejuk bila diletakkan di muka.Dah tak payah letak dalam fridge dah..Memang dah sedia sejuk pun.Pakai mask ni sehingga mask ni kering.Ada dalam 20 minit gitulah..Lepas cuci tu,skin rasa sangat halus.


SUPPLE PREPARATION FACIAL TONER

Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box
Ini satu lagi Facial toner yang memberikan result terbaik untuk menutup segala pori kat muka.Lepas cuci muka apply lah toner ni untuk kulit yang lebih cantik dan berseri..Ia lebih kepada membantu menyeimbangkan PH kulit muka .so korang wajib tau cuba


Korang juga boleh menonton Video Unboxing Un-Pore-Getable Box ni yang aku dah upload semalam.




Untuk Un-Pore-Getable Box ni korang dapat memperbaiki kulit muka yang bermasalah.

Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box

Untuk mendapatkan Box ni korang hanya perlu ke website mereka seperti di bawah ini.



Website : http://my.althea.kr/un-pore-gettable-box
Facebook : http://www.facebook.com/altheamalaysia
Instagram : http://www.instagram.com/altheakorea
Youtube : http://www.youtube.com/c/AltheaKoreaTV
Blog : http://blog.althea.kr/



Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

4 comments:

  1. wahh...best betul set althea ni ya. complete set.. dah takperlu ke spa lagi ni

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Tahniah kerana anda telah terpilih sebagai salah seorang pemenang SPM Fever Giveaway! Untuk makluman lanjut dan cara untuk menuntut hadiah anda, sila klik pautan di bawah. Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2017/12/senarai-pemenang-spm-fever-giveaway.html

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81