Ke Ikea Tebrau untuk Pertama Kalinya - Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Hot

Post Top Ad

Tuesday, December 19, 2017

Ke Ikea Tebrau untuk Pertama Kalinya

Assalamualaikum

Hai korang☺☺Throwback cerita sabtu lalu.Hari jumaat hari tu lagi abang ipar yang di Pahang datang ke rumah.Bukannya lama,sebab hari ahad diorang dah balik.So,bawa mereka jalan-jalan dekat-dekat je.

Kalau diikutkan memang tak tau nak kemana,tetiba je cadangan nak Ke Ikea Tebrau muncul.Lagipun aku sendiri tak pernah ke sana.So,plan lah pagi tu ke Ikea Tebrau dan petangnya pula plan ke Kilang Bateri.
Anak dara ni kesukaan dia bila dapat lepas.

First time sampai Ikea,masa tu pagi lagi,dalam pukul 11 kot.Parking pun banyak lagi.Yelah,time orang belum gaji memanglah tak ramai,tapi tempat makan Meatball memang ramai lah.Jenuh jugak nak menunggu nak makan.

So,masuk je,memang tak taulah nak kemana sebab Ikea tu besar,ada dua tingkat.Tingkat atas adalah kawasan Pameran dari dapur sehinggalah bilik.So korang sebelum membeli barang,wajib tau ke Pameran bahagian atas tu.Sebelum tu,korang ambil pen dan kertas yang disediakan di situ.

Mana tau korang nak beli apa-apa kan,so pensel dengan kertas tu kena ada.Korang kena tulislah kod yang disediakan di pameran atas tu.Ada yang barang,yang tak perlu korang ambil di Warehouse bawah tu.Sebab tu disediakan Plastik besar untuk masukkan barang yang handcarry.

Memang rambang biji mata,tapi hari tu,aku just tengok-tengok je.Ada Plan lah kan nak beli barang-barang yang di snap.

Puas Naura memusing,masa ni tak ramai orang lagi


Jenuh jugak nak tawaf Ikea tu tau.So kalau ada anak kecil,pastikan korang bawa stroller dan juga troli yang disediakan.Itu penting kalau nak aman,Kalau nak aman lagi,korang bawalah makanan untuk dikunyah.

Ha..ni,nak bagitahu lah kan,Bila ke Ikea tu,jagalah adab,jangan buat macam rumah sendiri.Korang boleh je nak mencuba untuk duduk di kerusi ke,tapi janganlah dok lanyak dan sepahkan semua barang yang ada.Sebab aku perhatikan,ada juga ibu bapa yang tak kisah bila anak diorang melompat-lompat di katil atau kerusi di Ikea.

So,jaga adab kita walau kat mana pun kita berada.ok..dah habis cerita pasal adab.Umi snap lah jugak gambar-gambar yang bakal umi beli next time.

bila penat,kita boleh berehat sekejap kat mana-mana kawasan di Ikea tu..No worries


Bakal di sambar nanti,konon-kononnya lah kan..tapi tak tau jadi ke tak,Kita hanya merancang,tetapi Allah swt yang menentukan,Mana tau babah nak sponsor Jati..I Loikee

Kami tawaf sampai last tau.Dekat Warehouse tu,kena lah cari barang yang ditanda tadi.So umi tak beli banyak pun,Just beli Hanger besi,mangkuk Naura,Ada sikit barang untuk deco kat dapur dan bilik Air..Itu pun umi dah puas hati.Cuma tak puas hati sebab Lerberg tu tak dapat bawa balik.Masa tu Naura dah mengamuk kepenatan.Serius umi kecewa..
Wefie anak beranak sebelum Keluar

Masa ni umi tunggu babah dan yang lain dok berbual,terjumpa pulak jiran lama kat situ..So,panjanglah perbualannya...


Then,balik dari Ikea,terus ke Kilang Bateri.Kat kilang bateri tak sempat pun nak bergambar bagai.Kalau dah bawak budak sorang ni,memang payah nak bergambar,bila dia penat,banyak ragamnya.Yang tak bestnya nak berdukung lagi tu..Tu yang umi tak tahan.





Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

7 comments:

  1. assalamualaikum eda...bestnya nak pi IKEA lagi la...kalau nak pi IKEA tu ada jer brg yg nak disambarkan eda...

    ReplyDelete
  2. Kalau dh pergi IKEA Tu mmg ralit kan

    ReplyDelete
  3. kak eda.. dilah pegi ari ahad. 1st time pegi ikea.. amik masa jugak nak pahamkan konsep susunatur dia sampai sesat2 kitorg.. hahha.. tp x sempat beli apa pun sbb anak bujang tu dah nak termuntah.. tp ada aim beberapa jenis barang jugak..

    ReplyDelete
  4. Wahhh.. klu ke Tebrau nanti boleh singgah ni.. menarik :)

    ReplyDelete
  5. jauh nak ke Tebrau.. hhihii ok la dah Ikea kat jb..mana yg minat barang ikea tak pyah turun kl dah

    ReplyDelete
  6. bila la nak dapat pergi..nurse dah warning tak payah bawa syamil gi shopping mall buat masa ni.. lambat lagi la baru jejak ikea tebrau..hehehe

    - Hernee Nazir -

    ReplyDelete



Post Top Ad