Perginya dia untuk selamanya - Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Hot

Post Top Ad

Friday, December 15, 2017

Perginya dia untuk selamanya

Assalamualaikum

Hai korang..Kalau korang ada termasuk di dalam friendlist aku di facebook,sudah pastinya korang tahu kan,adik sepupu aku telah kembali ke rahmatullah pada 12.12.2017 pada jam 8.30 malam.

Dek Nor telah dimasukkan hospital pada hari Ahad dan disahkan Mati otak oleh Doktor.Sebenarnya dia dah lama menghidap barah otak cuma,dia and family sendiri tak tau yang dia ada barah otak.
ihsan google: sekadar gambar hiasan
Selama ni dia memang selalu sakit kepala,kadang-kadang dekat sekolah,keraplah dia pengsan.Cuma dia tak ke hospital untuk rawatan lanjut.Masa hari ahad pagi tu,dia dah mengerang kesakitan.muntah-muntah dan mula kejang-kejang sampai satu tahap dia tak boleh nak bercakap.Makcik aku kata,dia seperti kena sawan macam tulah,Bila keadaan dah semakin teruk,terus bawa dia ke Hospital dan doktor sahkan barah yang ada  di kepalanya dah pecah menyebabkan semuanya tidak berfungsi lagi.


Doktor pun dah inform kat makcik aku,harapan untuk Nor sembuh memang tipis.Nor dimasukkan di ICU dan hanya menggunakan bantuan pernafasan.Dapatlah ahad malam tu aku melawat Dik Nor.Sayunya hati ni,tak terkira sebab selama ni pun tak pernah dengar dia sakit.

Yang paling memilukan hati aku ialah keadaan makcik aku yang telah menghadap dua kematian,selepas kematian suaminya,kini anak bongsunya pulak.Betapa kuatnya dia menghadapi dugaan kehilangan orang tersayang.

Yang seperti semua sedia maklum,semua ahli keluarga dah redha jika dik Nor pergi.Yelah,bila melihat keadaan dik Nor tu,faham jugak apa yang doktor nak sampaikan,Hari rabu,bersamaan dengan 12.12.2017 pada jam 8.30 malam,Dik Nor disahkan Meninggal dunia.

Sungguh berat dugaan untuk Cik Ju sekeluarga,tapi itulah yang terbaik untuk Dik Nor,Hari khamis pagi lagi aku dah bergerak balik ke Mersing untuk melihat arwah untuk kali yang terakhir.
Sempat jugak sehari kenduri di sana.Kalau ikutkan taknak lagi balik,tapi memandangkan aku terpaksa bekerja hari ni,gagahkan jugak balik dan meninggalkan beberapa lagi orang di kampung tu.Moga Cik Ju dan keluarga tabah untuk menghadapi ujian ini..


Al-fatihah untuk adik NurIzziati binti Nordin



Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

15 comments:

  1. Takziah kak T_T. Kalau my family, sakit sikit dah heret pergi hospital, and keluarga akak pun kena buat macam tu, tak boleh biarkan macam tu je.

    ReplyDelete
  2. salam takziah kak eda.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan org yg beriman dan beramal soleh.. amiin..

    ReplyDelete
  3. Salam takziah. Alfatihah. SMoga rohnya tenang di sana.

    ReplyDelete
  4. Salam takziah buat keluarga. Jemput memeriahkan segmen saya http://qamillaaisya.blogspot.my/2017/12/segment-increase-your-followers.html?m=1

    ReplyDelete
  5. Salam takziah buat keluarga. Jemput memeriahkan segmen saya http://qamillaaisya.blogspot.my/2017/12/segment-increase-your-followers.html?m=1

    ReplyDelete
  6. Memang berat dugaan bila dengar kematian insan terdekat ni, namun kena redha kerna yang hidup pasti akan mati. sedekahkan AlFatihah buat mereka

    ReplyDelete
  7. salam takziah & alfatihah..
    de perasan kat FB eda ari tu, semoga mak cik eda tabah & kuat, doakan untuk mereka di tempatkan dikalangan orang beriman..amen

    ReplyDelete
  8. Innalillah, Salam Takziah... Moga arwah bersama orang mukmin...

    ReplyDelete
  9. salam takziah.. sebak bila membaca..

    ReplyDelete
  10. :( semoga arwah berada dikalangan org beriman.. aminn..

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum eda...salam takziah utk keluarga...

    ReplyDelete



Post Top Ad