Friday, March 31, 2017

Lunch Nasi beriani Haji Karim Taman Air Biru

Friday, March 31, 2017
Assalamualaikum

Hai korang☺☺☺ Dah makan tengahari? full already.hari ni pekena Nasi Beriani Haji karim the Most popular Nasir beriani at pasir gudang

Tanya je orang pasir gudang ni,Nasi beriani kat mana yang sedap..Of course orang akan cakap nasi beriani Haji karim ni.Nak dapatkan Nasi beriani ni hanya untuk Rabu dan Jumaat je..Kalau untuk tempahan pun boleh.


Nak bagi state xde,so korang google jelah...cari medan selera taman air biru,pasir gudang johor.berdepan dengan 7 eleven taman air biru ye..



Koleksi baru Dose Lipmatte dari Lazada

Friday, March 31, 2017
Assalamualaikum

Hai korang☺☺☺ Nak cerita pasal beauty ni,aku bukanlah orangnya..Barangan make up yang aku ada pun boleh kira dengan 5 jari je..Takdelah satu beg besar pun..

Apa yang aku selalu tepek kat muka adalah Moisturizer jenama Safi Balqis.Yang kedua DD cream dari Ailin Skincare..Produk ni aku ada ceritakan di Entry DD perfection Cream By Ailinskincare .hah korang boleh baca kehebatan produk ini.

Lepas pada tu,aku pakai bedak carrier junior nipis-nipis.barulah aku pakai Ultimate Make up Cake dari Pixy..Hah..aku paling suka pakai bedak compact ni..Produk Pixy ni memang kena dengan kulit muka aku ni.Korang boleh baca review tentang Ultimate Make up cake Pixy .Dan last sekali baru aku kenakan Lipstik.Buat masa ni,Lipstick yang ada dalam koleksi aku adalah dari Nyx,Silky Girl dan last sekali yang baru aku beli dari Lazada adalah Dose  Of Colors Lipmate (code 12)

Masa aku beli tu tengah promotion.So,dapatlah murah..Postage free ko!!Best lipstick ni..Tapi agak keringkan bibir lah..Kalau nak guna jenis Lipmatte ni,pastikan letak lipbalm dulu kat bibir,baru soft je pakai..






Walaupun warna amat menyerlah,tapi pandai-pandai kita lah nak buat warnanya sedikit kelam.Aku tambahkan sedikit pemakaian Lipstick Silky girl supaya warnanya tidak begitu menyerlah..baru kena dengan kulit kita ni.Kalau jenis Kulit yang jenis putih melepak tu,for sure,cantik pakai.

Aku pakai pun dah cantik..agagagaa...sila jangan menyampah..kalau ada yang menyampah..tekan je X..


Kena dengan baju hari tu..Oklah kan...



Kalau korang berkenan dengan Dose Lipmatte ni,cepat-cepatlah terjah Lazada ye..harga tetap sama iaitu RM20.99.Murah dah tu..next nak beli NYX collection pulak kat Lazada Malaysia


Kalau nak cari kat luar,entah bila aku dapatkan...Bila ada kawan baik ni,senang sikit..Nak beli apa pun senang..Tunggu je posmen datang.

Hah..itu jelah barang make up aku..Ada maskara yang aku dapat dari Lazada jugak,Tapi aku jarang pakai disebabkan aku pakai spec.mascara tu aku pakai time aku cuti solat je..hahaha..faham-faham jelah kenapa..Kes malas nak cuci mascara tu.Aku memang jarang make up..Rasa tak pernah kot.Just pakai apa yang aku mention je kat atas tu.Sebab kulit aku ni sensitif,blackhead,whitehead ada,takut nanti lebih bermasalah..


So,itu jelah yang aku kenakan setiap hari samada waktu bekerja ataupun keluar..

Eh..nak ingatkan korang ni je.Lazada Big Baby Fair masih lagi berlangsung tau.Masa nilah nak beli apa jua barangan untuk anak-anak korang..Jangan lupa tau..



Klik sini >>>>> Lazada Big baby Fair


Madah bicara 28 | Antara Musibah dan Nikmat

Friday, March 31, 2017

Assalamualaikum

Image result for dugaan hidup
Hidup ini penuh dugaan
Disebalik NIKMAT ada
Musibah di sebalik Musibah
ada Nikmat.
Jangan Risau..
Jangan Resah..
Kerana di sebaliknya
mengandungi seribu hikmah
Jika dilanda nikmat usah lupa
dan leka kerana disinilah bermula musibah

Nota : Hidup ini takkan lari dari musibah,dan disebalik musibah tu,Allah akan beri kita satu kenikmatan yang kita tak jangka..

Thursday, March 30, 2017

Google Wish My Birhtday

Thursday, March 30, 2017

Assalamualaikum

Hai korang☺☺☺...Alahmdulillah..Sudah pun menginjak di usia yang baru.Dan hari ini oficially umur dah menambah ke satu lagi angka..Tekalah umur kita berapa..hehehe.


Happy Birthday, Siti Rohaida!

Ucapan dari Google
Sannah Helwah to me...Diharapkan dengan bertambahnya umur,diberikan kesihatan yang baik,untuk terus berbakti kepada keluarga,menjadi isteri yang baik.Anak yang baik.serta menjadi ibu yang baik kepada anak-anak.Dan moga dengan bertambahnya usia,dapatlah diri ini lebih setia  kepadaNya,akan terus berhemah menjadi insan yang terbaik.Menjadi hambanya yang lebih baik.


Moga Allah senantiasa membuka pintu-pintu keberkatan,pintu-pintu kebahagian,-pintu-pintu taubat.pintu-pintu kenikmatan,pintu-pintu rezeki,pintu-pintu ilmu agama dan ilmu dunia,pintu-pintu keampunanpintu-pintu cinta sejati dan pintu-pintu syurgamu Ya Allah.

Jadikan hamba mu ini,seorang hamba yang senantiasa mengingati kematian.Supaya sentiasa memberikan yang terbaik untuk diri dan keluarga.Moga menjadi insan yang lebih baik..insyallah..


Terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan yang sudi mendoakan kesihatan diri ini.rakan-rakan yang memberikan ucapan..hanya Allah swt yang dapat membalas doa-doa kalian itu.




Pencarian Bloglist April 2017 by www.aerillhassan.com

Thursday, March 30, 2017



Assalamualaikum dan salam sejahtera




Pencarian bloglist bulan April 2017 bagi blog www.aerillhassan.com bermula 28 Mac 2017 sehingga 3 April 2017.  Bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama blogger. Semua blogger dijemput untuk join.

Cara-caranya :-



  • Buat entri bertajuk Pencarian Bloglist April 2017 by www.aerillhassan.com
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

15 blog bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist www.aerillhassan.com. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 April 2017. Terima kasih.

*Kredit to Mialiana.com


Sekian, terima kasih.

Pemakaian Headband Pada Naura?

Thursday, March 30, 2017
Assalamualaikum
Hai korang☺☺☺Alahaii..lama sungguh tak bercerita pasal si kecik ni.Dah semakin panjang akalnya sekarang ni.Kemahin lagi,Tapi masih tak pandai nak melawa macam umi dia..Kalau dah pandai tak taulah.Buat masa sekarang ni,apa yang digayakan oleh dia,yang tak enak di matanya,pasti dia akan buang.

Dak Naura dah hampir ke umur 2 tahun..Dah pandai nak bercakap dia ni sekarang.Dapatlah dua butir ungkapan dari mulut dia..Kalau bab nyanyi didi n friends pun dah pandai walau satu ayat pun umi dia tak faham.

Oklah..meh nak tanya sikit ni bagi parents yang ada anak perempuan..Rajin ke korang pakaikan mereka ni headband? Aku dulu,masa baby rajinlah pakaikan Naura dan fiyah headband,tapi bila dah pandai tangan dia ambil headband tu,memang takkan lekatlah kat kepala.Mak dia nak bagi lawa pun taknak.Nak sikat rambut pun terpaksa berkejar dengan dia.Sudahnya,sampai dia besar ni,memang tak pernah pakaikan dia headband.Tapi nak share sedikit dengan korang,kerana pemakaian headband ni ada jugak keburukkan dia..Sebagai ibu bapa,kita kena alert jugaklah kan walaupun kita kekadang tak jangka perkara ini boleh berlaku.

Menurut Perunding Pediatrik Hospital Pakar KPJ Kajang,Dr.Nor Mahani Harun seperti dipetik dalam utusan online,pemakaian aksesori kepala tidak salah jika ibu bapa bijak memilih kesesuaian aksesori untuk bayi mereka.Beberapa faktor berikut perlu dipertimbangkan sebelum memakaikan bayi anda aksesori kepala.Ada beberapa faktor di bawah ini hasil perkongsian di Majalah PAMA.

1.JENIS FABRIK AKSESORI
Tulang bayi ketika usia selepas lahir sehingga 18 bulan amat sensitif,dan masih dalam proses pertumbuhan menyebabkan tulang mereka mudah tercedera.Jadi risiko perkembangan tulang bayi terganggu boleh berlaku bergantung kepada jenis aksesori yang dipakaikan sama ada selamat atau tidak.

2.TAHAP FLEKSIBILITI REGANGAN AKSESORI
Tulang dan otak bayi akan membesar setiap hari dan jika dipakaikan aksesoru sepanjang masa,dibimbangkan akan membantutkan perkembangan tulang bayi secara tidak langsung walaupun ia bukan punca utama.

3. SAIZ AKSESORI
Headband bayi mesti ditukar setiap bulan kerana otak dan tulang bayi akan membesar dan ukur lilit kepala mereka juga berbeza setiap bulan. Kalau anda masih memakaikan bayi aksesori kepala yang sama ketika dia baru lahir semasa bayi sudah berusia setahun, kemungkinan tumbesaran tulang kepalanya akan mempunyai masalah.
4. TEMPOH MASA PEMAKAIAN
Pemakaian aksesori terlalu lama atau kerap boleh mengganggu tumbesaran fizikal bayi dan dibimbangkan turut memberi kesan kepada bahagian dalaman. Sebaiknya aksesori kepala hanya boleh dipakai selama satu hingga dua jam dan sebaiknya dimulakan selepas bayi berusia 18 bulan.
5. KESAN KEPADA KULIT BAYI
Penggunaan fabrik yang tidak sesuai untuk kulit bayi yang sensitif seperti bulu, renda berbiku dan tajam, mungkin boleh melukakan kulit bayi serta menyebabkan masalah alahan seperti ruam dan kegatalan. Bahkan penggunaan manik dan labuci juga berisiko menyebabkan bayi yang sudah besar memasukkan ia ke dalam mulut atau hidung.
6. RISIKO TERBELIT
Ibu bapa hendaklah mengawasi bayi semasa memakai aksesori kepala kerana bimbang boleh menutup hidung hingga menyebabkan sukar bernafas atau terjatuh sehingga ke leher lalu menyebabkan leher bayi terbelit dan tak boleh bernafas.
Maka terpulanglah kepada ibu bapa sama ada hendak meneruskan minat untuk memakaikan bayi mereka aksesori kepala atau tidak. Jangan terlalu teruja dengan pujian rakan-rakan tentang kecomelan anak anda apabila memakai aksesori kepala. Sebenarnya apa yang lebih penting adalah keselamatan nyawa dan keselesaan si manja berbanding penampilannya apabila dipakaikan aksesori kepala.
Kejadian yang berlaku kepada seorang ibu kepada bayi berusia 14 minggu di United Kingdom patut dijadikan pengajaran kepada semua ibu. Bayi tersebut dilaporkan mati akibat sesak nafas disebabkan headband yang dipakaikan menutup sebahagian hidungnya.
Tidak mahu perkara yang sama berlaku, ibu kepada bayi malang itu mengingatkan ibu lain supaya tidak melakukan kesilapan yang sama.
Leanne Wilson berkongsi perkara tersebut di Facebook mewakili rakannya itu dan statusnya dikongsi oleh 80K netizen di UK.
Rakan saya baru saja kehilangan bayinya yang berusia 14 minggu. Selepas pulang dari bersiar-siar, bayinya tertidur lebih kurang 30 minit sementara dia mandi dan terlupa membuka headband yang dipakaikan.
Apabila dia kembali untuk menjenguk bayinya, reben pada headband tersebut sudah menutup hidung dan mulutnya. Bayinya sudah tidak bergerak dan disahkan meninggal dunia. Bedah siasat yang dilakukan mendedahkan punca kematian adalah akibat kesukaran bernafas.
Dia mahu ibu-ibu baru yang lain tahu tentang bahaya yang ada pada aksesori kepala bayi.
Sumber: www.mirror.co.uk
Hah..gitu jelah gaya rambut dia..takdelah nak letak headband..Kalau dia tak usik headband tu pun takpe jugak kan..


Sebab tu,aku tak paksa sangat anak-anak aku untuk memakai aksesori-aksesori ni.Tunggulah dia besar sikit.Nanti dah besar,pandailah dia mintak sendiri.Macam kakak Naura yang dah semakin nak melawa je..Hah...baru sekarang nak pakai headband walaupun sekejap..hahaha

Wednesday, March 29, 2017

Harga Petrol turun mulai 30 mac 2017

Wednesday, March 29, 2017
Assalamualaikum
Hai korang๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š..bila dengar berita ni,rasa luas je dada ni nak bernafas..hailah..
Part minyak turun naik ni memang aku sentiasa amik tahu.Tak kiralah kalau ianya naik ke turun..tetap nak amik tahu..kalau naik memang rasa geramkan..tapi kalau turun,rasa gembiralah sikit.at least adalah balance kat dalam poket ni kan.
Sumber ni aku dapat dari facebook.kalau betul,baguslah..kalau tak betul,rasa kecewa jugaklah kan.
Moga lepas ni takdelah naik mendadak lagi.Bukan apa..setakat gaji kecik macam kami-kami ni,banyak benda yang nak dijimatkan.

Ok..jomlah kita bergumbira walau sekejap sahaja..huwaaaa...




Madah Bicara 27 | Keluarga

Wednesday, March 29, 2017
Assalamualaikum

Image result for harta yang paling berharga
Keluarga adalah harta kita yang paling berharga
Maka nikmatilah setiap moment
indah bersama keluargamu saat ini

-Dan Kaizen-
Tak semua boleh menilai kekeluargaan itu macam mana kan.Tapi sebagai anggota dalam sebuah keluarga,manfaatkan masa yang ada bersama keluarga sementara mereka masih ada


Eubos Haut Rute Lotion untuk anak yang Berkulit Sensitif

Wednesday, March 29, 2017
Assalamualaikum

Hai korang☺☺☺.Bila mempunyai anak yang berkulit sensitif ni,banyak perkara yang perlu kita pandang.Bukan sahaja dari segi pemakanan,tetapi krim yang kita gunakan untuk tempat-tempat tertentu.
Macam anak aku ni,dikategorikan kulit sensitif jugak.Pantang kena gigit nyamuk atau serangga yang lain,kalau tak diletak krim yang betul-betul,boleh jadi berkudis.

Satu lagi,bila cuaca terlalu panas,badan berpeluh,mulalah timbul ruam-ruam di badan tu..Mulalah dia rasa tak selesa.Kekadang sampai luka bila dia garuk.Dulu macam-macam krim dah aku cuba tau

Tapi....bila aku terjumpa satu losyen ni,dan tengok ianya amat sesuai dengan anak aku,so aku teruskan jugak.Eubos Haut Ruhe Lotion ni adalah untuk anak-anak yang mempunyai kulit sensitif.Ianya tiada bauan,warna dan tiada pengawet.
Eubos Haut Rute Lotion


Bukan itu sahaja,kalau korang ada masalah kulit kering pun,korang boleh apply krim ni tau..Ianya dah menjadi macam serbaguna dah.Bukan sahaja anak aku guna,bahkan aku pun guna.
Eubos Haut Rute Lotion

Krim ni memang senan je nak apply..Lembut dan terus meresap dalam kulit.So,takdelah melekit kat kulit kan.and aku berpuas hati dengan krim ni.Jadi penyelamat untuk kulit sensitif anak-anak aku ni.
Ianya bebas dari kerengsaan.Krim Eubos Haut Rute Lotion adalah hasil formulasi dari Evening primrose Oil,Sweet Almond Oil dan Jojoba Oil.

Sangat disyorkan untuk mereka yang mempunyai kulit kering dan juga gatal.Lepas mandi je,aku akan sapukan krim ni pada Naura..

Lepas ni,takdelah risau lagi dengan kulit sensitif.



Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com

Wednesday, March 29, 2017

Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 29 Mac 2017, iaitu tepat jam 2.00 petang sehingga hari esok, 2.00 petang 30 Mac 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2017.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Lazada Malaysia Big Baby Fair

Wednesday, March 29, 2017
Assalamualaikum

Hai Korang☺☺..Seperti yang korang sedia maklum pada tajuk Entry ini,Yes..sekarang ni Lazada Malaysia sedang mengadakan Blogger contest  sempena "BIG BABY FAIR" yang berlangsung pada hari ini iaitu 29 mac 2017 sehingga 2 April 2017.


Pelbagai barangan terpilih yang dijual dengan potongan harga sebanyak 85%...WOW...WOW..and WOW sangat.Inilah masanya ibu-ibu dan bapa-bapa yang ingin mencari keperluan bayi yang ada dan akan lahir.Aku pasti ramai yang ternanti-nanti Jualan besar-besaran bagi barangan Bayi.

Oklah..sebelum tarikh tamat contest ni,aku nak menjawab semua pertanyaan dari Lazada.Terdapat 3 soalan yang perlu aku jawab di dalam contest ini

a. What favourite brand of diapers for your baby (or future baby)? 
b. What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)? 
c. Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children). 


Ok..jom kita tengok jawapan pada soalan-soalan di atas

A.Apakah Jenama Kegemaran Diapers Baby saya?

Untuk anak-anak aku,Jenama kegemaran diapers yang selalu aku gunakan adalah Drypers Classic.Dyrpers Classic ni memang sangat sesuai dengan anak aku,tiada masalah menggunakan produk ini,so aku akan teruskan sehinggalah dia cerai lampin nanti.

Oh ya..Kepada sesiapa yang menggunakan Drypers Classic ni,sekarang Lazada sedang buat promosi tau.Rugi kalau tak grab.
Harga : RM96.00( 1 only rm24.00)
Untuk Pembelian klik  SINI


B.Apakah Jenama kegemaran  Susu Formula untuk baby saya?

Untuk susu formula ni,anak aku guna  DUMEX DUGRO 1-3 tahun.Susu ni memang sesuai dengan anak aku.Bila dah anak sesuai.kenalah maintain menggunakannya.

Harga : Rm24.90
Untuk Pembelian Klik SINI

C.Pilih satu produk dari Lazada Malaysia yang ingin saya berikan kepada Baby saya?

Sebenarnya memang dah lama nak carikan dia Playground set,memandangkan dia suka sangat bermain di Playground di mana je dia nampak.Ingin nak letakkan di luar rumah,jadi bila dah ada kat rumah tu,takdelah dia bosan sangat.Dan tak perlu setiap petang membawa dia ke Playground.
Aku memilih untuk memberikan dia My Dear 3 in 1 Playground Set/Slide/Swing/basketball . Lama dah idamkan nak bagi ni kat dia..Mana tau Lazada bermurah hati nak bagi Playground set ni kat Baby saya kan..hehee
Harga : RM559.00
Untuk Pembelian Klik SINI


Ok..siap menjawab semua soalan dari Contest ni.

Ingin aku war-warkan sekali lagi Lazada Malaysia sedang mengadakan Lazada Big Baby Fair dan sekarang ni berlangsung  dari 24-Mac 2017 sehingga 2 April 2017 dimana korang akan mendapat diskaun sehingga 85%.

Jangan Lupa singgah sini ----- http://www.lazada.com.my/big-baby-fair/






Tuesday, March 28, 2017

Mini Garden Di rumah Baru

Tuesday, March 28, 2017
Assalamualaikum

Hai korang๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š..itulah sejak dua menjak ni.Hobi baru umi Naura ni.Yelah sejak duduk rumah baru ni,takde sepasu pokok bunga pun kat rumah ni.

Niat asalnya nak renovate rumah bagi cantik dulu.Lepas tu barulah berhias bagai.Tapi bila satu hari tu,aku dok rimas lah asyik nak membeli je serai,daun kesum,daun pandan tu semua.Daun kesum tu pun kalau kat kedai harga dalam 50sen seikat.Tu pun guna sikit je,yang lebihnya bila disimpan je dalam peti ais,keringlah jugakkan.Nak taknak aku cuba tanam.Ingatkan tangan ni tak sejuk,tak boleh tanam bunga.Tapi alhamdulillah..hidup,segar pun dia.Lepas tu mulalah nak menambah pokok bunga yang ada.

Kemudian,mintak sikit-sikit anak pokok dari mak,tanam sendiri.Ikutkan boleh je,nak mintak bunga dari mak.Lagipun rumah mak tu,berlambak jenis bunga ada.Nak tanam sendiri,barulah timbul rasa kasih sayang terhadap pokok tu
Ini permulaan menanam.

Ambil batang pokok bunga jam 10.Bunga ni cantik bila berkembang.lagipun banyak warna..cantik..tu yang nak tanam.
Daun kesum yang subur,berkembang.dah boleh petik buat asam pedas.

Serai dan daun pandan,serta ada lagi tanaman lain yang aku tak tanam di dalam pasu..Moga hobi baru ni berterusan sampai bila-bila.


Veet Sensitive Touch Electric Trimmer sangat memudahkan

Tuesday, March 28, 2017
Assalamualaikum

Hai korang☺☺☺Bila dah ada produk yang sangat mudah untuk digunakan oleh wanita termasuklah aku,memang cepat-cepat nak grab satu.Bukan apa.Produk yang sangat diidamkan oleh setiap wanita diluar sana dalam penjagaan di tempat-tempat yang sensitif ni,memang dicari kan.

Produk yang bila digunakan tidak menyakitkan sepanjang penggunaannya.Selalunya bila nak trim rerambut halus yang ada pada muka,kening dan juga bahagian sensitif tu..(bahagian sensitif tu harap wanita sedia maklumlah kan)sangat-sangatlah takut dengan terjadi lukanya di bahagian tersebut.

Meh sini nak kabo kat korang yang sedang mencari-cari produk yang aku cerita kat atas ni.Hasil dari review yang aku dah buat..yess...ia tidak menyakitkan.Tidak luka dan sangat-sangat mudah digunakan.

Veet Sensitive Touch  Electric Trimmer di buat khas untuk bagi untuk membersihkan kawasan-kawasan peribadi wanita dan juga bahagian kening.Ianya bergerak dengan cepat dan perlahan-lahan memotong dan membentuk rerambut korang pada kawasan badan yang sensitif dan halus seperti muka,garis bikini dan ketiak.


Meh kita tengok bagaimana Veet Sensitive Touch  Electric Trimmer bertindak membersihkan di tempat-tempat di bawah ini

Perapian di Bahagian kening
Step 1 : Perapian
             Untuk mendapatkan panjang kening yang diinginkan,rapikan kening anda dengan menggunakan
             pencukur yang kecil dan tambahkan sikat.Letakkan Veet Sensitive Touch dan gerakkan secara 
             bertentangan dengan susunan bulu kening.

Step 2 : Bentukkan kontur bulu kening,bukakan sikat dan gunakan mata pencukur high-precision.Sentuhkan
             ia kepada kulit secara perlahan dan gerakkan

Tidak risau akan luka bila menggunakan Veet Sensitive Touch  Electric Trimmer 

Sangat membantu untuk merapikan rerambut di kawasan sensitif anda..Hah..yang ni wanita je faham ye..

Ada sesetengah wanita yang mempunyai rambut yang lebat di kawasan atas bibir dan kawasan sekitarnya..Dengan Veet Sensitive Touch  Electric Trimmer ia sangat memudahkan..Jadi cepatlah  untuk bermake up.

Masalah di sideburn juga dapat diatasi dengan produk ni.Jadi anda tak perlu risau lagi untuk menghilangkannya.

Apa yang boleh aku simpulkan dengan penggunaan Veet Sensitive Touch,ianya memang wajib dibeli oleh setiap wanita.Ia mudah untuk di bawa kemana-mana..Mudah untuk dibersihkan.


Korang boleh lihat video Veet Sensitive Touch Electric Trimmer  di bawah ini



Video cara penggunaan Veet Sensitive Touch Electric Trimmer 



Apa lagi yang best tentang produk ini.Nak bagitahu kat korang,tak rugi korang dapatkannya satu kerana sangat berbaloi dengan harganya.


Aksesori  yang cukup lengkap di dalam set ini yang sangat memudahkan pembersihan di tempat yang tertentu



Untuk Kegunaan di bahagian muka
  • Mata pencukur dua muak bersaiz 6mm dan juga 16mm
  • Sikat 2 muka bersaiz 6mm dan juga 16mm untuk meratakan
Untuk Kegunaan kawasan sensitif
  • Mata pencukur 20mm
  • Sikat 20mm untuk meratakan
Aksesori lain
  • Berus pembersih
  • Batery AA
  • Beauty Poch


Harga untuk Veet Sensitive Touch Trimmer adalah RM119.00.Dan korang boleh dapatkan produk ini di mana-mana store berhampiran korang seperti Guardian,Watson,online shopping seperti di Lazada ,11 street dan beauty online shopping yang terlibat.Korang kenalah pandai nak usha ye..ada juga website ataupun beauty shopping yang lain yang menawarkan harga yang lebih awesome dari ni.Ataupun korang cuba usha-usha kat Lazada Malaysia..Boleh klik Sales Lazada untuk melihat harga yang ditawarkan.

Seronok kot bila dapat menggunakan produk yang mudah dan senang di bawa kemana-mana ni..Masuk dalam handbag pun boleh tau..

Untuk maklumat lanjut juga korang boleh layari website 


Monday, March 27, 2017

Madah Bicara 26 | Jaga Aib Kita

Monday, March 27, 2017
Assalamualaikum



Kadang Aibkita orang tak tau pun,
Tapi kalau Tiap2 hari update rasa tak puas hati
sakit hati,terasa hati,kecik hati,
semua nak update dekat Fb
Orang yang baca pun tau aib kita
Tau kita ni jenis macam mana
Kita sendiri yang buka aib ktia
sebelum nak update sesuatu,fikir dahulu.Walaupun itu hak kita nak pos apa saja


Nota : Pada aku lah kan,tak perlu kita nak aibkan diri kita sendiri pada orang.Apa yang kita tak puas hati,tak perlu semua orang tau..lagi tak puas hati dan maki hamun orang di fb..Selagi kita boleh simpan,simpan jelah.


Ranking Alexa Kisahsidairy.com 27.03.2017

Monday, March 27, 2017
Assalamualaikum

Hai korang☺☺☺Bersiaran pagi ni dengan kisah ranking alexa..Dah seminggu tak tengok ranking ni.Alhamdulillah..semakin baik.Target adalah di bawah 500..Tapi bawah 1000 pun dah syukur sangat.

alexa

Banyak dah penurunan angka tu kalau nak dibandingkan dengan minggu lepas.Penurunan tu adalah penurunan angka yang makin bagus ok.

Global Ranking Alexa : 1,491,585
TrafficRank MY : 9,143
Sites linking : 364

Kena teruskan usaha untuk mendapat yang terbaik.Kot korang pun nak check alexa ranking korang tu,Klik SINI...


Sunday, March 26, 2017

Happening nya

Sunday, March 26, 2017
Assalamualaikum
Hai korang๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Šhappy weekend kepada yang bercuti.Dah pun sampai ke bumi Johor ni.Malam tadi sampai ke kota tinggi untuk hantar dulu kakak fiyah kat kampung.
So tido semalam kat kampung.petang sikit baliklah ke pasir gudang.Nak kemas apa yang patut pulak kat rumah sendiri setelah beberapa hari ditinggalkan.

Misi mencari asam pedas semalam kat Melaka tak kesampaian dek kerana kami dah keletihan.So just beli sedikit souviner untuk mereka yang terdekat.
Esok dah mula kerja..hadoii..sebab tu kena balik pasir gudang awal sikit.Boleh lagi rileks dan kemas apa yang patut.


Ada ke yang dah naik keje hari ni..ok..nak tepek gambat ni seketul.Thanks sangat kat mar mansor sebab boom instagram kita.


Yang ada instagram boleh la follow kita..nanti kita follow balik ye.Tekan je button instagram kat atas header tu...daaaa

Saturday, March 25, 2017

Madah Bicara 25 | Sekejap

Saturday, March 25, 2017
Assalamualaikum
Hai korang๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š.selamat pagi..suka share quotes ni untuk readers dan juga muhasabah untuk diri sendiri.

Hidup ini
Kejap hujan,kejap panas
Kejap susah,kejap senang,

Semuanya sekejap,kerana hidup ini 
Juga sekejap

 Nota: Bila hidup ini dirasakan sekejap,kita perlu hargai hidup yang sekejap ini

Friday, March 24, 2017

Outing di Dataran Emas Muar

Friday, March 24, 2017
Assalamualaikum

Hai korang๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š.Yess,kami masih lagi di sini,Melaka.masih lagi bercuti..Sebenarnya ikut plan hari ni kami nak try mee besen.Tapi disebabkan takut ramai orang,so kami ubah plan untuk ke Muar je.Lagipun bawa anak-anak ni,selesa dengan suasana yang luas kan.

Kami plan untuk ke Dataran Emas,Muar.Kalau dah duduk Melaka,nak ke Muar ni memang dekat je.
Kami di dataran Emas Muar

Sebelum anak-anak bermain kereta control,bawa mereka main playground dulu.Tapi tak lama kat situ sebab pack sangat budak-budak yang bermain disitu.So untuk mengelakkan kecederaan anak-anak,aku ajak mereka main kereta control.Lagipun kakak fiyah tak berapa minat nak main kat situ.

Dapat dah main kereta control sorang satu.Kakak lah yang kemain suka.Adik pulak,pantang kereta berhenti,dia marah sebab tak jalan

Kakak steady je dengan kereta pink dia..amboiii..amboii

Bermain kereta control sejam je.Lepas tu kakak nak beli belon.Lepak sekejap,terus je cari port nak makan.
Dah sampai muar ni,rugi kan tak pekena mee bandung Muar

Pergi area situ je,cuma nak dapat makan mee bandung special memang hampa.Dapat mee bandung biasa je.Tu pun kira not bad la..



Kami di restaurant mee bandung muar.Dekat je dengan uptown muar.Tak sempat nak snap gambar masa kat situ.wefie kami sebelum makan.tiga keluarga ni..

Esok tak tahulah plan nak kemana pulak.Tapi esok petangnya pulak,kami dah pulang ke johor bahru.