Berjaya membuat Karipap Kentang - Kisahsidairy.com

Kisahsidairy.com

Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Hot

Post Top Ad

Wednesday, January 24, 2018

Berjaya membuat Karipap Kentang

Assalamualaikum

Hai korang☺☺Tak kisahlah kalau kena kecam pun cakap akak tak pandai masak.At least akak mencuba jugak kan untuk buat..Selama 36 tahun hidup ni,tak pernah tau buat karipap.


Selalunya MIL yang rajin buat karipap untuk santapan.Tapi masa tu aku buat dono jelah kalau dia buat.Sebab aku ni kalau pasal kuih,malas nak buat sangat.Aku sanggup beli dari buat..haha..pemalas kan.Tapi,lepas dah ada anak ni,bila anak suka makan,ada suami pun yang suka makan.Pagi makanan yang paling ringan adalah kuih..Dia memang tak pandang takat roti cicah kopi O.Kalau boleh nak Mee goreng,nasi goreng dan gorengan yang lain.And bila wife dia kekadang tak menyempat nak masak semua tu,beli je karipap frozen untuk digoreng waktu pagi..Tu pun dah cukuplah nak tunggu perut diisi untuk tengahari pulak.


So,bila borak-borak dengan encik suami kita ni,terus timbul idea nak buat karipap frozen.Banyak jugalah pelajari macam mana nak buat inti karipap ni.So,malam tu cari semua keperluan untuk membuat inti karipap ni.Nak cari acuan karipap tak jugak berjumpa.Tulah kan,bila taknak bersepah,tapi bila nak,time tu jugaklah payah nak cari.Jadi tawakal jelah uli karipap tu.Bab nak mengelim tulah yang merisaukan aku.Risau tak menjadi wehhh...Actually masa buat dengan MIL tu,ada jugaklah belajar mengelim..Kira dapat jugaklah kan pengalaman walau nipis je pengalaman yang ada tu..Jadiklah..Puas lah aku google resepi karipap kentang ni kat google..Alhamdulillah..sekarang ni semuanya di hujung jari..Nak dengan taknak je buat...So,bertabahlah ye...


resepi karipap kentang
Hah..sape kata susah nak buat..tara....Jadi dah inti kentang untuk karipap.En suami kita tu request nak inti sardin..Tapi kita cakaplah kita belum PRO lagi..So jadiklah macam ni..Alhamdulillah..Cantik kejadiannya.

Beralih nak buat karipapnya pulak..Ambil gelas besar,lepas tu tekup je jadilah bulat...Try mengelim,jadilah kan walau tak berapa nak cantik.

resepi karipap kentang

Stress jugak weh nak mengelim..Ada yang hodoh nampaknya..Takpe..biar hodoh janji sedap.Biar tak cantik di mata,tapi ditekak sungguh sedap untuk dinikmati..

resepi karipap kentang
Siap Di goreng
Uih...menjadi kan..so seorang umi dan seorang isteri sediakan karipap kentang untuk santapan keluarganya..ececeh..

Sekarang ni kena belajar untuk buat semua tu untuk family.Bila kita tengok,anak-anak dan suami makan hasil air tangan kita,Nikmatnya tu besar...Bukan aku kata aku bagus..Tapi bila anak makan air tangan kita,kita puas hati..kan..kan...



Hah..lepas ni dah boleh buat dan frozenkan baik-baik dalam peti ais...senang nak makan nanti..




Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

19 comments:

  1. Sedapnyaaa karipap. Nani pun tak pandai nak buat kelim tepi tu. Sudahnya Nani guna acuan aje. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari tu dan² lah acuan karipap tu habis stock..terpaksalah kelim

      Delete
  2. sedapnya.. sampai sekrang sy tak reti buat bunga karipap. ada orang nak senang pakai tekap je.. pael sy pulak kalu makan karipap makan yg inti je.. part bunga tepi tak makan.. buruk perangai kan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama dengan anak sedara sorang,kalau nampak bunga karipap tu hilang,memang kerja dialah

      Delete
  3. hoii sedap karipap

    anda di tag hehehe

    http://herneenazir.com/2018/01/24/segmen-blogwalking-by-miss-kepeng/

    ReplyDelete
  4. Bab kelim karipap ni sampai ke sudah failed. Tah bila last time buat karipap pun dah tak ingat. Hahaha.. apa pun suami memang sentiasa menyokong kan..yelah kalau asyik beli frozen tu dah berapa ongkosnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan,saya pun sama,tapi disebabkan nak jugak buat air tangan sendiri..terpaksalah jugak

      Delete
  5. waaa...nmpk sedap n elok je....at least, try kan...sy smpi skang tak penh try wat..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah...sesekali mencuba apa salahnya kan

      Delete
  6. Replies
    1. alhamdulillah...husband kata sedap...hehehe

      Delete
  7. Pandai nya...sya smpai skrang fail bab kulit karipap tu emmmm..dh la suka makan

    ReplyDelete
  8. dah lama x makan,nmpak sedap

    ReplyDelete
  9. dahnya akak.. busyra lama jgk tak makan karipap ni. hehe

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum eda...buat sendiri tu lebih puas hati n dpt byk...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete



Post Top Ad