Mengemas Sempena Tahun Baru Cina Lebih Mudah dengan WD-40®! - Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Hot

Post Top Ad

Monday, January 15, 2018

Mengemas Sempena Tahun Baru Cina Lebih Mudah dengan WD-40®!

Assalamualaikum

Mengemas Sempena Tahun Baru Cina Lebih Mudah dengan WD-40 | Hai korang,alahaiii..senang je kan..mudah je kan nak mengemas ni.Nak pulak dah dekat dengan perayaan Tahun Baru Cina ni.Mestilah sesuatu yang MERAH dan mengujakan akan muncul tidak lama lagi.

Apakah Produk yang Hebat yang membantu dalam kerja-kerja mengemas ni.Meh aku perkenalkan produk dari WD40 ni.Ada beberapa rangkaian dari Produk WD40 ni yang boleh membantu kita dalam kerja-kerja pembersihan rumah ni.Meh tengok apa dia.

wd40

wd40


WD-40® Multi-Use Product(Produk Pelbagai Guna)
Hebat untuk menggilap permukaan krom dan memulihkan kesinaran permukaan keluli tahan karat.Adakah karpet anda terdapat gula-gula getah? Dengan adanya produk ini,anda hanya perlu sembur di atasnya,gosok sedikit dan ia akan hilang.Terdapat kesan krayon di dinding?Hanya sembur dan lap dengan kain yang bersih.Dan jangan biarkan pintuk yang lama hilang serinya.Hanya sembur dan ai akan baik.

wd40

3 In One Professional Air-Conditioner Cleaner(Pembersih penghawa Dingin)
Seperti nama produk ini sendiri, ia adalah pembersih penghawa dingin yang bagus.Adalah penting untuk memastikan penghawa dingin berfungsi dalam keadaan yang baik ketika Tahun bBaru Cina yang biasanya agak panas berbanding cuaca biasa.Oleh itu,alihkan penapis dan cuci kotoran debu pada penapis ,dan semburkan produk pada sirip penyejuk secara menegak dari kiri ke kanan bagi memastikan setiap bahagian dilitupi semburan.Biakran sirip penyejuk selama beberapa minit untuk memastikan ejen penyejuk berfungsi dan kemudian masukkan kembali penapis.Itu saja dan tugas membersiha anda selesai.

wd40

WD-40® SpecialistTM Fast Acting Degreaser  (Pembersih Gris)
Ini adalah satu penyelesaian berasaskan air untuk menanggalkan kotoran minyak makanan,minyak lemak,kotoran sabun dan jelaga dengan cepat tanpa meninggalkan sebarang kesan.Penggunaannya cukup mudah iaitu dengan menyemburkan pada permukaan dan bilas dengan air.Buihnya berkuasa dengan berfungsi serta merta dan terus menghapuskan kotoran dengan pantas.Ia cukup menakjubkan apabila kesannya boleh dilihat dalam tempoh yang singkat.

wd40

Kain Pembersih/Kain
Benar,hanya padakan dengan mana-mana produk di atas.Air dan sabun adalah pilihan.

Jika anda memerlukan Pakar dalam bab mengemas rumah ni,Produk Pelbagai Guna WD-40 sangat sesuai untuk tugasan itu.


Produk WD-40 sentiasa menjadi pilhan mereka yang professional dalam bidang penyelenggaraan dan amatur DIY dalam kerja-kerja mereka seperti perkakasan,industri,automotif,sukan,basikal dan jualan runcit.WD-40 boleh di dapati di seluruh dunia dalam pelbagai saiz dan pelbagai rangkaian produk baru seperti WD-40® Specialist, WD-40® BIKE dan WD-40® Specialist Automotive.


Untuk maklumat Lanjut tentang Produk WD-40 korang boleh layari website www.wd40.asia



Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

3 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian ini kakak

    ReplyDelete
  2. suami kat rumah memang guna produk wd-40 ni..

    ReplyDelete
  3. Busyra penah tngok sebelum ni. Cuma entri akak lg detail pnjelasan. Lg paham. Hehe

    ReplyDelete



Post Top Ad