Serawa Pulut Durian - Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Hot

Post Top Ad

Saturday, January 20, 2018

Serawa Pulut Durian

Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Musim durian dah nak habis baru nak up entry ni.Lama dah rasa terkubur..Tapi aku ada up kat Ig mase tu.


Kebetulan durian yang mak bagi masa hari kejadian tu tak terlalu masak.Orang kata mengkal..Belum masak sepenuhnya.Kesian mak rasa bersalah sebab bagi anak dia durian tak masak.Actually bukan salah mak pun,dia pun bukan tahu dalam tu masak ke tidak.Tapi niat dia nak belanja aku durian kampung dah tercapai.

So,bila dah tak masak tu,aku simpan dalam satu bekas and letak dalam peti ais dulu.My husband dok suggest nak buat bubur kacang letak durian,tapi disebabkan mak pun baru je bagi Bubur kacang durian,so kita plan buat lain..Apa lagi,kebetulan kat facebook ramai yang up cerita pasal serawa durian,terus suruh husband pi beli pulut.


Eh..beria kan dia suruh husband pi beli pulut.Terfikir tak selama ni seumur hidup tak pernah buat sendiri pun serawa durian tu...pffftt!!! ok..Jom kita google macam mana buat serawa durian.Dan sebelum ni jugak sejenis takut nak masak pulut.Takut tak menjadi!..Dan satu kerja pulak aku nak menggoogle macam mana nak masak pulut senang.Hadoii...kemain kan.Terbaca dekat majalah keluarga tak silap aku, masak pulut mudah menggunakan periuk nasi elektrik.aku ingat pulut tu kena kukus je..Rupanya boleh masak gitu je eh!..Ok jom kita tengok macam resepi serawa durian cara aku.

Kuah Serawa durian


beberapa ulas durian
Santan
gula merah/gula kabung
Gula pasir
Sedikit garam
Daun pandan
Sedikit air

Masukkan semua Durian,air ,gula pasir,gula merah dan Daun pandan.Selepas agak-agak durian tu macam dah hancur sikit,baru masukkan santan.Kacau rata serta perasakan dengan garam agar rasa lemak-lemak gitu.Dah lepas keluar letup-letup dan pekat sikit kuah durian tu.Dah boleh tutup api.


Cara masak pulut paling mudah menggunakan periuk nasi elektrik.


Masukkan pulut ke dalam periuk Nasi.Kemudian masukkan air jangan terlalu banyak ye.Cuma paras-paras pulut tu je.Letakkan di atas dapur biasa dahulu,agak-agak macam air dalam periuk dah menggelegak,angka periuk tu dan buang lebihan air di dalam periuk tu ye.Kemudian,baru masukkan ke dalam periuk elektrik tu hah..So,tunggu jelah pulut tu macam masak nasi...Senang weh..Tak payah susah2 tengok pulut tu masak ke tidak.Takde pun kerak-kerak tinggal kat dalam tu.

Serawa Pulut Durian

Hah..lepas tu dah sejuk sikit,boleh la hidangkan Serawa Pulut Durian tu untuk suami dan anak-anak tersayang..

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

8 comments:

  1. cantiknya isi durian tu...saya tak makan serawa..kalau pulut santan durian tu makanlah..cuma lamanya tak buat...

    ReplyDelete
  2. aduhhh.... menguntum jiwa tgk durian sis... bila agaknya akan blh mkn durian best... hukhuk

    ReplyDelete
  3. OMG!! sedapnye durian tu.. isi elok betul.. Arghhhhhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lea,isi nampak elok,tapi keras sebenarnya...Tu yang buat serawa tu

      Delete



Post Top Ad