Breaking News
recent

Tips atasi Kulit kering pada kaki dan tangan

Assalamualaikum
Hai korang.Mesti korang pun ada masalah kulit kering pada kaki dan tangan kan.Maknanya keseluruhan badanlah kiranya.Tapi di bahagian muka korang berminyak.Kulit kering ni nampak hodoh sikit tau.Kalau kita tergarik apa-apa je mesti akan nampak kesan garik tu.Hah..tu tandanya kulit korang memang kering.Kalau korang menggaru pun akan ada kesan garu yang akan nampak kesan yang tak elok untuk dipandang...hehehehe
Emmmm...Aku pun ada masalah yang sama tau.Dan masalah tu kerap sangat berulang.Puas dah guna pelbagai losyen untuk mengatasi kulit kering ni.Pelbagai tips yang ada di internet untuk kita buat dan cuba.Kalau kita tak cuba,kita takkan tahu keberhasilannya kan.
So dari pembacaan aku di satu blog ni,ada berkongsi tips mengatasi kulit kering pada kaki dan tangan. Kita tengok ye apa tips yang diberikan ni.

TIPS ATASI KULIT KERING PADA KAKI DAN TANGAN

madu

1.Madu
Ada orang menggunakan madu untuk mengatasi kulit kering pada kaki dan tangan.Madu ni selain mempunyai kandungan Vitamin serta mineral yang tinggi,ia dapat merawat kulit kaki,dan tangan yang kering.Dengan kekerapan menggunakan madu,ia juga dapat membantu mengatasi bibir kering tanpa perlu korang gunakan pelembab bibir lagi tau
air putih
2.Minum Air Putih
Bagi aku ini sangat penting.Minum air putih secukupnya membantu melembabkan kulit kita.Dah disarankan perlu minum air sebanyak 3 liter sehari untuk memenuhi keperluan cairan dalam badan.So air putih sangat penting tau untuk melembabkan kulit kita.
mandi
3.Kurang Mandi
Percaya tak kurang mandi juga mempengaruhi peningkatan kelembapan kulit.Air dan sabun menjadikan kulit lebih kering.Mandilah secukupnya 2 kali sehari dengan masa yang mencukupi.Beberapa Pakar Kecantikan menyaranakan untuk menggunakan sabun pada sekitar wajah dan ketiak.Korang juga boleh gunakan sabun yang khusus untuk kulit kering.

4.Keringkan badan dengan cara Menepuk
Kesilapan kita sesudah mandi adalah mengelap air yang ada di badan dengan menggunakan tuala.Kaedah itu silap sama sekali kerana ianya boleh membuat kulit semakin kering.

5.Limau Nipis
Selain dari untuk masakkan,limau nipis juga membantu dalam mencantik dan melembabkan kulit.Belah dua Limau Nipis dan oleskan kepada kulit.


6.Mentimun
Bukan sahaja boleh di makan,ia juga dapat membantu kulit mendapatkan lembapan dan kulit yang cantik.Hanya kupas kulit timun,bersihkan dan blend.Setelah itu,bolehlah sapukan kepada kulit yang kering.

avocado

7.Buah Avocado
Cara  atasi kulit kering pada kaki dan tangan menggunakan buah Avocado.Seperti yang korang tahu,Avocado ni memang banyak khasiatnya.Di dalam Buah Avocado ni terdapat nutrisi yang sangat bagus untuk kulit.Caranya mudah je,Just tumbuk lumat buah Avocado tu dan sapukan ke kulit yang kering tu.


8.Minyak Zaitun
Selain itu,minyak Zaitun juga dapat membantu korang untuk mendapatkan kulit yang lembut dengan menyapu minyak ke seluruh kaki dan tangan yang kering tu.


9.Pisang
Khasiat pisang ni banyak sebenarnya dan salah satu darinya adalah membuatkan kulit korang lembut.Caranya cukup mudah,just lenyekkan pisang dan sapu pada kaki dan tangan yang kering.

credit to : cantikalamiah.com

Hah..mudahkan cara mengatasi kulit kering ni.Semua bahan yang digunakan di atas untuk membantu korang mendapatkan kulit yang cantik,sangat mudah untuk mendapatkannya.Itu baru sebahagian bahan yang dapat membantu kita dalam menangani kulit yang kering.Kalau korang google lagi mesti banyak lagi tips untuk kulit kering ni.








Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

11 comments:

  1. good sharing! sgt bermanfaat ni.. kaki sy pon kdg hmmm..

    ReplyDelete
  2. kaki dengan tangan memang selalu kering , buruk je tengok hahaha..
    good info

    ReplyDelete
  3. akak ada serum pisang..dia memang buat kulit lembut je..sampai ke tumit akak pakai..pisang memang bagus untuk kulit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..bagus ke serum tu...nak cari jugak ni

      Delete
  4. Busyra kekadang kulit tngan kering jgk. Huhu. Rsanya dh tau kenapa. Kurang minum air. Hehe

    ReplyDelete



Powered by Blogger.