Jenis Beras yang patut kita tahu - Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Hot

Post Top Ad

Wednesday, February 07, 2018

Jenis Beras yang patut kita tahu

Assalamualaikum

Hai korang☺☺Sejak aku mula berdiet celup-celup ni,terfikir pulak pasal pengambilan beras yang aku ambil.Sebab kalau tengok dekat TV dan cakap-cakap dari orang sekeliling,ada diantara beras yang bagus diamalkan untuk orang yang berdiet ni.Orang kata,walaupun kita ada misi nak kurus,carbo pun sebenarnya perlu untuk membantu kita dalam proses nak kurus ni.

So,aku cuba cari jenis-jenis beras yang perlu kita ambil.Dalam diet ni,kita perlu kurangkan pengambilan carbo.Diet pun ada banyak jenis sebenarnya tau..Bukan sembarangan je kita diet.Takut ia memakan diri jugak.Yang penting kita kena istiqomah dalam diet dan pengambilan makanan.

Perkongsian dari butterkicap.com ada beberapa jenis beras yang perlu kita tahu ye.Orang kata beras panjang sesuai dengan mereka yang berdiet.

JENIS BERAS YANG PERLU KITA TAHU



credit: s2syazananordin.blogspot.my

BERAS JEPUN

Beras Jepun yang berasal dari Negara Jepun berbentuk bulat dan pendek.Beras Jepun kurang kalori dan tidak mengandungi kolestrol.Selain itu,Beras Jepun membantu di dalam aspek kecantikkan seperti mencerahkan kulit,mengurangkan jerawat dan melembutkan kulit.Bagi korang yang nak diet tu,rasanya sesuai dengan beras Jepun ni.Di Malaysia,nak mendapatkan beras jepun ni tak susah.Kat mana-mana pasaraya pun boleh dapatkannya.Selalunya beras ni digunakan untuk membuat sushi.
Image result for beras merah
credit :google

BERAS MERAH

Untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan,boleh lah mengambil beras merah ini untuk disediakan dengan lauk pauk sebagai tambahan.Tapi pastikanlah lauk-pauk tu dimasak dengan betul untuk mereka yang berdiet ye..Beras Merah mengandungi antioksidan yang mencegah penyakit diabetes.Beras ini berwarna merah kerana aleuorannya mengandungi Gen yang merupakan sumber warna merah atau ungu.Cara memasak Beras merah ini agak berbeza dari beras biasa.Ia menggunakan air yang banyak lebih daripada beras biasa.

Image result for paella rice
credit :google

BERAS PAELLA

Aku tak sure samada beras ni boleh di dapati di Malaysia atau tidak,kerana beras  ini merupakan mkanan utama dari Valencia,Sepanyol.Beras ini berwarna kuning kerana terdapat saffron di benang bunga/tangkai sari Crocus. Saffron yang terkandung di dalam beras ini bukan sahaja menjadikan beras ini berwarna kuning,tetapi ia juga menambah rasa dan aroma.Perbezaan antara Beras Paella dan beras-beras yang lain adalah ia mempunyai kandungan lemak yang tinddi dan tidak sesuai kepada sesiapa yang mahu menurunkan berat badan.Bagaimanapun,beras Paella membekalkan tenaga yang banyak dan cukup untuk menjalani kehidupan seharian.


Image result for risotto rice
credit :google

BERAS RISOTTO

Beras Risotto berasal dari Utara Itali berbentuk pendek dan lebar yang berwarna putih.Ianya selalu disajikan dengan hidangan pembuka iaitu sebelum hidangan utama di Utara Itali.Beras ini dikenalai sebagai beras Arborio yang mengandungi protein tinggi sesuai bagi sesiapa yang ingin membina otot tanpa melakukan senaman berlebihan.Beras ini mudah di hadam di dalam sistem pencernaan kita yang memudahkan kita melakukakan aktiviti seharian.


Image result for beras basmati
credit :google

BERAS BASMATI

Beras Basmati sangat terkenal di Malaysia.Beras Basmati ialah beras panjang yang mempunyai aroma yang wanig dan menyelerakan.Beras ini berasal dari perkataan hindi yang bermaksud harum.Beras Basmati sangat bagus untuk kesihatan berbanding beras-beras yang lain.Ia amat sesuai untuk pesakit diabetes dan kepada sesiapa yang mahu menurunkan berat badan.Beras Basmati mempunyai Nutrisi yang tinggi.


So dari pembacaan,sudah pastinya beras basmati dan beras merah paling ideal untuk kita ambil kerana beras ini sangat mudah untuk di dapati kan.So,bagaimana pula dengan beras rebus?Aku ada perasan,ramai jugaklah menggunakan beras rebus untuk tujuan kesihatan..emmm..rasanya kena banyak membaca pasal beras rebus ni pulak...

korang pulak?












Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

18 comments:

  1. Replies
    1. tak pernah guna lagi..nak try tapi tak berani la pulak

      Delete
  2. beras jepun tu pernah nampak bini syukri yahya masak. comel je rupa dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..saya pernah rasa jugak beras jepun,tapi macam muak pulak

      Delete
  3. baru tahu ada banyak jenis beras & namanya..thanks sis for this info sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...sebenarnya banyak lagi jenis yang kita tak ketahui...

      Delete
  4. Ana dulu suka campur beras biasa dgn beras wangi. Tp skrg prefer beras basmathi sebab semua dah sedar nk jaga kesihatan.

    ReplyDelete
  5. aah beras jepun mmg bgus utk diet.

    ReplyDelete
  6. mcm2 jenis beras rupanya.. baru tau aa bnyk mcm ni.. tq for sharing akak.. hehe. ilmu baru..

    ReplyDelete
  7. Fiza pun makan Parboiled Rice. Teringin nak makan beras jepun tapi mahal ya amat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe,kalau murah mesti ramai orang guna

      Delete



Post Top Ad