Resepi Ikan Talapia Sweet Sour sedap - Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Hot

Post Top Ad

Tuesday, February 13, 2018

Resepi Ikan Talapia Sweet Sour sedap

Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Jomlah kita main masak-masak dari dapur kisahsidairy ni ye.Hah..ni adalah menu minggu lepas.Tapi aku takdan nak masukkan dalam blog.



Ikan Talapia ni selain dari di goreng garing,boleh je masak Talapia masak Lemak cili api,Talapia bakar dan lain-lainnya.Tapi aku tak pernah lah lagi kan masak semua tu.Ini adalah percubaan pertama aku masak Talapia sweet sour tau.Sebelum ni,kalau nak makan,aku suruh kakak ipar aku masak je.Itupun dia just goreng garing je.Yang biasa dia goreng tu Talapia kecik jelah



Hari tu,masa aku ke pasar,ternampak Ikan Talapia Merah ni.Tanya jugak kat husband,dia nak ke tak ikan ni.Dia kata macam menarik.So,terus dia tnye nak masak apa,dalam fikiran aku just goreng jelah kan.Tapi bila aku google,rupanya boleh jugak masak sweet sour.So,hari tu aku decide untuk masak sweet sour.

Ikan Talapia merah
Ikan Talapia merah

Nasib baik orang yang jual ikan tu,dia boleh siangkan untuk aku.Kalau bab ikan besar-besar ni,aku selalunya suka kalau diorang yang potong dan bersihkan.Kalau kat rumah,tu mau ikan tu melenting keluar kang.Nak sediakan Ikan Talapia Sweet sour mudah je.Tak perlu banyak bahan sangat.

Bahan-bahan  Talapia Sweet Sour sedap

5-6 tangkai lada kering*
2 biji bawang besar*
3 biji bawang putih*
1/4 ulas halia*
sedikit belacan*
Sos Tomato
Sos tiram
sebatang serai
Lada benggala(Potong dadu)
Tomato(Potong dadu)
Lobak(Potong dadu)

Blend semua yang bertanda *

Cara memasak

Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan sehingga garing.Ni ikut korang lah nak garing macam mana.Nak goreng ikan besar macam ni kena banyak minyak dan pastikan kuali bersih.Jadi tak melekat ikan tu.
Kemudian,di dalam kuali lain,Masukkan minyak sedikit dan tumis bahan yang di blend.Masak sehingga pecah minyak.Masukkan sos tomato dan sos tiram.

Resepi Talapia Sweet Sour sedap
Ketuk serai dan masukkan ke dalam tumisan tadi.Masukkan sedikit air dan perasakan dengan garam dan gula.Kemudian masukkanlah bahan yang dah di potong dadu tu.Dah rasa sedap tu,matikan api dan sedia di curah ke atas ikan


ikan talapia merah.
Curah sambal di atas ikan yang di goreng tadi.


Tadaaa..Maka siaplah Ikan  Talapia Sweet sour yang sedap dan rangup..hehehe



Ada sesetengah orang akan goreng ikan tu salut dengan tepung kan.Tapi aku suka goreng bodo gitu je.Tak payah letak garam or kunyit.Sebab nanti dah banyak sangat garamnya..Masin pulak kan.





Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

11 comments:

  1. Sedapnya.. lagi pulak kalau ikan Tu goreng garing3 kan

    ReplyDelete
  2. Sedap sangat!suka makan ikan goreng rangup dengan sambal sweet sour.

    ReplyDelete
  3. wow sedap...tapi ikan talapia tak biasa makan lagi...

    ReplyDelete
  4. Sedapnya mak berpantang ni nengok ikan talapia masak sweet sour tu

    ReplyDelete
  5. nampak cam senang je resipi ni ek

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum eda...nampak sedap jer tu...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  7. Alahaiii akak. Fevret niii.. sedapnyaaa.

    ReplyDelete



Post Top Ad