Tonsil penyebab Naura Demam - Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Hot

Post Top Ad

Saturday, February 24, 2018

Tonsil penyebab Naura Demam

Assalamualaikum

Hai korang☺☺Sehari sebelum umi naik kerja,Dak Naura pulak demam.Sebenarnya dah nampak dah simptom² dia nak demam,bila dok asyik terbaring,tak aktif dan tak banyak bercakap.Malam pun kalau tidur asyik nak mengaruk je.

So,hari Isnin lepas,umi terus bawak die di klinik Desa di Kampung.Rupanya doctor sahkan Tonsil dia bengkak..Besar pulak tu.Patutlah dia merengek je..Makan pun taknak.So,doktor suruh umi bagi dia makan aiskrim,yougurt atau benda-benda yang sejuk bagi mengecutkan tonsil Naura

Balik dari klinik,sempat umi ke kedai belikan dia aiskrim.Itupun memilih nak aiskrim paddle pop..Tapi umi just belikan dia aiskrim vanilla je...So,dia redha jelah kan makan walau banyak drama airmata dia tu.


Selalunya kanak-kanak ni mudah sangat nak kena demam kan.Kadang-kadang kita tak tahu samada demam tu disebabkan apa.Mungkin jangkitan atau mungkin ada sebab lain.Aku paling risau kalau anak-anak demam.Rasa nak tidur pun takut.Lagi jenis Naura ni kalau malam,panas dia akan naik mendadak..Masa tu memang standby kain basah jelah.Sikit-sikit bangun untuk jelum badan dan kepala dia.


Tonsil ni memang payah kita nak tahu bila terjadinya.Kadang tu kita tak tau apa punca tonsil tu.Sebab tu bila anak demam kena cepat-cepat pergi klinik.Macam aku,walaupun ada standby ubat demam,aku tetap akan pergi ke klinik.Kebiasaannya,aku akan pegi klinik yang biasa aku pergi,jadi doktor tu akan tanye ubat apa yang takde kat rumah.so,dia akan bagi ubat yang memang takde je kat rumah..jadi save lah sikit kan bayarannya.hah..alang-alang tu,jom kita tengok apa punca tonsil di kalangan kanak-kanak.
tonsil

Punca berlakunya Tonsil pada kanak-kanak adalah disebabkan dua sebab iaitu :-
  • Jangkitan Virus
  • Jangkitan Bakteria(15%  sahaja punca dari bakteria)

Kalau korang nak tahu,manusia mempunyai 2 kelenjar yang disebut tonsil iaitu terletak di sebelah kiri dan kanan rongga mulut atau dipanggil pangkal lidah.Ia berfungsi menapis virus dan bakteria dari memasuki saluran pernafasan sekaligus menjadi salah satu sistem pertahanan badan manusia.Namun,kadangkala tonsil gagal bertindak untuk memainkan peranannya dalam melawn jangkitan virus dan bakteria.Akibatnya,tonsil mengalami keradangan atau inflamasi yang disebut Tonsilitis yang boleh menyebabkan tonsil bengkak dan mampu mencapai saiz yang besar lalu meghalang saluran makanan dan pernafasan.


SIMPTOM PENYEBAB TONSIL

  1. Demam
  2. Batuk
  3. Selsema

GEJALA RADANG TONSIL

  1. Sakit tekak 
  2. Tidak boleh menelan atau terasa sakit ketika menelan.
  3. Demam berpanjangan
  4. Sakit kepala
  5. Sakit -sakit badan.
  6. Suara garau atau hilang suara
  7. Kadangkala bengkak pada leher
  8. Mulut berbau
  9. Berdengkur

info :nurkids2u.blogspot.my



Alhamdulillah..sekarang ni tinggal selsema sikit je...risau jugak kalau melarat..kesian kat dia je.



Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

34 comments:

  1. Moga Naura terus sihat ya..kesian Naura..

    ReplyDelete
  2. Semoga cepat sihat ya Naura, anak-anak kalau demam memang kita ibu-ibu nie tak senang duduk dibuatnya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks auntie sue..betul tu..kalau diorang dah tak sihat..kita nak tidur pun rasa tak tenang

      Delete
  3. Syafakillah naura. Anak buah ana pun nama naura. Td doc kata kena brochintis. Kesian dgr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lahai,kesian anak buah ana,perit tu kalau kena

      Delete
  4. Semoga Naura cepat sihat.. in shaa Allah.. Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah..amin..alhamdulillah..sihat dah dia

      Delete
  5. TB tak pernah kena tonsil.. tapi hubby memang kerap gak kena kalau dia demam.. TB tak tahu pun rupa tonsil macam mana sampailah hubby tunjuk gambar .. baru TB tahu tonsil tu macam tu.. kalau dah tutup semua memang nak bernafas pun susah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah,kalau kena orang dewasa pun rengsa,inikan pulak kanak² kan

      Delete
  6. Uiii kesiannya..moga cpat sihat..musim panas ni.. Risau anak² tak tahan

    ReplyDelete
  7. lahai... ciannya naura. moga cepat sembuh ya....

    ReplyDelete
  8. Kalau sakit tekak or tonsil elok mkn aislrim vanila kan. Kesian naura.semoga cpt smbuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah,bagi jugak dia makan aiskrim tu..memang lah dia suka

      Delete
  9. perkongsian yang baik...baru faham sikit pasal tonsil ni

    ReplyDelete
  10. Sakit tau kalau kena bengkak tonsil ni. Kita yang dewasa pon tak tahan sakit, inikan pula anak kecil. Kesian. Zeza pernah kena tonsil sakpai hilang suara. Siap doc bagi MC dari bercakap. Dah lah tengah program yang memang kena hari2 present masa tu. Kena MC dari bercakap pulak. Kihkih! Anak Zeza dulu pon demam tonsil, doc bagi antibiotik, ubat demam, & spray. Sebelum bagi makan spray dulu bagi kebas, baru dia makan. Kalau tak, memang tak makanlah dia sebab sakit. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..kita yang dewasa pun tak tahan kalau kena

      Delete
  11. kesiannya naura! Semoga kembali sihat lepas makan ubat. Dulu dah pernah kena memang perit sangat

    ReplyDelete
  12. Kesiannya naura. Semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  13. Semoga cepat sembuh.. Seryau juga kalau jadi macam nie huhu

    ReplyDelete
  14. Jangan ambil mudah kan dengan penyakit tonsil ni. Memang kena cepat ambik rawatan dan jumpa doktor.

    ReplyDelete
  15. Allah. Get well soon. Harap harap tak serious mana lepas ni

    ReplyDelete



Post Top Ad