Menginap di Le Grandeur Palm Resort Senai Johor - Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Hot

Post Top Ad

Tuesday, March 27, 2018

Menginap di Le Grandeur Palm Resort Senai Johor

Assalamualaikum

Menginap di Le Grandeur Palm Resort Senai Johor | Hai korang..Actually percutian ni hanyalah untuk menemankan babah ke Seminar pada malam Sabtu hari tu.Kami sebenarnya dari Melaka pada Khamis untuk menghantar MIL ke sana.So,disebabkan babah ada seminar di Senai,Maka kami ambil peluang untuk menginap di sini membawa anak-anak.



Kalau ikutkan Seminar babah di Hotel ZamSaham,tapi memandangkan bawa pulak anak-anak ni,haruslah kena tempat yang ada kolam renang dan memudahkan kami untuk beriadah kan..Takdelah anak terperap je dalam bilik..Tapi memang terperap pun...hahahaha
Sebelum kami ke Melaka lagi kami dah menempah Le Grandeur Palm Resort Johor ni melalui Agoda.Boleh dikatakan Harga Agoda lebih murah dari yang lain.Aku ambil semalam hanya Rm152 belum masuk GST ok..
Le Grandeur Palm Resort Senai Johor

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor

Kolam renang di Le Grandeur Palm Resort Johor.Betul-betul berhadapan bilik kami.Ada dua kolam renang iaitu untuk dewasa dan kanak-kanak.Kolam renang kat sini memang besar.Kalau korang tak menginap di sini pun,korang still boleh nak ke sini tau.Kalau tak silap aku untuk kolam renang ni,hanya RM20 sahaja.



Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Kaunter pendaftaran/Receptionist


Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Di hadapan pintu Hotel Le Grandeur Palm Resort Johor

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Salah satu tempat untuk korang Chill

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
 LE SPA yang disediakan di sini

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Golfer

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Kami menetap di bilik ini

Masa aku booking di Agoda,aku dah pilih siap-siap untuk bilik Deluxe Suit.Jadi senang ada satu katil besar je kat situ.

Jom aku bawak korang untuk lihat pemandangan di dalam bilik kami

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Selepas masuk ke pintu bilik kami,disediakan satu ruang untuk gantung baju,isi barang berharga dalam peti besi tu,ada juga disediakan iron,dan iron board.Jadi senang sangat nak iron baju.Takdelah kena panggil diorang untuk hantar iron kan.


Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Selepas itu korang akan nampak bilik mandi yang sangat luas.Di dalam bilik mandi tu terdapat tandas ,tempat mandi dan bath tub.

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Bath tub yang ada di dalam bilik mandi.
Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Kelengkapan mandi semua ada disediakan
Selepas tu korang akan jumpa cabinet di hadapan Katil.Di dalam cabinet tu ada mini fridge untuk korang letak apa-apa makanan atau minuman

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Disediakan juga mineral water dan minuman 3 in 1

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Katil untuk kami beradu malam tu.
Actually,adik aku yang bongsu pun ikut sekali dalam percutian pendek kami tu.So husband aku tidur bawah la jawabnya...hahahaha....


Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Di sebelah katil tu terdapat kerusi dan meja sudut.tempat lepak sambil tengok tv.
Kemudahan banyak tau di sini,Korang yang kaki Golf,kaki gymm dan yang suka dengan SPA tu,semuanya ada disini.

Berbalik kepada makan malam,actually,aku tak makan pun malam tu kat tempat diorang sebab malam tu ada satu tempat je yang buka iaitu Japanese Restaurant.Memandangkan aku bawak anak-anak,kang tak termakan pulak diorang ni..Harga pun boleh tahan.So kami beli je makanan di Kedai Mini berhampiran masuk ke Hotel ni.

Di Le Grandeur Palm Resort Johor ni,korang boleh DIning In,kalau bernasib baik,semua bukak,korang boleh cuba semua sekali..Kat sini terdapat beberapa jenis makanan yang korang patut cuba iaitu
  • The Ishwara Brasserie and Terrace
  • Sobasei Japanese Restaurant
  • The Bar
  • The Grill at Cocomo
  • Xin-Shan Long Chinese Restaurant
  • Turquoise  Poolside Bar




Selepas Check in,anak-anak dah tak sabar nak mandi kolam.Lepas rehat sekejap,terus bawak mereka turun ke pool.


    Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
    Tak perlu risau sebab ada dua kolam iaitu untuk dewasa dan anak-anak.

    Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
    umi lah terpaksa melayan budak dua orang ni

    Dalam pukul 6 lebih baru masuk bilik..Itu pun sebab umi dah letih nak melayan puteri-puteri ni.
    Malam tu masing-masing kepenatan,dan adik pun tak berapa sihat,so semua tidur awal.Ikutkan moksu dia nak pegi lagi berenang malam tu,hakak dia je tak kasi..Kang kena kidnap ngan mat salleh kang,sia-sia je..hahaha..


    Keesokkan paginya,kejut kan budak-budak ni awal,sebab nak pergi sarapan.Kang tak sempat pulak sebab sarapan kat sini sehingga pukul 10.30 pagi..Rasa kat mana-mana pun sama kan

    Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
    Sebelum pergi breakfast,umi dengan kakak wefie dulu di koridor bilik

    Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
    Wefie di Hotel.. Masa ni memang tak sempat nak bergambar dah sebab masing-masing buat perangai..Umi yang pening kepala


    Kalau korang bawa lebih dari dua orang,nak breakfast ni kena bayar RM15 sahaja...Murah la jugak kan..Tapi tak semua makanan korang boleh isi dalam perut..Aku pun makan sikit je..

    Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
    Kami sekeluarga.
    Masa ni adik dan kakak bagi full support untuk bergambar..Sebab jarang nau gambar kami berempat.


    Kalau korang nak menginap di Le Grandeur Palm Resort ni,aku memang recommended sangat.Sebabnya,Resort ni tak jauh dari Lapangan Terbang Senai tau.Nak cari makan pun senang je.


    Korang boleh tengok Maps dan alamat yang aku beri di bawah ni..Aku bagi 5 bintang untuk Resort ni.

    LE GRANDEUR PALM RESORT JOHOR

    Jalan Persiaran Golf, Off Jalan Jumbo,81250 Senai Johor
    Malaysia
    www.Palmresort.com





    Thanks for Reading kisahsidairy.com
    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

    24 comments:

    1. macam menarik je kak..kena try tido sini. hehe

      ReplyDelete
    2. cantiknya hotel ni. bersih dan suasana dia aman damai je.

      ReplyDelete
      Replies
      1. betul tu fiza...suasana memang best kat sini

        Delete
    3. toilet bersih.. ok pass hehehee

      ReplyDelete
    4. lama x check in hotel..tp best kan hotel yg siap ada kolam..anak2 mmg suka

      ReplyDelete
    5. Kak Sue pun kalau nak bermalam kat hotel kena cari yang ada kolam juga. Besar kolam kat sini kan puashati..

      ReplyDelete
      Replies
      1. betul tu...kalau tak nanti anak² boring kan

        Delete
    6. Semua kemudahan ada termasuk padang golf. Bagus sangat. Bilik pun besar dan selesa.

      ReplyDelete
    7. Pool dia besar dan cantik. Anak-anak Marsha pun suka mandi pool.

      ReplyDelete
    8. Memang bessr betul pool tu..puas mandi.ooo boleh walk in je kalau nak manfi kolam eh..byrn rm20 kira berbaloi jugaklah

      ReplyDelete
    9. bestnyaaa kolam dia besarr.. hehe. hotel dia pun cntik dan kemas..

      ReplyDelete
    10. Nextime boleh cuba menginap dekat sini.. Nampak menarik sgt tu..

      ReplyDelete
    11. Best lahh tengok environment dia..

      ReplyDelete
    12. not bad tempat ni. bilik pon nampak selesa..

      ReplyDelete
    13. ptp selalu gak buat training kat sini..

      ReplyDelete
    14. Hotel menarik dan kelengkapan yang serba serbi lengkap. Memang sesuai nak bawa family datang sini.

      www.liahasty.com

      ReplyDelete



    Post Top Ad