Pencapaian Johor dalam Dekad Baharu Johor - Kisahsidairy.com

Kisahsidairy.com

Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Hot

Post Top Ad

Sunday, March 25, 2018

Pencapaian Johor dalam Dekad Baharu Johor

Assalamualaikum
Hai korang..baru 1st time rasanya aku nak bercerita pasal Johor.Johor merupakan tempat aku dilahirkan.Apabila melihat pencapaian Negeri Johor sekarang ini,rasa bertuah kerana berada di Negeri Johor.


 Kalau dilihat pencapaian yang di capai Negeri Johor dari tahun 2013 hingga 2018 kita sendiri maklumkan banyak perubahan pembangunan untuk rakyat Negeri Johor khususnya.Ianya selari dengan WAWASAN 2020 yang akan tiba sedikit masa nanti.Johor hari ini adalah Johor yang lebih maju ekonominya,lebih sejahtera kehidupan rakyatnya dan lebih berwawasan kepimpinan serta rakyatnya.


YAB Dato' Muhammad Khaled Nordin selaku Menteri Besar Johor mengatakan usaha Kerajaan Negeri menilai secara objektif dan jujur kemajuan semasa yang telah dicapai berlatarbelakangkan perencanaan untuk kesejahteraan rakyat hari ini dan masa hadapan.

MISI JOHOR KE ARAH WAWASAN 2020

Johor sebagai negeri berpendapatan tinggi serta sebuah destinasi pilihan untuk pelaburan dan kehidupan yang berkualiti di mana kemajuan dan tradisi bergerak seiring.Ia merupakan pertumbuhan ekonimi yang saksama dan mampan didorong oleh teknologi baharu,infrastruktur moden,tenaga kerja yang berkemahiran tinggi,persekitaran perniagaan serta ekosistem yang berdaya maju dan berdaya saing,serta perkhidmatan awam yang cekap dan responsif.

MISI MEMBANGUN DEKAD BAHARU JOHOR

YAB Dato' Muhammad Khaled Nordin  berikrar untuk membawa Negeri Johor kepasa satu pembangunan yang bersifat inklusif lagi bersepakat ,pentadbiran yang berasaskan limpahan yang saksama,serta pembangunan yang mengutamakan pencapaian.


Antara Misi yang telah dibangunkan oleh Kerajaan Johor dari tahun 2013-2018 adalah :-

1.MEMULAKAN VISI DENGAN KERAJAAN YANG BERPAKSIKAN KEPADA RAKYAT
YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin telah diperkenan sebagai Menteri Besar Johor ke-15 setelah Parti Barisan Nasional berjaya membentuk Kerajaan Negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13.
2.KEUTAMAAN MELALUI SUARA HATI JOHOR
Kerajaan yang berwibawa adalah kerajaan yang boleh menterjemahkan hasrat rakyat, idea rakyat dan kemahuan rakyat dalam bentuk dasar dan strategi yang memakmurkan dan mendatangkan rasa sejahtera pada bangsa” YAB DATO’ MOHAMED KHALED NORDIN | MENTERI BESAR JOHOR 
Kerajaan Negeri Johor telah melantik pasukan penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia untuk penglibatan awam terhadap 100 hari pertama pentadbiran beliau sebagai Menteri Besar Johor.Ia bertujuan untuk menggubal dasar berdasarkan kehendak,jangkaan dan keperluan rakyat berasaskan tema "Merakyatkan Kerajaan"

3.KEPIMPINAN BERPRESTASI
Kepimpinan dan pentadbiran negeri Johor mesti mempunyai halatuju dan wawasan yang jelas. Segala halatuju dan wawasan ini mesti boleh dinilai dan diukur prestasinya. Bahawa Kerajaan mesti berorentasikan pencapaian terbaik.



4.PELAN PERTUMBUHAN STRATEGIK JOHOR
“Pelan Pertumbuhan Strategik Johor ini diilhamkan atas dua kepercayaan iaitu pertama, pembangunan ekonomi Johor mesti didemokrasikan dan kedua, kerana pertumbuhan ekonomi Johor memerlukan naratif baharu’’



5.JOHOR BERKEMAJUAN
Kerajaan Negeri Johor memperkenalkan Gagasan Johor Berkemajuan sebagai instrumen mewujudkan keseimbangan dalam pembangunan Johor yang inklusif pada masa depan”


KAD  LAPORAN PENCAPAIAN JOHOR 2013-2018



Antara pencapaian yang telah di capai oleh Kerajaan Johor adalah
  • KDNK Johor telah melepasi RM100 Billion
  • Johor destinasi pelaburan terbesar dalam sektor pembuatan
  • 17,292 pemohon telah menerima tawaran RMMJ sejak 2013
  • Tanah rizab melayu telah meningkat kepada 30% daripada keluasan Johor
  • Bas Muafakat Johor telah memanfaatkan 4,503,150 penumpang
  • Kedai harga patut IMCORP meringkan kos sara hidup
  • Jalan kampung diperluaskan
  • Pembangunan Keusahawanan yang tersusun
  • 180,000 peluang pekerjaan kini tersedia
  • 77 buah SAKJ terbengkalai telah disiapkan
  • Indeks jenayah Johor telah menurun kepada 46%

PENCAPAIAN NEGERI JOHOR


1.KRT JALAN SAWI,KLUANG
Johor mencatatkan penuruan kadar jenayah sebanyak 46% bagi tahun 2017 berbanding 2011.Kerjasama aktif masyarakat menjadi antara penyumbang utama termasuklah dengan menggerakkan Kawasan Rukun Tetangga(KRT) dan Skim Rondaan Sukarela(SRS),Kini sebanyak 792 unit  KRT dan 609 unit SRS telah ditubuhkan di Johor.


2.BAZAR KARAT JOHOR BAHRU
Bandaraya yang sentiasa bergemerlapan.Pada tahun 2016,Johor telah menerima kemasukkan sebanyak 9.98 juta pelancong yang memberi impak positif kepada ekonomi,sosial dan kesejahteraan rakyatnya.

3.LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA  SENAI
Johor memiliki akses pengangkutan darat,laut dan udara yang baik.Johor telah mencatatkan kedatangan  pelacong pada tahun 2016.Jaringan pengangkutan ini berupaya membantu menjadikan Johor antara Hab Logistik terpenting di Malaysia dan juga di rantau ini.



4.MERSING
Kerajaan Negeri sentiasa peka dengan keperluan rakyat Johor dalam melakukan aktiviti riadah.Di bawah Bajet Johor 2018,Rm45.7 juta diperuntukkan bagi menyediakan kemudahan sukan dan rekreasi di seluruh negeri Johor.Sebanyak RM44.6 juta pula diperuntukkan untuk menaiktaraf taman-taman rekreasi dan riadah sedia ada.



5.MUAR
Budaya dan tradisi Johor yang tidak pernah lekang di telan zaman menjadikan ia identiti dan jati diri yang kuat kepada tanah selatan ini.Pada tahun 2017,seramai 3,104 orang menyertai program pembangunan seni budaya.Aktiviti kesenaian ini menyokonh hasrat menjadikan Johor sebagai Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa.



6.JOHOR BAHRU
Resepi dan rasa asli makanan johor yang sekian lama menjadi sebahagian identiti kuat kepada tanah Selatan ini.

Setiap daerah di negeri ini mempunyai hidangan asli Johor yang merupakan salah satu daya penarik kepada pelancong dari dalam dan luar negara.


7.TAMAN REKREASI TASIK Y,BATU PAHAT
Akses data dan internet secara percuma memudahkan lagi capaian komunikasi tanpa sempadan.Terdapat 135 hotspot Johor WiFi di seluruh Johor dengan 50 lagi hotspot akan diaktifkan di kawasan luar bandar


8.TANGKAK
Antara langkah intervensi kerajaan dalam meringankan beban kos sara hidup rakyat di Johor adalah melalui program air percuma bagi penggunaan 25 liter padu.Sebanyak 15,303 akaun dibawah senarai e-Kasih dan Orang Asli telah menerima manfaat daripada program ini (penerima 2013 – 2017).


9.SEKOLAH AGAMA TAMAN PELANGI ,SEGAMAT
Dalam mencapai misi utama Johor Berkemajuan, pembangunan modal insan yang lebih dinamik dan terurus menjadi fokus utama kerajaan Negeri.Terdapat sebanyak 578 buah Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) di Negeri ini. Jumlah ini termasuklah sebanyak 77 buah sekolah agama terbengkalai yang telah disiapkan. Sebanyak 30 buah lagi akan dibina.


10.KAMPUNG PARIT STAN,PONTIAN
Sejak tahun 2013, sepanjang 334.36km jalan kampung baharu berjaya dibina manakala 1,212km jalan kampung telah siap dilebarkan.Pemasangan sebanyak 29,386 unit lampu baharu di jalan-jalan kampung kini dinikmati manfaatnya oleh penduduk kampung di seluruh Johor.






11.GERAI MAKAN MAJLIS DAERAH SEGAMAT
Ruang niaga dan makan yang lebih bersih, teratur dan cekap menjadikan industri makanan dan minuman di Johor lebih berdaya saing.Di bawah Bajet Johor 2018, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM29.3 juta bagi tujuan pembinaan dan penaiktarafan ruang-ruang perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) meliputi gerai, kiosk dan tapak trak makanan.


12.PONTIAN
Nelayan-nelayan di kawasan perairan Selatan Johor menjadikan hasil tangkapan laut sebagai punca pendapatan keluarga.Sehingga kini, Kerajaan Negeri telah memberikan bantuan RM2,000 secara one-off kepada 5,115 nelayan di Selatan Johor yang terjejas daripada penambakan laut.



13.KAMPUS INDUK KOLEJ YAYASAN PELAJARAN JOHOR KOTA TINGGI
Pelajar kemahiran di Kampus Induk KYPJ tekun mengikuti kelas kemahiran.Sejak diperkenalkan pada tahun 2016, seramai 1,628 orang pelajar dalam bidang kemahiran telah menerima manfaat melalui Tabung Latihan Kemahiran Johor.


14.INKUBATOR USAHAWAN JOHOR,PASIR GUDANG
Kecekalan, niat yang ikhlas dan tawakal menjadi kunci utama kejayaan bagi seorang usahawan.Melalui inisiatif di bawah Perbadanan Islam Johor (PIJ), 4 buah pusat inkubator usahawan telah / sedang dibina di Pasir Gudang, Bandar Baru Uda, Stulang Baru dan Pengerang.



15.LADANG NANAS ,PONTIAN
Berbudi pada tanah pasti ada hasilnya.
Pelbagai inisiatif sedang rancak dilaksanakan bagi mencapai matlamat Johor sebagai pengeluar makanan utama di Malaysia.Melalui Bajet Johor 2018, sejumlah RM17.4 juta diperuntukkan bagi sektor pertanian, perikanan dan veterinar.

16.JALAN TASEK,JOHOR BAHRU
Warga Johor memanfaatkan perkhidmatan bas percuma Bas Muafakat Johor (BMJ) sebagai pengangkutan awam pilihan.Perkhidmatan BMJ telah diperkenalkan pada 1 April 2016. Sehingga kini, terdapat 54 laluan yang telah diwujudkan meliputi kesemua daerah di Johor.Seramai 4,503,150 penumpang telah menggunakan perkhidmatan bas ini.



17.LEBUHRAYA EDL,JOHOR BAHRU
Berpuluh ribu warga Johor yang bekerja di Singapura menggunakan Tambak Johor setiap hari.Bermula 1 Januari 2018 Kerajaan telah memansuhkan kutipan tol Lebuhraya EDL yang dikenakan di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru. Pemansuhan ini telah membantu mengurangkan kos pengangkutan antara RM3.40 hingga RM10.20 sehala.

MANFAAT ORANG JOHOR DISETIAP PERINGKAT UMUR


MANFAAT UNTUK BELIA 18-30 TAHUN

MANFAAT UNTUK ORANG DEWASA 3.-59 TAHUN


MANFAAT UNTUK WARGA EMAS 60 TAHUN KE ATAS
Bagi aku,Negeri Johor banyak membantu rakyatnya dalam kesempurnaan hidup yang lebih cemerlang.Banyak yang telah diberi peningkatan untuk rakyat sendiri.Apa yang penting kita sebagai rakyat Negeri Johor adalah Betulkan Niat,Bangunkan Negeri,Belalah Negara,Berilah Nilai dan Bawalah Nama Negeri Johor.



Kalau korang nak melihat pencapaian Johor sepanjang 5 tahun ni bolehlah layari Website

http://www.dekadbaharujohor.my/

 #TeamJohor #DekadBaharuJohor

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

3 comments:

  1. nice sharing, saya tak pernah lagi jejak ke negeri johor. teringin jugak satu hari nanti

    ReplyDelete
  2. busyra belum prnah smpai ke johor.inshaAllah ada rezeki akan smpai ke sana.

    ReplyDelete
  3. Mak sebagai anak jati Johor sangat berbangga atas pencapaian Johor sejak 5 tahun lepas. Pelbagai inisiatif yang dilakukan untuk pembangunan dan rakyat. Cuma tinggal kita je nak kena ambil peluang.

    ReplyDelete



Post Top Ad