Air Rebusan Epal Hijau dan Serai Untuk Kempis Perut - Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Hot

Post Top Ad

Tuesday, April 17, 2018

Air Rebusan Epal Hijau dan Serai Untuk Kempis Perut

Assalamualaikum

Air Rebusan Epal Hijau dan Serai Untuk Kempis Perut | Aku dapat tau cara nak kempis perut ni masa tengah tunggu husband gunting rambut.Nampak majalah wanita dan aku belek-belek sampailah kat satu muka surat ni,dia bagitahu yang air rebusan epal hijau dan serai bagus untuk kempiskan perut.Bila google,memang ramai yang dah buat rupanya..So why not kita try kan...
Mana tau cara ni boleh cepat kurus dengan minum air rebusan epal hijau dan serai kan

Air Rebusan Epal Hijau dan Serai Untuk Kempis Perut
Seperti yang korang sedia maklum,Epal Hijau dan serai ni mengandungi khasiatnya yang tersendiri.Dan jika digabungkan haruslah kuasa dua kan khasiatnya.

Khasiat Epal Hijau yang perlu korang tahu

  • Mengatasi masalah sembelit
  • Kaya dengan sumber mineral dan vitamin
  • Mengandungi karbohidrat
  • Makanan tinggi serat
  • Membantu menurunkan kolestrol jahat 

Khasiat serai yang perlu korang tahu

  • Memutihkan gigi
  • Mengatasi masalah perut
  • Serai sebagai Pain Killer
  • Detoksifikasi
  • Melegakan senggugut
  • Agen pencegah kanser
  • Menurunkan tekanan darah
  • Sebagai Diuretik

Air rebusan epal hijau dan serai ni katanya boleh mengempiskan perut.Boleh mengatasi lutut sakit dan bagus untuk mereka yang sedang diet.

So,apa yang diperlukan untuk buat air rebusan ni.OF courselah bahan utamanya Epal Hijau dan Serai.

Air Rebusan Epal Hijau dan Serai Untuk Kempis Perut

  1. 3 biji Epal Hijau
  2. 3 batan serai
  3. 1 liter Air


Air Rebusan Epal Hijau dan Serai Untuk Kempis Perut

Cara buat air rebusan epal hijau dan serai 



Potong buah apple kepada beberapa bahagian.Cuci bersih serai dan titik serai tu.Campurkan serai dan epal hijau ke dalam periuk yang berisi air sebanyak 1 liter


Air Rebusan Epal Hijau dan Serai Untuk Kempis Perut

Rebus selama 30 minit dan sehingga epal tu lembut.Tutup api.Tuang Air rebusan ke dalam bekas lain.Kemudian,Hancurkan epal dan masukkan isi yang dihancurkan ke dalam bekas rebusan tadi.

Air Rebusan Epal Hijau dan Serai Untuk Kempis Perut
Sebotol bawa ke office

Boleh diminum suam-suam atau sejuk.Amalkan  pengambilan pagi dan malam.Bagi aku kalau minum suam-suam ni tak kick lagi rasanya...Tak perlu letak gula or madu pun dah sedap.

Macam aku,masukkan je dalam peti ais..Bila-bila nak minum aku minum...Minum sejuk-sejuk ni best.Rasa tak cukup 1 botol ni tau.Insyallah...sekadar mencuba..Mana tau berkesan kan..Kita kenalah ikhtiar..


Selamat mencuba

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

37 comments:

  1. macam tau2 je tengah kokakng epal hijo ni hahaha

    ReplyDelete
  2. mak pun suka ni. utk detox. buh madu sikit juga. hahaha.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. haah mar..tak payah dah bubuh gula..sdap

      Delete
  4. Macam best jer. Nak try lah nanti. Perut pon dah mula membuncit ni.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. nanti cubalah..kita pun masih mencuba ni

      Delete
  6. wah..apa rasanya kak.nak try lah buat dan rasa camne

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa masam-masam buah..tapi oklah...not bad..sedap jugak..tapi minum sejuk lagiiii sedap

      Delete
  7. wahh minuman sihat ni akakk.. bagus <3 epal tu fevret busyra..

    ReplyDelete
    Replies
    1. epal hijau ni kalau makan gitu je..tak boleh makan...hehehe

      Delete
  8. So far, jadi ke tak? Mcm nk try jugak la. Perut ni kian membuncit ikut suka dia je

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru je ni mencuba...kita tengok kesan dia nanti ye...hehehe

      Delete
  9. Waaa bagus ni. Baca je dah rasa kempis la ha ha ha

    ReplyDelete
  10. Senang je nak buat. Sedap ye eda rasa dia. Epal tu ana ok lg tp serai tu haa.

    ReplyDelete
  11. Macam sedap jer..nak try la ..mana tau bleh krus.. Del singgah sini

    ReplyDelete
  12. cantiknya botol air tu..wah boleh cuba ni.tq for the tips

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...botol air ECO je ni...nanti boleh cuba ye

      Delete
  13. Menarik nie, boleh lah Kak Sue cuba nanti. Bahan pun tak banyak n senang nak cari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahannya pun senang sangat nak cari...cuba tau

      Delete
  14. Nak cuba!!! Belum pernah try lagi epal hijau dengan serai. Sebelum ni Ros pernah cuba eoal hijau dengan kayu manis jer.. sedap jugak airnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dengan kayu manis akak tak pernah try...boleh la lepas ni

      Delete
  15. Gabungab epal hijau dengan serai memang sedap

    ReplyDelete
  16. serios leh kempis ni..insyallah la kan

    nti boleh try kt rumah..perut dah terlajak buncit ni cam manoooooooo haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pun baru cuba ni..harap2 konsisten lah buat..

      Delete
  17. Boleh try nih...nak kempiskan perut jugakkk

    ReplyDelete
  18. Wah nak cuba lah kat umah. Nak slimkan perut lagi.

    ReplyDelete



Post Top Ad