Cara kira fidyah bagi yang lambat ganti puasa - Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Hot

Post Top Ad

Friday, April 20, 2018

Cara kira fidyah bagi yang lambat ganti puasa

Assalamualaikum
Cara kira fidyah bagi yang lambat ganti puasa | Lagi beberapa hari lagi kan kita akan bertemu dengan Ramadhan.Sebelum menjelangnya ramadhan,perkara yang kita kena pastikan adalah menyempurnakan ganti puasa yang kita dah tinggalkan pada bulan puasa tahun sebelumnya.Dan bagaimana jika kita tidak sempat nak ganti puasa tersebut.Seharusnya kita perlu bayar fidyah untuk berapa hari yang kita dah tinggalkan.Di bawah ini sedikit perkongsian yang aku ambil dari facebook Jabatan kemajuan Islam Malaysia.Satu Perkara yang yang selalu memusykilkan kaum wanita adalah cara kiraan fidyah jika mereka tidak sempat nak ganti puasa.



Cara kira fidyah bagi yang lambat ganti puasa


FIDYAH

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

HUKUM FIDYAH

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

PROSEDUR BAYAR FIDYAH

Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri.
Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.

SEBAB-SEBAB DIKENAKAN FIDYAH

1. Uzur menunaikan puasa wajib

Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh,atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali

2.Perempuan Hamil

Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran.Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan(qada') puasa yang ditinggalkan.

3.Ibu yang menyusukan anak,

Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu.Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

4.Orang yang telah meninggal dunia.

Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari ayng ditingalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

5.Melambatkan ganti Puasa(Qada')

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya(bulan Ramadhan),dikenakan denga membayar fidyah dah juga wajib menggantikan (qada') puasa yang ditinggalkan.Bayaran Fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.


TAKSIRAN FIDYAH

(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = Fidyah

KADAR BAYAR FIDYAH

Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).
Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 1435H, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.80.
Contoh:
Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:
RM1.80 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM16.20
*Jumlah hari puasa yang wajib di qada tetap 3 hari sahaja. Hanya bayaran fidyah sahaja digandakan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua.
Nota: Kiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun



info:www.zakatselangor.com.my


So,korang yang belum lagi membuat demikian,moga info ini bermanfaat untuk semua yang memerlukan..


Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

9 comments:

  1. Alhamdulillah..terima kasih kak atas perkongsian ni..baru lebih jelas tentang cara taksiran fidyah tu..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Eda..alhamdulilah ..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih share info ni..
    Singggah sini dulu :')

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang berilmu. mudah bagi orang ramai.
    JanjiKita

    ReplyDelete
  5. Aa. Kena tgk ni kelantan brape hrga dia. Mek ambik sebab no 3. Huhu

    ReplyDelete
  6. thanx for sharing kak..dah nak dekat puasa ni kena buat checklist. takut ada yang belum habid hanti puasa

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..liez dah ganti awal puasa tahun lepas..sblm ni pun sebulan sebelum ramadhan mmg settle kan..

    ReplyDelete



Post Top Ad