Cara simpan Sayur agar tahan lama - Kisahsidairy.com

Kisahsidairy.com

Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Hot

Post Top Ad

Tuesday, April 10, 2018

Cara simpan Sayur agar tahan lama

Assalamualaikum

Cara simpan Sayur agar tahan lama | Actually,dah lama aku praktikkan benda ni.So far sayuran yang aku simpan untuk seminggu still lagi rangup kapkungkap...


Ada je cara lain untuk simpan sayur agar tahan lama.Tapi aku tak berapa nak buat sebab ada sekali tu aku buat,sayur jadi kuning dan ke tong sampah ler jawabnya.

Cara simpan sayur cara aku ni senang je,boleh la tahan seminggu,kalau sebulan tak taulah pulak kan.Tapi ada ke korang beli sayur untuk stock selama sebulan...hahaha..Paling lama pun sayur tu bertahan sebelum habis seminggu je .Aku takkan beli sayur banyak dan stockkan dalam peti ais.

Caranya macam ni,Kan ke korang beli barang dapur dari pasaraya,dia dah siap asing-asingkan bahan kering,bahan basah,sayur dan sebagainya dalam plastik yang berlainan kan.So korang just pastikan semua sayuran di dalam satu plastik.Jadi senang nak menyimpannya ye.Hanya sayuran je tau,takmo yang lain.Kalau ada lada ke ,korang asingkan di tempat lain.


Cara simpan Sayur agar tahan lama


Cara simpan Sayur agar tahan lama
Plastik yang aku campurkan semua sayuran di dalamnya

Lepas tu aku ikat plastik ni dalam keadaan ia masih ada ruang di atasnya.seperti dibawah

Cara simpan Sayur agar tahan lama
ikat dengan cara macam ni,biarkan ada udara sedikit di dalamnya seperti ini

Lepas tu,korang dah boleh masukkan dalam peti ais bahagian bawah ye..plastik lagi satu tu pun aku letak sayur jugak.Semua sayuran aku akan buat macam ni.Kalau lada besar atau lada kecil aku akan buat cara seperti di Entry INI
Simpan elok disini,cuma pastikan setiap kali korang ambil sayuran di dalamnya,ikat kemas kembali supaya sayur masih dalam keadaan yang baik.

Kalau korang tak ikat kemas,alamatnya sayur korang tidak akan kelihatan segar dan rangup ler...

Hah...itulah cara simpan sayur agar tahan lama yang lebih efektif aku lakukan.Korang pulak macam mana...Rasanya ramai je dah guna cara aku ni kan.




Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

28 comments:

  1. Waalaikumsalam..
    Ooo nanti bole cubalah hehehe

    ReplyDelete
  2. boleh try la buat mcm ni nanti.. tq kak eda sharing this tips..

    ReplyDelete
  3. Bagus ajaran ini. Baru tau sayur boleh tahan lama dengan simpannya secara demikian.
    Bajuspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tulah yang saya buat selalau..insyallah tahan

      Delete
  4. Ana selalu juga masukkan dalam plastik tapi yang lutsinar tu. Senang nak nampak dan susun semula nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lagi senang kan ana,tapi nak cepat..akak buat macam tu jelah

      Delete
  5. samalah! tapi fiza asingkan lebih mudah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. asingkan lagi mudah kan..tapi ni kira nak cepat jugak..haha

      Delete
  6. Owh boleh ya buat macam nie baru Kak Sue tau. Selalu balut dengan surat khabar je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita try jugak balut surat khabar,tapi bila basah dia akan jadi layu..mybe peti ais kita tu problem kot..hihi

      Delete
  7. Nak cuba lah kat rumah. sayang beli sayur je cepat je layu.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayangkan kalau dah layu..tak boleh nak buat ape dah

      Delete
  8. assalamualaikum eda...mmg selalu buat mcm ni eda...balik beli sayur terus masukkan dlm peti...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  9. Senang je tips...balik nanti boleh buat ni

    ReplyDelete
  10. oohh macam tu rupanya... boleh cuba nanti..


    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #34. maaf, baru sempat nak blogwalking ni.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2018/03/senarai-url-blog-34.html

    pemenang akan diumumkan pada malam ini... gud luck!

    ReplyDelete
  11. Thanks for sharing. Nak try lah nanti.

    ReplyDelete
  12. nice tip. boleh amalkan mcm ni.. tq for sharing akkak. <3

    ReplyDelete



Post Top Ad