Kedai Kereta Mewah Baru dan Terpakai-Tijani Motors - Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Travel | Food | Review

Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Travel | Food | Review

Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Hot

Post Top Ad

Thursday, May 03, 2018

Kedai Kereta Mewah Baru dan Terpakai-Tijani Motors

Assalamualaikum

Kedai Kereta Mewah Baru dan Terpakai-Tijani Motors | Ada ke yang sedang mencari kereta import mewah yang baru dan terpakai.Kalau cerita bab kereta ni,aku bukanlah orang yang boleh dibawa bersembang.Tapi bila cerita bab keinginan nak memiliki kereta cantik dan mewah tu,of course boleh.Siapa taknak kan memiliki kereta mewah ni,cumanya kena tepuk poket dululah..hehe.
Actually,ada jenis orang yang suka dengan kereta import dan ada yang suka keluaran Malaysia.Masing-masing ada keinginan tersendiri kan.Yang penting kita kena tahu antara kelemahan kedua-dua keluaran ni.Barulah kita buat pilihan yang bijak.Di M3alaysia ni dah ramai jugak yang menjual Kereta Mewah baru dan terpakai ni tau.Cuma nak kena rajin survey jelah.
Baru-baru ni aku dijemput oleh pihak Tijani Motors Sdn Bhd yang terletak di Pontian Johor.Satu-satunya orang melayu yang membuka kedai menjual kereta import baru dan terpakai.
  

PERASMIAN PEMBUKAAN TIJANI MOTORS

Perasmian Tijani Motors dibuka dengan berinspirasikan Misi Dekad Baharu Johor yang telah diilhamkan oleh YAB Menteri Besar Johor dalam merealisasikan Visi Johor Berkemajuan.
Kalau korang nak tahu,Tijani Motors ni ditubuhkan untuk menjadi salah sebuah perniagaan automatif terutamanya dalam Kategori kereta import terpakai yang dimiliki oleh usahawan Bumiputera.Sebagai anak melayu,aku berbangga dengan pencapaian mereka.Yang diberitahu,Dato Haji Mohd Tahir ni bukan sahaja membuka Tijani Motors,malah banyak lagi yang telah diusahakan oleh beliau.
Pengasas Tijani Motors ni mempunyai pengalaman yang sangat luas bukan sahaja dari bidang Automatif,malah beliau juga telah terlibat dengan perniagaan selama 15 tahun yang mana merangkumi industri pembangunan hartanah,sekuriti,pembekalan perubatan,pemuliharaan arkib dan banyak lagi.Semasa pelancaran Tijani Motors kami dilayan dengan baik sangat.Di pelancaran itu,sempatlah aku tengok kereta-kereta mewah di situ.
Credit picture : kidal_art
Perasmian Tijani Motors telah dirasmikan oleh YB Datuk IR Hasni bin Haji Mohamad iaitu pengerusi Jawatankuasa kerja raya Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor pada malam itu
Alhamdulillah..selesai sudah perasmian Tijani Motors.Moga Tijani Motors terus success di masa akan datang.
Antara kereta-kereta mewah yang dipamerkan semasa pembukaan Tijani Motors.







Bila tengok kereta mewah semua ni,teringin lak nak sambar sebiji..Nak-nak mercedes yang kat atas tu.
Oh ya,last but not least,di masa.pelancaran tu,ada jugak sesi bergambar dengan Datuk,boleh tengok kat IG nanti.Ni aku share sikitlah gambar dengan JDT Blogger yang terlibat pada malam tu.





Jika korang berminat untuk mendapatkan Kereta Mewah Baru dan terpakai hubungi person incharge dibawah

Tel
En.Dzol : 013-685 4217
En.Ismail : 012-709 9908
Email : info.tijanimotors@gmail.com
Alamat 
Lot 979,Bandar Pontian Kechil
82030 Pontian Johor
Page : Tijani Motors 

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

10 comments:

  1. Replies
    1. kan..rasa nak beli malam tu jugak..hahaha

      Delete
  2. Alhamdulilah selesai agenda kita kan minggu lepas..
    Tahniah buat Datuk..
    Ada rezki saya datang nak angkut kereta..eh beli kereta he he he

    ReplyDelete
  3. untung la bdn klo de org nak bagi keta free kn..hehe🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. mau tak untung badan kalau dapat kereta free

      Delete
  4. haah la..gambar JDT Blogger dengan datuk takde lagi..kat ig tu ade ek

    ReplyDelete



Post Top Ad