Manfaat Keledek Jepun untuk Kesihatan - Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Hot

Post Top Ad

Friday, May 18, 2018

Manfaat Keledek Jepun untuk Kesihatan

Assalamualaikum
Khasiat Keledek Jepun untuk Kesihatan | Kenangan terimbau masa kecik pulak bila tengok Keledek ni.Kalau dulu,ubi rebus tu memang dah biasa dengan keluarga kami.Kalau kat belakang rumah tu,Ubi kayu memang akan ada di tanam.Cuma kalau keledek ni payah sikitlah nak menanam.So dulu nak beli keledek ni pun murah je.Kebanyakkan ramai yang menanam Keledek ungu tu.
Keledek ni banyak jenis tau.Bukan  sejenis je tau..Korang boleh google tentang jenis keledek eh..Kalau aku nak sebut satu persatu memang banyak.Mau lebih 500 patah perkataan kang..hahaha
Tapi banyak-banyak keledek ni,aku suka Keledek Jepun.Rasa manis.Tak payah cicah dengan sambal pun takpe..Tapi biasa ler..tekak melayu ni kalau takde sambal tak sah.So aku buat sambal sikit ler kan sebagai penambah selera..eceh!
Dah makan ni,baru aku google apa khasiat makan keledek jepun ni..Mesti ada khasiatnya kan.So mencarilah aku tentang khasiat yang ada pada Keledek Jepun ni.Ni pun mase tu jalan-jalan kat Econsave.Nampak keledek ni,teringin pulak lah nak merasa ,sebab dah lama tak makan.Memang best untuk hidangan pagi atau petang bersama secawan kopi..Rasa bercawan-cawan kopi aku teguk..kah²..abaikan
Manfaat Keledek Jepun untuk Kesihatan
Tara...Ubi keledek jepun yang dah siap di rebus bersama dengan sambal ikan bilis

MANFAAT  KELEDEK JEPUN UNTUK KESIHATAN

Dari pembacaan aku di blog akmalrusyd.com ni , dia ada share apa  manfaat keledek jepun ni.Ubi Keledek atau panggilan sainsnya Ipomoea batatas dari keluarga Convolvulaceae..Payah nau nak menyebut kan..Ia sangat manis untuk dinikmati dengan hanya rebus atau stim sahaja.Jom kita

Kaya Dengan Vitamin B6

Keledek Jepun mempunyai banyak Vitamin B6 yang berfungsi untuk mengurangkan kadar bahan kimia homoistein di dalam tubuh.Bahan kimia  biasanya dikaitkan dengan penyakit degeneratif,termasuklah serangan jantung.

Sumber Vitamin C

Seperti yang korang tahu,vitamin C amat penting untuk membantu mengelakkan diri kita dari demam dan juga selsema.Ia juga penting untuk pembentukan tulang dan gigi,penghadaman dan pembentukan sel darah.Bukan itu sahaja,malah Vitamin C berupaya untuk menyembuhkan luka,merangsang kolagen dan membantu mengawal tekanan selain melindungi tubuh daripada  toksin dan kerosakkan akibat radikal bebas yang menyebabkan kanser.Dan ia juga berperanan menyerap zat besi ke dalam tubuh.

Mengandungi Vitamin D

Vitamin D berfungsi untuk membina tulang,jantung,saraf ,kulit dan gigi yang kuat.Ia juga berfungsi terhadap kadar tenaga dan emosi di dalam tubuh.Selain itu Vitamin  D penting untuk diambil bersama kalsium kerana salah satu fungsinya yang membantu menyerap kalsium ke dalam tulang agar tidak berlaku mendapan.

Zat besi

Zat besi sangat-sangat diperlukan oleh tubuh badan bagi menghasilkan tenaga yang mencukupi.Zat besi juga memberi peranan penting di dalam menghasilkan sel darah putih dan sel darah merah.Ia juga berindak sebagai kawalan untuk stress dan memastikan sistem imun berfungsi dengan baik di samping memetabolismekan protein yang masuk ke dalam tubuh agar tidak berkumpul menjadi gula dan lemak.

Sumber Magnesium

Keledek adalah sumber terbaik untuk mendapatkan magnesium yang mana ia berperanan untuk memberikan rasa tenang kepada tubh dan menjadi mineral anti stress,Magnesium juga diperlukan untuk kesihatan arteri,darah,tulang,jantung dan juga fungsi saraf.

Potassium

Kalau korang nak tahu,di dalam ubi keledek ni terdapat Potassium yang merupakan satu elektrolit(electrolytes) yang membantu mengawal kadar denyutan jantung dan isyarat saraf.Ia berperanan penting termasuklah meredakan pengecutan otot-otot (relaxing muscle contractions) mengurangkan pembengkakan,dan melindungi serta mengawal aktiviti buah pinggan.

Rasa Manis Semulajadi.

Keledek ni mempunyai manis semulajadi di dalamnya dengan melepaskan perlahan-lahan ke dalam aliran darah bagi membantu mengawal serta mengimbangi sumber tenaga tanpa meningkatkan kadar gula di dalam darah yang mana kebiasaannya dikaitkan dengan kenaikkan berat badan dan keletihan,

Kaya Dengan Karotenoid

Warna oren pada keledek menunjukkan ia kaya dengan pelbagai karotenoid seperti beta karotene dan lain-lain,yang mana ia mendominasi vitamin di dalam tubuh,Karetoniod membantu menguatkan kadar penglihatan dan meningkatkan sistem imunisasi terhadap penyakit.

Karotenoid merupakan antioksida yang berkuasa yang boleh membantu mengelakkan kanser dan melindungi diri dari kesan penuaan.


Makanan yang bersifat Versatile

Keledek sangat sesuai untuk dihidangkan dengan menggunakan pelbagai cara dan kaedah masakan seperti dipanggang,kukus atau dijadikan puri.Ia juga boleh dimasukkan ke dalam sup atau stew,dibakar atau dipotong kecil sebagai rencan di dalam salad sayur-sayuran anda.
Keledek juga boleh dijadikan puri dan di tambah di dalam smoothies atau hidangan yang lain.

Hah..Nampak tak betapa banyak manfaat keledek ni.Kita je tak tau.yelah.zaman sekarang ni mana orang ada masa nak makan makanan macam ni.betul tak..semuanya nak instant.Patut ler mak pak kita dulu susah nak dapat penyakit.ececeh...barulah fikir macam tu kan.So,lepas ni kalau berbelanja memang wajib la beli keledek ni..what say you?





Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

16 comments:

  1. Replies
    1. Hahaha..tulah masuk mase posa..kan dah..haha

      Delete
  2. saya pun suka keledek ni, manis tak payah cicah apa pun sedap..senang nak kurus makan ni ganti nasi...hahaha...saya suka bakar dalam pemanggang ajaib atas dapur aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak suka rebus je..takpayah sambal pun takpe sebenarnya

      Delete
  3. Tak pernah makan ubi keledek dengan sambal, aku ni pelik sangat haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..akak yg pelik..tak kisah pun takde sambal ni sebab keledek tu dah manis

      Delete
  4. Kita suka makan keledek tapi nanti asyiklah buang angin memanjang hehehehe

    ReplyDelete
  5. banyak khasiatnya kan.memang sedap keledek ni kalau rebus.manis kan. saya suka goreng jugak.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  6. manis keledek ni. kalau rebus time hujan memang perggghhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu,lagi lah terbuka selera seluas-luasnya..

      Delete
  7. Saya pun peminat keledek juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti cari awek pandai rebus keledek eh...hehehe

      Delete



Post Top Ad