Menu Berbuka Puasa Ramadhan ke-11 - Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Hot

Post Top Ad

Tuesday, May 29, 2018

Menu Berbuka Puasa Ramadhan ke-11

Assalamualaikum
Menu Berbuka Puasa Ramadhan ke-11 | Hai korang..Entry yang lambat untuk dipost untuk menu buka puasa ramadhan ke-11.Anakanda tak berapa nak sihat,so fokus lebih kepada dia je semalam.Tapi alhamdulillah,umi tetap menyediakan menu untuk berbuka puasa untuk keluarga.


Disebabkan babah dah request untuk Asam pedas ikan pari,so umi ikut jelah apa yang babah nak.Cuma umi tambah sikit buat Tauhu sumbat begedil daging.Rasa macam dah lama pulak tak makan,last makan masa officemate buat tahu ni.Tu yang rasa berkeinginan lagi nak makan tahu sumbat begedil daging ni.Selain tu jom kita layan dulu apa menu berbuka puasa umi hari yang ke-11

Goreng pisang pemberian jiran sebelah

Sayur bayam

Asam pedas ikan pari

Actually asam pedas ni aku ikut resepi dari SISLIN tau.Sebenarnya resepi asam pedas tu sama,cuma cara buatnya tu yang lain.Apa yang lainnya adalah teknik tumisan yang dibuat beberapa kali.Lebih pekat dan sedap.Tak caya korang boleh cuba.Ni hah..korang boleh tengok resepi dari SIS Lin .


Last but not least menu umi adalah ni hah..Tauhu sumbat begedil daging.Meh sini aku share sikit camane nak buat tauhu sumbat ni cara aku.Jom tengok resepi tauhu sumbat begedil daging.

resepi tauhu sumbat begedil daging
Tauhu sumbat Begedil Daging

RESEPI TAUHU SUMBAT BEGEDIL DAGING


- Beberapa biji kentang(direbus dan dilenyek sehingga hancur)
- Seulas bawang merah dihiris halus
- Daun sup
- Daging cincang Ramly(ikut suka nak pakai yang mana)
- Sedikit Garam
- Sedikit Gula
- Tauhu goreng(aku beli yang dah siap)
-2 biji telur
- Lada 
Tauhu yang siap ada di jual di kedai-kedai atau pasaraya

CARA BUAT TAUHU SUMBAT BEGEDIL DAGING


Rebus kentang sehingga lembik dan hancurkan.Di dalam kuali panaskan sedikit minyak dan tumis daging sampai air daging tu kering dan sejukkan seketika.Di dalam bekas berisi kentang ,masukkan daun sup yang dah di mayang halus dan bawang yang dihiris.Masukkan daging tadi dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.

Ambil tauhu dan belah sikit atasnya,masukkan bahan tadi kedalam tauhu sehingga padat menjadi macam gambar di atas ni

Pukul telur dan masukkan tauhu di dalamnya.Kemudian panaskan kuali dan boleh la mula menggoreng.Settle..Lepas tu dah boleh dihidangkan dengan Sambal Kicap


Siap tauhu sumbat begedil daging


Ada ke yang tak tahu macam mana nak buat sambal kicap ni.Kalau takde sambal kicap,memang rasa tak complete je makanan tu kan.So buat sambal kicap untuk cecah tauhu tu.

Cara buat sambal kicap
-5-6 biji lada kecil
-Kicap
-sedikit garam dan gula
-limau nipis

Campurkan kesemua bahan diatas kemudian blender.Tak kisah kalau korang nak blend sampai halus pun.Masak sekejap di dapur sehingga dia agak pekat dan siap dihidangkan.Aku suka masak dulu sambal kicap ni supaya ia tahan lama dan boleh disimpan di dalam peti ais.So,bila-bila nak guna bolehlah ambil je ..




Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

7 comments:

  1. Uii sedapnyaa menu ko hari-hari..Kalau tauhu begedil tu, anak Sis Yana suka buat, sampai dah malas nak amik gambo, asyik benda tu je hahahaa

    ReplyDelete
  2. wahh sedapppnya menu berbuka puasa kak..rabia makan ikan singgang cicah budu je buka puasa nnti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pun dah sedap rabiah..lama nya tak makan budu

      Delete
  3. sedapnya. boleh la cari kt bazar kalau ada hehe

    | blog aimanabdullah |

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba cari,mana tau ada jual kat bazar...

      Delete
  4. tauhu sumbat begedil daging tuhhh mengancam sungguh...

    ReplyDelete



Post Top Ad