Persiapan menjelangnya Hari Raya dengan Kurta KACAX - Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Hot

Post Top Ad

Friday, May 25, 2018

Persiapan menjelangnya Hari Raya dengan Kurta KACAX

Assalamualaikum
Persiapan menjelangnya Hari Raya | Hai korang..Dah siap ke persiapan untuk hari raya.wah..untunglah kan kalau yang dah siap awal ni.Alhamdulillah..walaupun baru seminggu puasa,persiapan untuk berhari raya dah pun aku siapkan dalam 40%.Itu pun beli sikit-sikit.Bila ada anak ni,kena buat persiapan awal,bukan apa,nanti ada je yang nak dibeli di saat-saat akhir.Itu perkara yang paling aku tak suka adalah persiapan last Minute!!


Actually kalau sebut pasal persiapan raya ni,of course pakaian adalah persiapan yang pertama akan dibuat dahulu betul tak.Alhamdulillah..proses persiapan baju raya dalam keadaan terkawal.Umi pun bila pergi shopping kompleks,tengok baju pun masih dalam kawalan lagi..hahaha..Takdelah terover sangat untuk membeli baju.
Disebabkan tahun ni adalah turn aku dan adik beradik aku di rumah kami,makanya tema dah pun kami tentukan iaitu Electric blue. ia seakan royal blue jugaklah.So,bila turn kami,semua akan berpakat untuk mencari warna yang sama walau pattern baju berlainan.Masa tu adik-adik kelam kabut dok tanya kakak dia ni baju jenis macam mana yang sesuai.Dalam whatssap group tu kemain riuh rendah ler bercerita pasal baju.Kalau yang perempuan ni takpelah jugak,banyak pilihan.Yang lelaki ni susah sikit.Ada yang nak kurta,ada yang nak bajulah,ada pulak nak pakai jubah.Haishh..pening tau.


Ada pulak sorang anak saudara yang tua tu,tak jumpa lagi baju dia.Dah,makngah dia pulak yang kena carikan untuk dia.Malam tu,lepas berbuka puasa,terus kami ke Angsana Johor Bahru.Yelah,kat Angsana tu macam-macam ada.Lagi satu,bila nak raya,Angsana memang menjadi tumpuan untuk mereka mencari persiapan raya terutamanya baju raya.So masa jalan-jalan di tingkat 3 Angsana,naik dari lift tu,terus terpandang BUTIK KACAX.Mula-mula seriau jugak nak masuk,takut kang si bujang tu tak minat.Paksalah jugak dia masuk dan try baju-baju yang ada di dalam Butik KACAX tu.
butik kacax
Depan Butik KACAX

Senang sangatlah nak jumpa butik Kacax ni.Dekat je dengan lift tu hah.So kat bawah ni nanti aku bagi address butik ni eh.Masa masuk Butik ni pun tengok orang ramai yang membeli..amboi..mesti ramai lelaki yang nak jadi KACAX masa raya nanti kan.Sementara menunggu bujang  tu mencari baju yang dia berkenan,maka makngah dia pun apa lagi,memang wajib lah kan tengok baju-baju keluaran KACAX ni.Kalau korang rasa material baju ni,memang aku bagi thumbs up lah.Tak panas tau.Lembut je kain yang mereka gunakan.Apa taknya,material Kurta Kacax diperbuat dari  "Cotton Osaka".. Patutlah sejuk semacam kan..hahaaha.>Sempat je kan makcik dia menemuramah tuan kedai ni.
butik kacax
Label KacaX
Kat sini korang boleh pilih nak leher jenis macam mana,ada berkolar dan ada jugak teluk belanga.Kain pun korang boleh pilih jugak nak jenis macam mana.

butik kacax

butik kacax

butik kacax

Setiap keluaran baju kacax ni ada label  Kacax  di leher tau.So owner ni kata,mereka sendiri yang cari material dan designkan baju  ni..wah..hebat tak.

butik kacax

butik kacax

Sempatlah si bujang ni melaram Kurta Modica dan juga Mataro dari Butik KACAX

butik kacax

Pilihan bujang adalah Kurta royal blue Modica
butik kacax
Kurta kanak-kanak
Bukan yang dewasa je nak jadi kacax,anak-anak pun nak kacax bergaya di hari raya.Boleh satu tema dengan ayah dia masa raya nanti.Tapi memandangkan anak lelaki takde,jadi mampu tengok jelah..Ni yang rasa nak mengandung lagi ni..eh..eh.. tetiba pulak kan.

Aku difahamkan,mereka ada membuat kemeja dari kain Kurta ni.So,belek-belek lah kemeja kurta ni.Kain sangat selesa dan cantik pulak tu.
butik kacax

Kemeja Kurta Kacax yang pertama kali dikeluarkan oleh butik KACAX
butik kacax
Kemahin si bujang ni dok try jugak Kemeja ni.

Siap pesan kat Makngah dia,nak repeat datang sini lagi dekat-dekat nak raya nanti.Amboi..kemain tau.Sempatlah umi grab dua lagi baju untuk abang dan ayah.Settle baju si bujang ni.Tinggal nak pilih baju untuk anak-anak dara.Oh ya..Kalau korang pergi ke butik KACAX ni kan,mana tau nak cari pulak baju untuk anak perempuan or isteri tersayang..ala...belilah sehelai kan.Depan butik ni,ada booth Busana  Jamilah yang menjual baju wanita.Alang-alang tu,terus beli untuk satu keluarga..Settle..Tak payah nak pi banyak kedai.Baju pulak tu cantik-cantik.Nasib baiklah makngah ni dah beli 3 pasang baju raya.Kalau tak mau rembat lagi sehelai.

busana jamilah

Gembiranya hati bila dah dapat settlekan keperluan mereka.Insyallah nanti nak repeat pergi lagi.Sebab adik lelaki dah berkenan kat kurta ni.Eh,kalau korang nak cari kurta ,jangan lupa tau pergi ke Angsana Johor Bahru ni.Aku siap tapau kat owner butik,sape sape pembaca dari blog aku ni,aku mintak diorang bagi diskaunlah sikit kan..hehehe..nampak..baik tak aku..

butik kacax

So kalau korang nak buat pembelian di Butik KACAX ni jangan lupa sertakan kod di bawah ni.Dia akan tolak 20% dari setiap pembelian korang tu nanti.Korang just screenshot dan tunjukkan kat cashier eh!!

Kod Diskaun 20%
 BG08KACAX

Untuk warga Johor tu,jangan lupa datang ke Butik KACAX ni di alamat :

 Butik KACAXTM, 
L3.41 Level 3, Angsana JB Mall, JB

Boleh jugak korang tengok Page dan IG Butik KACAX seperti dibawah ni :


Atau wahtsapp terus ke :

#kurta #kurtakacax #kurtamurah #kurtalelaki #kurtamoden #kurtaraya #kurtaslimfit #kurtabudak #kurtacantik #kurtababy #kurtacotton #kurta2018 #kurtakids #kurtaonline #kurtadewasa #kurtaborong #kurtastylo 

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

22 comments:

  1. Replies
    1. so far oklah sebab materialnya pun sedap..Kurta harga RM79 dan ke atas..tengok design.Yang saya beli tu RM119..tapi kalau guna kod diskaun tu dapatlah kurang 20%

      Delete
  2. wowwww..menarik tertarik..boleh terjah..

    ReplyDelete
  3. kacax2 semua di pagi raya nnti..hehe

    ReplyDelete
  4. hahahahhaha! boleh kak, boleh....digalakkan mengandung lagi kalo nak gayakan kurta kanak2 kacax...ehhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoii..ingat nak tutup kilang dah...hahaha

      Delete
  5. cantik-cantiknya design kurta kat sini. warna pun banyak pilihan.
    JanjiKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah mar,memang cantik² sangat kurta kacax ni

      Delete
  6. Banyak juga pilihan tu. Senang nak matching.

    ReplyDelete
  7. Wah banyak pilihan kurta nya...cantik cantik pula tu

    ReplyDelete
  8. Bertambah kacak laa si bujang memakai kacax yer, tersenyum gumbira...kita nak beli lagi 2 atau 3 lai utk si bujang tu..dia dh berkenan banyak color dah huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...kain dia memang best oiii...nasib baik kakak dah tak sempat nak ke sana

      Delete
  9. Suka sangat dengan rekaan kurta Kacax ni. Nampak kemas dan elegan. Material kainnya juga bagus dan bermutu tinggi. Kacax Gio pilihan saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes...Kacax gio tu memang awesome...suka design GIO

      Delete
  10. Nama brand Kacax ni pun dah gempak . Suka tengok koleksi warna Dan rekaan kat sini .Pelbagai warna boleh rambang mata .

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rambang nak pilih..duduk memilih pun berjam2

      Delete
  11. wow. jenama baru untuk tahun ni.

    ReplyDelete
  12. Memang berbaloi kalau ke sini
    Semstinya terus kacax :-)

    ReplyDelete
  13. mesti wazy bertambah kacax di pagi raya

    ReplyDelete



Post Top Ad