Rumah Transit kurangkan beban golongan muda - Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Travel | Food | Review

Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Travel | Food | Review

Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Hot

Post Top Ad

Sunday, May 06, 2018

Rumah Transit kurangkan beban golongan muda

Assalamualaikum
Hai korang.. Adat hidup berumah tangga kan.Adakala senang dan adakalanya susah.Semua tu rencah kehidupan yang kita harus tempuhi.Aku ingat lagi,masa aku kecil,mak ayah aku menumpang rumah nenek je kat kampung sebelum dapat masuk Felda tau.Untuk dapatkan rumah felda tu,ayah aku bertungkus lumus,naik pejabat,turun pejabat nak dapatkan rumah tu.Bukan senang weh nak dapat.Berapa banyak kali interview baru dapat.
Sama jugaklah macam aku dulu yang nak dapatkan rumah sendiri.Banyak keje weh.Masa mula-mula kahwin pun kami menumpang di rumah Mertua.Nak cari rumah sewa di Johor ni,bukan senang.Lagi pulak sekarang ni kadar menyewa di Johor Paling murah pun RM700.Ini baru kat Johor,macam mana pulak kalau kat KL.
Di KL,aku rasa paling murah pun sewa bilik je.
Kalau nak cari rumah sewa yang selesa,memang makan ribu jugak.Yelah,korang pun tau kan perbelanjaan duduk di bandar besar di KL tu,semuanya tinggi.Macam manalah gaknya golongan yang baru nak bina keluarga tu,nak mulakan kehidupan.Of courselah,lepas kahwin nak duduk rumah sendiri kan.Yelah,dah kahwin,takkan nak duduk lagi rumah mak ayah.Lagilah yang bekerja kat sana,mesti nk cari rumah yang dekat dengan tempat kerja.
Credit gambar to Google
Baru-baru ni aku ada baca paper tentang Program RUMAH TRANSIT tau..mest korang nak tahu apa itu rumah transit,dan siapa yang layak untuk memohon rumah ni.

PROGRAM RUMAH TRANSIT

Program rumah transit(RT1M) adalah sebuah program bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan kepada pasangan muda yang berkahwin dan berumur 30 tahun dan kebawah.Apa yang aku tahu,program ini di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan-pasangan yang berpendapatan rendah.Yang bestnya yang perlu korang tahu adalah Kadar Sewa Rendah yang akan dikenakan kepada mereka yang layak iaitu RM250 sebulan bagi tempoh selama 3 tahun.

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON RUMAH TRANSIT

  • Pemohon berusia 18 hingga 30 tahun
  • Pemohon tidak mempungai rumah sendiri di kawasan / Negeri rumah yang di pohon.
  • Pemohon bekerja di kawasan / negeri rumah transit yang dipohon.
  • Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
  • Tiada rekod jenayah.

Hah...menarikkan..apa lagi yang menarik yang akan diberikan kepada mereka yang layak.Kalau korang nak tahu,Rumah Transit ni mempunyai keluasan diantara 700 hingga 850 kaki persegi.Rumah ni mempunyai 2-3 bilik tidur dan 2 bilik air.Dilengkapi dengan ruang tamu,ruang dapur dan dilengkapi dengan kipas dan lampu.Best ke best.Of courselah bestkan.Mana nak dapat rumah sewa macam tu di Bandar besar macam ni.


PELBAGAI KEMUDAHAN RUMAH TRANSIT

Apa pulakkan kemudahan yang disediakan di Rumah Transit.cuba korang lihat gambar diatas ni.Mesti korang dapat bayangkan kemudahan di tumah transit ni.Bagi aku dah cukup lengkap semua kemudahanyang disediakan.Kemudahan yang disediakan adalah dengan membantu golongan muda B40 miliki rumah sendiri.Pembinaan 60% unit studio berkeluasan 400kps dan 40%  unit 2 bilik berkeluasan 550 kps.Kemudahan asas seperti WiFi,premis perniagaan dan juga Gym disediakan.Sebanyak 2010 unit perumahan transit belia akan dibina di Lot tanah kerajaan di Mukim Batu.

#HebatkanNegaraku.Banyak bantuan kerajaan yang telah diberikan kepada golongan muda zaman ini.Kerajaan dah peruntukkan 300 Juta untuk membuat rumah transit ni.So kepada korang iaitu golongan muda sangat-sangat dialukan untuk memohon.Korang boleh baca di sini untuk melihat kelayakkan memohon.






Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

17 comments:

  1. Alhamdulilah rezki adiknya tu..

    *Eh baru perasan laa, mcm sama plak blog kita layout he he he

    ReplyDelete
  2. Semoga ada rezeki pasangan yang baru berumah tangga, program macam ni sgt membantu
    jemput join GA, banyak hadiah menarik http://www.suriaamanda.com/2018/05/grup-sisturs-lawa-warrior-giveaway.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..ringanlah sikit beban mereka

      Delete
  3. Bagus program ni membantu mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  4. Bagus ada program macam ne membantu golongan muda untuk memiliki rumah sendiri

    ReplyDelete
  5. bagus program ni, bukan senang nak cari sewa rumah yang murah kan.

    ReplyDelete
  6. Bagus untuk golongan muda yang baru kahwin. Sangat membantu!

    ReplyDelete
  7. Dapat kurangkan bebanan belia yang baru berkahwin

    ReplyDelete
  8. alhamdulilah lega lah dpt rumah transit ni..at least dpt jimat belanja sebelum tu boleh saving sikit2 beli rumah sendiri

    ReplyDelete



Post Top Ad