Menu buka puasa Ramadhan ke-18 - Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Hot

Post Top Ad

Monday, June 04, 2018

Menu buka puasa Ramadhan ke-18

Assalamualaikum
Menu buka puasa Ramdhan ke-18| Begitulah hari bertukar ganti. Ramadhan pun dah semakin berlalu pergi. Lagi tinggal beberapa hari je lagi syawal akan menjelma kan. Insyallah, jika diizinkan oleh Allh swt, kita akan bertemu juga dengan syawal. 

Alhamdulillah, PV untuk bulan ramadhan ni sungguh tak di duga. Semakin tinggi. Mungkin ramai yanh mencari menu dan idea untuk juadah berbuka puasa. Yelah, kalau dah hari-hari nak memasak, boleh jadi buntu tau fikir nak memasak. So, mana tau dengan perkongsian menu berbuka puasa ni,dapat bagi idea untuk korang kan. Actually entry ni semua bukan untuk menunjuk-nunjuk. Ia lebih kepada perkongsian untuk korang. So, jangan salah anggap ye. 

Oklah, jom kita tengok menu berbuka puasa untuk ramdhan ke-18.
Ikan kerisi goreng

Sayur taugeh goreng

Kari ayam 2 in 1.


Kenapa aku kata kari tu 2 in 1? Sebabnya ia dijadikan kuah cicah untuk roti jala dan di makan sebagai lauk.. Hahaha

Actually, apa yang beza tentang roti jala tu adalah, bila lihat kak seri dok share resepi tentang bagaimana nak buat roti jala jadi lembut. Aku cuba untuk buat seperti yang kak seri buat, tetapi malangnya tiada susu cair di rumah. Terus aku google tentang bagaimana cara buat roti jala lembut. Jumpalah satu resepi ni yang menggunakan santan sebagai satu bahan untuk lembutkan roti jala ni dengan lebih lama. 
Jom kita tengok resepi di bawah ni. 
Resepi roti jala lembut

Roti Jala
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

Hah.. Begitulah resepi yang aku follow dari blog kak azie. Kalau korang nak follow resepi kak seri pun boleh jugak, boleh refer SINI

So far, memang lembut roti jala tu tau. So jangan lupa untuk cuba eh.. 


Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

10 comments:

  1. Lama tak menjala, ingat nanti nak menjala jugalah ..tapi bila ek hahaha..

    ReplyDelete
  2. menarik sangat menu roti jala ni... cak cari kat bazaar la nanti...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum eda...sedapnya tengok roti jala tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama,alhamdulillah..boleh diterima tekak

      Delete
  4. nak makan roti jalan tapi malas nak menjala.semua malas..acane ni..

    ReplyDelete



Post Top Ad