Menu Hari Raya Kami - Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Hot

Post Top Ad

Thursday, June 21, 2018

Menu Hari Raya Kami

Assalamualaikum
Hai korang..Wah..ramai lagi eh yang bercuti.Bestnya lah kan..Dapat cuti lama.Actually ok je kalau nak terus direct sampai hujung minggu ni.Tapi disebabkan Annual leave pun tak berapa nak ada.So kita agak-agak jelah bercuti.

Nak beraya,sabtu ahad masih ada.Raya kan sebulan.Bercerita pasal hari raya ni kan.Menu wajib yang korang sediakan semasa hari raya..Apakah?Kalau family aku ni,macam biasa je.Yang penting ia dimasak oleh Mak .Barulah rasa syok tak hengat.Dalam satu hari tu berapa kali gaknya aku makan pun tak taulah.Habislah berat makin naik.

Meh sini aku nak share sedikit menu raya kami pada hari pertama beraya.Disebabkan tahun ni adalah turn keluarga aku,maka persiapan banyaklah yang aku tolong.Dan antara ahli keluarga yang paling tua dikalangan adik beradik aku.Aku anak kedua.So disebabkan abang aku beraya di Kelantan,tu yang aku balik awal sikitlah.Rabu malam khamis aku dah sampai ke kampung.Ala..takat kampung 45 minit je dah sampai.hehehehe..So pagi khamis tu aku dan mak ke pasar.Walaupun ada je barang yang dah dibeli dulu,tapi ada lagi yang perlu dibeli.Bukan setakat untuk makan raya,malah stock untuk selepas raya seperti ikan dan sayuran lain.Yang tu wajib dibeli tau.Selalunya makanan raya ni,sampai raya kedua je .Raya ketiga dah habis dah pun.Takde yang tinggal pun.

Lodeh

ketupat/segera dan ketupat daun wajib ada

ayam masak merah

lemang

sambal kacang

rendang ayam

sate ayam
Itulah antara menu yang disediakan di pagi raya.Biasanya hari raya pertama kami memang tak kemana pun.Lepas solat hari raya,bergambar sakan satu keluarga.Entry gambar raya pertama kami ada di link SINI

Paling wajib ada  adalah kuah kacang.Kalau aku memang kuah kacang menjadi pebret dari dulu hingga sekarang tau.Tak makan lain pun takpe.Janji ada nasi himpit dan juga sambal kacang.Nak resepi sambal kacang boleh refer entry INI

Tahun ni nak cuba untuk buat rendang sendiri..Tak taulah menjadi ke tidak..Nanti kita tengok eh...hehehehe




Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

10 comments:

  1. bnayaknya menu pagi raya dia..sdap2 semuanya..:)

    ReplyDelete
  2. sedapnya lemang.. tahun ni tak dapat lemang lagi.. huuuuhu

    ReplyDelete
  3. Happy eid mubarak! :)

    https://messarah.blogspot.com/2018/06/raya-2018.html

    ReplyDelete
  4. lebih kurang sama je lauk raya kita kak. HA HA HA

    http://www.ceritamak.com/2018/06/selamat-hari-raya-aidilfitri.html

    ReplyDelete
  5. alahai..sedapnya lontong tu.tak jumpa lak raya tahun ni.

    ReplyDelete
  6. terbanyang ketupat dan lodeh..sedapnya
    JanjiKita

    ReplyDelete



Post Top Ad