Rasa McFlurry Durian bagi aku - Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Hot

Post Top Ad

Friday, June 22, 2018

Rasa McFlurry Durian bagi aku

Assalamualaikum
Rasa McFlurry Durian bagi aku | Actually dah dua kali Mcdonalds keluarkan Mcflurry Durian.Dan baru kali ni aku sempat merasa bagaimana perasaan merasa mcflurry durian ni.ecewah..ayat kemain lagi.Biasa-biasa or luar biasa yang boleh nak repeat and repeat lagi.


Sebelum merasa Mcflurry Durian dari Mcdonalds ni,dah terasa kesedapan durian yang original kita makan,cuma di tambah je dengan aiskrim plain tu.Mestilah akan rasa lemak-lemak manis,pahitnya durian kan.
Dah dikata dengan rasa sebenar D24


Ada dua jenis Mcflurry ni dan pilihan aku adalah D24 Durian McFlurry berharga RM8.90 kalau tak silap aku lah.Nak beli yang besar tu macam takut tak berhabisan pulak makan sorang-sorang.So kita try ler yang kecik dulu.Tengahari tu aku ajak officemate ke pusat bandar.Sambil tu boleh la jeling kot-kot Mcflurry durian tu ada lagi ke tidak.Dan nasib menyebelahi,masih lagi ada dan of courselah terus beli kan.

1st time rasa Mcflurry Durian


Betullah ada yang kata,makan mcflurry durian ni,macam kita makan cekedis perasa durian je.Tak tau yang mana satu.Ni hah..aku sempat google untuk tunjukkan korang macam mana jajan durian .Sangat pemes masa aku kecil² dulu.Tapi tak taulah sekarang ni ada jual lagi ke tidak.Sebab jarang dapat jumpa jajan tu.

Hah..berbalik dengan perasaan aku makan mcflurry durian tu.Feel rasa makan dengan durian sebenar tu takde.emmm..macam mana nak bagitahu kat korang eh.Korang boleh bezakan tak makan jajan dengan makan durian sebenar.Macam kita makan cendol durian tu,ada lagi kan feel makan durian,tapi bila makan mcflurry ni,nak enjoy macam makan durian tu takde...hahahaha...yang dah try je tau macam mana rasa dia ok.So,lepas pada makan tu,takdelah nak repeat lagi untuk makan.Jadi hati dah gembira bila dah dapat cuba makan mcflurry ni.

Nak dijadikan cerita,balik kerja,babah ajak makan luar dan sempat lagi nak beraya di rumah abang aku,lepas lepak-lepak,babah ajak ke Mcdonalds..uih...sekali dia pun nak rasa jugak macam mana rasa mcflurry durian.Walau aku dah kenyang tahap gaban,tetap layankan jugak anak beranak ni.

Sudahnya,aku just tumpang sikit makanan mereka.Babah order Burger Orio set dan belikan anak dia nugget .Tu jelah makanan kitorang malam tu.
sekali lagi Mcflurry Durian

Babah order Brazil RIO Burger Beef.
kata babah burger ni pedas sikit.Umi memang langsung tak mencuba sebab perut dah tak boleh nak masuk makanan,Risau kalau dah kenyang sangat kang,mulalah perut ni buat hal.So kita tengok babah layankan je burger ni.
GF umi sedang menikmati Mcflurry Durian.Dah namanya aiskrim,mana mungkin dia akan tolak macam tu je kan.

Muka happy sebab dapat main kejap kat Playground.



Rata-rata yang datang ke sini,tak sah kalau tak order Mcflurry durian ni tau.Mungkin ada yang kata best, dan baru nak mencuba.

Tapi bagi aku,dapat merasa sekali tu pun dah ok dah..Korang pulak macam mana?



Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

23 comments:

  1. mek rase ok je. mek pernah review these. sendawa tu memang bau la durian. ok la

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...kan mek..tapi tak kuat sangat ler duriannya

      Delete
  2. takpernah rasa lagi tapi mcm sedap je

    ReplyDelete
  3. Tak pernah try lagi hehe warna dia lawa laa

    ReplyDelete
  4. dulu yang first tu pernah rasa bila housemate bawak balik...boleh lahh...

    ReplyDelete
  5. Woww, tergoda pulak. Boleh try ni. Nak makan durian belum dapat lagi, makan mcflurry durian pun jadilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pun boleh kan..hahaha..tapi nak pilih makan durian please

      Delete
  6. Kita pun dah try. Ye macam rasa jajan durian. adalah jual kat kedai belakang rumah kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapnya lin,nanti nak cari jajan durian tu lah

      Delete
  7. Dah makan burger Rio je. Ice Cream durian ni tak try lagi. Memang sedap sangat ehh?

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. ok kot nak tambah lagi kalau akak belanja...hahaha

      Delete
  9. tak try lgi.. sedap pulak tgk kat gambar tu =D

    ReplyDelete
  10. pernah pekena mcflurry sekali mcm x leh masok tekak sangat sebab manis,, huu

    ReplyDelete
  11. kalau macam perasa durian tu tak best lah kan.

    ReplyDelete
  12. sedap..tapi sedap lagi durian asli.
    JanjiKita

    ReplyDelete
  13. ramai ckp sedap yg durian ni. tp busyra pulak tak makan durian . so oreo lah tetap dihati.

    ReplyDelete



Post Top Ad