Rendang Daging di atas permintaan - Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Hot

Post Top Ad

Monday, June 25, 2018

Rendang Daging di atas permintaan

Assalamualaikum
Rendang Daging di atas permintaan  | Seumur hidup memang tak pernah lagi merendang.Setiap tahun mesti tolong orang masakkan je.Tolong kacau dan sediakan bahan sahaja ok.Jadi bila ada orang request nak makan rendang daging ni,kenalah buat.Silalah google resepi rendang daging yang simple untuk aku follow.Sebelum tu pun en.husband dah tanye samada aku boleh buat rendang ke tidak.Isteri mana nak hampakan permintaan si suami kan.Nak taknak,dia kena cuba jugaklah untuk buat.
Kalau ikut resepi tu,memang banyaklah yang digunakan bahan-bahannya.Tapi aku cuba untuk buat versi aku yang paling mudah untuk aku ikut.Resepi pun kena tengok jugak.Yang penting kena cuba dulu,jadi tak jadi tu belakang kiralah kan.

Macam mana resepi rendang daging yang simple ni aku buat.Jom follow rapat-rapat
rendang daging
Rendang Daging Special

BAHAN-BAHAN UNTUK BUAT RENDANG DAGING

Daging(ikut sukalah nak banyak mana,tapi aku beli sekilo je daging)
3 Sudu Kerisik
2 batang serai*
Suku halia*
Suku lengkuas*
* satukan dan blender
3 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
* satukan dan blender
10-15 tangkai lada kering di blender halus
2 Batang serai yang diketuk
Daun kunyit
Daun limau purut
3 sudu Serbuk Rendang Daging(aku pakai adabi)
1 1/2 kotak santan kara
sedikit perahan air asam jawa
garam
gula



CARA BUAT RENDANG DAGING


Daging dibiarkan di dalam kuali sehingga empuk.Bila dah empuk,masukkan santan ,serai yang siap dititik dan juga daun limau purut.Kalau taknak pahit,daun limau tu,korang siat dari tulang dia.Di dalam kuali  lain,tumis semua bahan yang dikisar tu sehingga pecah minyak,kemudian masukkan serbuk rendang.Biarkan lagi sehingga pecah minyak.Agak-agak dah sebati semua,masukkan ke dalam kuali yang ada daging tu.Terus kacau sehingga rendang tu jadi pekat.Lepas tu,korang potong halus daun kunyit ke dalam rendang.Perasakan dengan sedikit asam jawa,garam dan gula.Seimbangkan rasa semua.
Bila agak-agak dah pekat,bolehlah tutup api tu.Dah boleh hidang untuk para tetamu.Actually malam tu bukan sahaja aku merendang,tapi jugak melodeh.Cuma kuah lodeh tak sempat nak ambil gambar.So redha jelah dengan kelupaan tu.Alhamdulillah,orang dah puji sedap,so next time bolehlah masak lagi kan.Abang aku yang datang pun,dua kali tambah.Tak taulah samada sedap atau perut dia memang betul-betul lapar.hahahaha



Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

27 comments:

  1. Ingat nak buat lagi sekali ni.. Tak puas merendang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila buat..raya tu pun tak puasa nak merendang ni

      Delete
  2. huwaa..sdap tu aida..nak kna buat jgk ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap ni cik nor..hahaha/.puji diri sendiri pulak..cubalah cik nor.sebab resepi ni mudah je

      Delete
  3. wah sedapnya nampak. nnt nak try buat lah.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. hahaha,.tengok orang makan habis je..tak taulah sedap ke tidak

      Delete
  5. singgah sini, rendang memang wajib di hari raya. sama jugak ni siti.. nampak sedap tuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau takde rendang macam tak raya pulak kan..hehehe

      Delete
  6. wow! Menarik rendang daging akak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar je menarik..rendangnya tak tau lagi star berapa

      Delete
  7. baru teringin nak makn rendang.. huwaaa

    ReplyDelete
  8. nampak sedap tu kak. saya suka masak rendang asli.rendang saya biasa warna tak berapa gelap.
    JanjiKita

    ReplyDelete
  9. telan air liur mama tengok gambar. mesti sedap ni

    ReplyDelete
  10. Rendang akk tak tumis, sumw pakat lebur dalam kuali

    ReplyDelete
  11. sedapnya rendang daging!!selamat hari raya!

    ReplyDelete
  12. terliur dibuatnya ...mula la rasa nak balik kampung request rendang mak ni hehe

    ReplyDelete
  13. sedapnyaaa rendang daging. suka rendang ayam lagi tapi kalo yang daging pun hookey..

    ReplyDelete
  14. Sedapnya rendang itu.selamat Hari Raya..done follow

    ReplyDelete
  15. Taknak follow rapat-rapat, nak rendang sepinggan jer...

    ReplyDelete
  16. sedappnya rendang daging kak..wahh.dapppp

    ReplyDelete
  17. busyra jenis yg susah nak makan daging . apatah lagi daging yg liat. haha. tp tngok resepi sis ni. sedapnya lahai..

    ReplyDelete



Post Top Ad