Tarikh tengok anak bulan syawal 2018 - Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Hot

Post Top Ad

Wednesday, June 13, 2018

Tarikh tengok anak bulan syawal 2018

Assalamualaikum


Tarikh tengok anak bulan syawal 2018 | Mesti ramai yang dah pun mula bercuti hari ni kan.Rata-ratanya yang balik jauh tu dah pun balik.Tinggal yang kampung berdekatan je yang belum lagi balik kan.Mesti dah tak sabar nak tunggu pengumuman hari raya 2018 kan.Agak-agak bila kita nak tengok anak bulan syawal  untuk tahun 2018 ni.Mesti korang excited ni,bukan korang je,malah aku sendiri pun dah tak sabar nak menantikan pengumuman hari raya kan.

Sumber:google


Mengikut Mstar Online,Tarikh melihat anak bulan syawal ialah pada petang Khamis ,14 Jun bersamaan dengan 29 Ramadhan 1439H.Pejabat penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan pada Rabu bersetuju  bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Dikenal pasti terdapat 29 tempat untuk melihat anak bulan syawal iaitu :-
  • Pontian kecil,Pontian
  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi,
  • Tanjung Bidara Melaka
  • Telok Kemang
  • Negeri Sembilan
  • Bukit Melawati
  • Bukit Jugra
  • Balai Cerap Sabak Bernam
Tempat lain yang terlibat adalah Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong di Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh di Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak di Kuala Muda, Pemandangan Indah Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Kedah.


Bukit Besar di Kuala Terengganu, Bukit Geliga di Kemaman dan Balai Cerap Kusza, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Mukim Merang di Setiu, Terengganu; Bukit Peraksi di Pasir Puteh dan Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur Daerah Olak Jeram di Kuala Krai, Kelantan; Tanjong Lubang di Miri; Teluk Bandung di Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.
Balai Cerap Al-Biruni Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah; Bukit Tanjong Batu di Nenasi, Gunung Berincang di Cameron Highlands dan Bukit Pelindong di Kuantan, Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah di Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru di Simpang Empat, Perlis.


So,esok kita ready tunggu depan tv eh...

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

2 comments:

  1. Tak sabar nak tunggu esok kan! hehehe...alhamdulillah...Selamat Hari Raya kakak! :D

    ReplyDelete
  2. insyaAllah ank bulan muncul mlm ni. hehehe.

    ReplyDelete



Post Top Ad