CARRIE JUNIOR | Shampoo Odour Buster untuk kanak-kanak - Kisahsidairy.com -Malaysian Parenting & Lifestyle Blogger

Kisahsidairy.com -Malaysian Parenting & Lifestyle Blogger

Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Hot

Post Top Ad

Thursday, August 02, 2018

CARRIE JUNIOR | Shampoo Odour Buster untuk kanak-kanak

Assalamualaikum
CARRIE JUNIOR | Shampoo Odour Buster untuk kanak-kanak| Paling suka sebenarnya bila cium bau rambut anak ni.Tapi bila diorang dah buat lebih aktiviti,mulalah bau yang sedap tu jadi tak sedap.Bila dah berpeluh-peluh,main tak hengat dunia,jadi bukan sahaja badan bau masam,rambut pun berbau masam jugak.Sebab tu aku guna shampoo  Odour Buster ni untuk kakak dan adik.

Bila adanya CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER ni,sedaplah umi nak cium rambut diorang tu.Takdelah bau teruk sangat.Yang bestnya ada bau peach..lagilah harum tau.Kalau korang nak tahu,kita tak boleh tau syampu rambut anak menggunakan syampu dewasa kerana kulit kepala dan rambut kanak-kanak ni halus dan amat sensitif,Sebab tu Carrie Junior mengeluarkan Syampu yang dirumus khas agar rambut dan kulit kepala anak-anak kita sihat dari umur 6-12 tahun.



CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER selamat digunakan oleh kanak-kanak dan ia memberikan haruman pada rambut sepanjang hari.Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster ni keluaran baru Carrie Junior tau.Ia dirumus khas bagi menghilangkan bau rambut yang tidak menyenangkan secara berkesan,tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala.Dengan aroma buah-buaha yang berkekalan selama 24 jam ni,kanak-kanak akan kekar segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain.CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER ni diperkaya dengan Minyak zaitun dan ia dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat.Jadi takdelah umi asyik bergaduh je nak sikat rambut kakak yang lebat tu.

Happy je muka budak berdua ni masa umi bawak balik CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER ni.Apa lagi dapat bag yang cantik tu.Nasib baik tak berebut sebab kakak memang sukakan purple.Bila beg tu lain dari warna purple,memang dia tak kisah.So adiklah yang empunya beg biru tu.Masa tu jugaklah cakap rambut kakak bau busuk.Dia pun tak sabarlah tu nak guna shampoo Odour Buster ni.


Masing-masing nak show off bila depan kamera

CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER dihadirkan dalam aroma Perky Peach Fruit Burst yang menyenangkan serta mempunyai PH seimbang,lembut dan tidak menghakis untuk kegunaan seharian.Carrier Junior kids Shampoo Odour Buster ni bleh didapati dalam dua size iaitu pek 280g yang dijual pada harga Rm10.10 di semenanjung Malaysia dan RM10.60 di sabah & Sarawak.Mananaka CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER bersaiz 700g dijual pada harga RM20.70 di Semenanjung Malaysia dan RM21.70 di Sabah & Sarawak.(*Harga tertakluk kepada perubahan berdasarkan cukai yang akan diumumkan oleh Kerajaan)



Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di kedai runcit,pasaraya,pasaraya besar dan farmasi utama seluruh Negara



Kini, ibu bapa boleh memeluk anak-anak selepas bermain walaupun berpeluh namun masih kekal segar dan berbau aroma buah buahan sepanjang hari.




Tentang CARRIE JUNIOR
CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.
                        
Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyuburkan, melembapkan dan melindungi rambut dan kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berbau segar dan bersih sepanjang hari.  Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.

Diiktiraf HALAL, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga hadir bersama bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

3 comments:

  1. Heheheeh aku pun suka, baru semalam beli bedaknya, yang lama dah habis hehehe..nak tido suka pakai, melekat bau sampai pagi..

    ReplyDelete
  2. kat rumah abg adam mmg pkai ni. head to toe terus senang.

    gulai keli + daun kesum tu memang sedap. try lah masak nanti ;)

    ReplyDelete
  3. bukannnn budak2 je yang suka , kita yang doploh tujuh tahun ni ponn sukaa betull carrie junior ni..kihkihkih..nak ngecek sket lah dekat anak jiran kita..hehhehe..

    ReplyDelete



Post Top Ad