Time Dotcom(TIME) Jalur lebar terbaik di Malaysia - Kisahsidairy.com -Malaysian Parenting & Lifestyle Blogger

Kisahsidairy.com -Malaysian Parenting & Lifestyle Blogger

Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Hot

Post Top Ad

Wednesday, August 01, 2018

Time Dotcom(TIME) Jalur lebar terbaik di Malaysia

Assalamualaikum
Time Dotcom(TIME) Jalur lebar terbaik di Malaysia | Aktiviti aku sebagai blogger ni,semua menggunakan internet samada di luar rumah atau di dalam rumah.Jadi bila nak siapkan Task client,memang kena guna internet yang berkelajuan tinggi dan takde sekat-sekat.Barulah kerja berjalan dengan lancar.Tapi kalau dah dapat internet yang kadang-kala boleh buat jiwa kacau ni,nak siapkan kerja pun payah.Takkanlah setiap kali nak settlekan kerja klien kena pergi ke CC kan.Sedang memikirkan Jalur lebar mana yang akan aku gunakan,yang takde masalah dengan internet.



Tapi hari tu ada kawan aku suggest untuk aku menggunakan Jalur Lebar  TIME dotcom(TIME).Seriously aku tak pernah tahu akan adanya Jalur lebar TIME ni.So,bila survey,rupanya dah ada di Pasaran sejak tahun 2001 lagi..Wow...hebat sangat.Meh aku share sedikit tentang apa itu TIME


PENGENALAN KEPADA TIME dotcom (TIME)
TIME dotCom (TIME) ini telah tersenarai di Bursa Saham Malaysia sejak tahun 2001 lagi.TIME adalah penyedia telekomunikasi talian tetap yang menghubungkan  perniagaan dan rumah dengan manfaatkan bakat orang yang paling berkemampuan dan teknologi terkini.


TIME juga menawarkan rangkaian penuh kesalinghubungan domestik dan antarabangsa dan penyelesaian pusat data kepada pasaran borong,perusahaan dan PKS dan pengguna.Mereka menyampaikan  perkhidmatan jalur lebar rumah serat tulen dengan kelajuan sehingga 500Mbps kepada pengguna di Malaysia.



TIME komited dalam menawarkan penyelesaian rangkaian serat lengkap dan perkhidmatana  nilah tambah untuk memenuhi permintaan yang tidak dapat dipenuhi untuk jalur lebar yang cepat,boleh dipercayai dan selamat.


Visi TIME adalah global,dan kepentingan strategik mereka dalam sistem kabel bawah laut antarabangsa seperti Unity,Asia Pacific Gateway(APG).Asia-Afrika-Eropah-1(AAE-1) dan FASTER membolehkan mereka untuk memenuhi visi ini dengan menghubungkan Asia ke seluruh dunia dan belakang.

MENARIK TENTANG TIME dotcom

  • Kelajuan Pantas
  • Kuota tidak terhad
  • 100% serat

Memang menarik sangat  tawaran yang diberikan oleh TIME ni.Selain tu,kita boleh jugak memilih  speed yang ditawarkan seperti di bawah

SURFER KASUAL
100Mbps
Harga : RM149 sebulan
Ia amat sesuai untuk mereka yang menggunakan sehingga 6 peranti.Mampu memuat turun filem HD dalam masa 2 minit 39 saat sahaja.

SURFER KEWAJIPAN BERAT
300Mbps
Harga: RM189 sebulan
Ia amat sesuai bagi mereka yang menggunakan sehingga 8 peranti.Mampu memuat turun filem HD dalam masa 53-an

SURFER EXTREME
500Mbps
Harga :RM299 sebulan
Ia amat sesuai bagi mereka yang menggunakan lebih dari 8 peranti bersambung.Ia mampu memuat turun filem HD dalam masa 32-an


Ni yang rasa tak sabar nak berdaftar dengan TIME dotcom ni.Sekarang ni TIME  ada offer tau.Jika korang menggunakan speed sehingga  500mbps,korang akan dapat RM100 offer pada bil bulanan pertama korang tu.Bestkan.

Sebelum tu check dulu coverage kat tempat korang,mana tau kan korang boleh menggunakan TIME ni..



Maklumat lanjut boleh layari website TIME dibawah ni




Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

43 comments:

  1. Internet kita guna Unifi. Dah lama menggunakannya. Sekarang ni banyak produk di pasaran. Kena tengok yang mana lebih berbaloi. Kelajuannya dan harga yang ditawarkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu guna Unifi,tapi sebab ada masalah dengan unifi,terus potong..

      Delete
  2. baru la ye ni. boleh tahan juga harganya ni tapi boleh connect 6 peranti ye.berbaloi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Johor ni kurang sikit Mar,tapi kalau di Area KL selangor banyak la coverage

      Delete
  3. ok. pasir gudang belum ada coverage ni.

    ReplyDelete
  4. time nie mmg laju akk..dekat KL bnyk compny besar langgan time..cuma dkt johor je bnyk xde lgi..klo ada lps nie boleh la tukar laggan time pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan suzie...tak sabar nak dapat coverage kat sini

      Delete
  5. Waa dah macam-macam gak ada ek.
    Kalau kat rumah Sis guna unifii..
    Data Sis guna DiGi.
    setakat ni okay lagi..

    Esok-esok kalau tak okay, nak survey gak le Time ni kalau PG ni ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..tulah..harap diorang dapatlah sebarkan coverage kat sini pulak

      Delete
  6. Lepas dekat condo rumah ada probpem dengan unifi asyik down je, memang kiteorang tukar ke time. So far so good. Ade la beberapa kali line internet macam haram tp so much better than unifi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah,kat sini pun masalah..nasib baik time xde coverage lagi kat sini

      Delete
  7. yezzaaa blogger dan internet berpisah tiada. xde intenet fuhh xleh buat ape.. xdpt nak komen dkt blog kak ida .. tiberr 🙈

    ReplyDelete
  8. Tak sure kalau kat Seremban atau Sungai Buloh ada tak line TIME ni..nampak macam menarik..at least blogger ngan internet jadi kawan rapat kan..line yang laju adalah priority

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...kalau takde internet,satu benda pun tak boleh nak settle

      Delete
  9. TIME powerr tapi tak banyak coverage! aaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti diorang akan upgrade dari masa ke semasa tu

      Delete
  10. Tempat eyqa belum ada ada coverages time lagi. Harap nanti ada laa. Macam laju je je nie

    ReplyDelete
  11. Sis buat masa sekaranng pakai je yang ada kat rumah ni, buat masa sekarang belum niat nak tukar lagi...kalau dah slow nanti baru pikir nak tukar yang mana satu..tapi haruslah yang laju..:D

    ReplyDelete
  12. nampak macam TIME ni boleh cabar internet provider lain..tp rasanya tak banyak tempat yg ada coversge TIME ni kan..kalau ada, konfem rmi tukar hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah,harap diorang akan sebarkan lagi coverage di tempat lain

      Delete
  13. Usually, I never comment on blogs but your article is so convincing that I never stop myself to say something about it. You’re doing a great job Man. Best article I have ever read

    Keep it up!

    ReplyDelete
  14. Baru tahu tentang TIME ni.. kalau bagus line ni, bolehlah promote dekat kawan-kawan juga nanti... sebab sekarang ini Internet adalah segala-galanya betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah..kalau takde,tak jalanlah kerja kita kan

      Delete
  15. Serius baru tau tentang TIME ni..duk pakai streamyx ni kadang2 lembab nya lahai...xleh nak upgrade ke unifi sbb xda coverage unifi kt sni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah,kita ni nak cari internet yang laju..jadi senanglah nak buat kerja

      Delete
  16. Baru tahu ada servis jalur lebar TIME ni. Offer cam best, berbaloi gak kalau amik servis dari TIME ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada coverage,tunggu apa lagi huda...ehhehe

      Delete
  17. Macam nak try TIme tapi harga agak mahal dari YEs.Namun apa yang ditawarkan memang berbaloi especially kelajuan internet. Boleh la usha bila kontrak dengan YES dh tamat

    ReplyDelete
  18. Kenapa blog ni auto refresh sedang saya menulis komen. Nanti akak cek apa masalah blog ni. Saya dah tulis panjang dah tau. 3 kali! Hahahaha. So saya taip sepantas kilat. TIME ni masa tahun 2000 ada promo kat sekolah. cuma kita guna Streamyx sebab mak bg top up aje. No kontrak. So nanti bleh tengok TIME lepas maxis kontrak tamat. nanti kena penalti. Mahal nak bayo. Wakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok..nanti akak check ye..Kat rumah skrg ni pun guna data prabayar biasa je..ingat nak tukar TIME..tapi kena check coverage jugak

      Delete
  19. Jalur lebar memang dah jadi kemestian zaman sekarang ni. Kalau tak ada internet mau mati kutu rasanya terputus berita. Penting cari coverage yang baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah...hahaha..tu yang pentingnya internet

      Delete
  20. Teringat masa zaman Rawlins pakai Time phone line sebab nak bercinta jarak jauh. Hehehe. Good bila kita ada choices nie, memudahkan pengguna untuk buat comparison dan memilih yang terbaik.

    ReplyDelete
  21. Zaman sekarang ni kelajuan internet memudahkan orang lihat video straming berkualiti tanpa buffering. Lagipun harga pakej pun dah murah

    ReplyDelete
  22. pergh lepas ni ada yang galak lah nak download movie hihihi

    ReplyDelete
  23. Yes I m using Time also, i better and faster compared to the other one. But lately macam slow sikit or perhaps only on certain areas only.

    ReplyDelete



Post Top Ad