EJEN ALI MUSIM 1 DITAYANGKAN DI DURIOO+ MULAI HARI INI | Durioo+ dengan sukacitanya mengumumkan bahawa siri animasi Ejen Ali akan ditayangkan secara rasmi di Durioo+ bermula hari ini, 21 Jun 2025. Animasi aksiikonik dengan jalan cerita penuh aksi dan teknologi futuristik ini kini boleh ditonton seisi keluarga, bila-bila masa di platform penstriman yang lebih selamat.
![]() |
Durioo+ turut berasa bangga dan mengucapkan tahniah kepada seluruh pasukan WAU Animation dan Primeworks Studios atas kejayaan Ejen Ali The Movie 2 yang berjaya mencatat kutipan tiket mencecah RM55.1 juta baru-baru ini.
Sebagai tanda sokongan kepada industri animasi tempatan, Durioo+ telah menghadiahkan 200 tiket percuma kepada pelanggan Durioo+ untuk menonton Ejen Ali The Movie 2 di malam gala dan tayangan perdana yang berlangsung pada 19 Mei 2025 di IOI City Mall.
Nuown Zainal, pengasas bersama Durioo+, berkata, “Ejen Ali adalah animasi tempatan yang dibanggakan, bukan sahaja berkualiti tinggi dari segi animasinya tetapi mempunyai nilai-nilai baik seperti jangan putus asa, persahabatan, bijak menyelesaikan masalah. Disebabkan banyak nilai murni dan menghiburkan , ramai ibu-bapa yang minta Ejen Ali ditayangkan di Durioo+.”
Kehadiran siri animasi Ejen Ali ke Durioo+ menambah lagi barisan animasi tempatan sedia ada di Durioo+ seperti Bola Kampung, Upin Ipin, Robozeta, Alif Anis, Bubu Lala, dan BoBoiBoy. Ini sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan Durioo+ sebagai aplikasi penstriman yang menyediakan kandungan yang menghiburkan dan selamat untuk anak-anak selari dengan slogan “fun and safe screen time”.
Durioo+ kini menyokong penstriman di empat peranti serentak, menampilkan lebih 18,000 video dan hadir dengan ciri menarik seperti DuDeen iaitu ciri yang membantu anak-anak belajar dan menghafal doa secara interaktif. Pengguna juga boleh menikmati DuMinis dan DuReels iaitu video pendek yang selamat, bermanfaat dan mengajar nilai-nilai murni pada anak-anak.
Pelanggan baharu Durioo+ dapat menikmati akses penuh 7 hari pertama percuma dengan memuat turun aplikasi Durioo+ di Google Play Store atau Apple App Store atau layari www.duriooplus.com.