Friday, December 15, 2017

Perginya dia untuk selamanya

Friday, December 15, 2017 5 Comments
Assalamualaikum

Hai korang..Kalau korang ada termasuk di dalam friendlist aku di facebook,sudah pastinya korang tahu kan,adik sepupu aku telah kembali ke rahmatullah pada 12.12.2017 pada jam 8.30 malam.

Dek Nor telah dimasukkan hospital pada hari Ahad dan disahkan Mati otak oleh Doktor.Sebenarnya dia dah lama menghidap barah otak cuma,dia and family sendiri tak tau yang dia ada barah otak.
ihsan google: sekadar gambar hiasan
Selama ni dia memang selalu sakit kepala,kadang-kadang dekat sekolah,keraplah dia pengsan.Cuma dia tak ke hospital untuk rawatan lanjut.Masa hari ahad pagi tu,dia dah mengerang kesakitan.muntah-muntah dan mula kejang-kejang sampai satu tahap dia tak boleh nak bercakap.Makcik aku kata,dia seperti kena sawan macam tulah,Bila keadaan dah semakin teruk,terus bawa dia ke Hospital dan doktor sahkan barah yang ada  di kepalanya dah pecah menyebabkan semuanya tidak berfungsi lagi.


Doktor pun dah inform kat makcik aku,harapan untuk Nor sembuh memang tipis.Nor dimasukkan di ICU dan hanya menggunakan bantuan pernafasan.Dapatlah ahad malam tu aku melawat Dik Nor.Sayunya hati ni,tak terkira sebab selama ni pun tak pernah dengar dia sakit.

Yang paling memilukan hati aku ialah keadaan makcik aku yang telah menghadap dua kematian,selepas kematian suaminya,kini anak bongsunya pulak.Betapa kuatnya dia menghadapi dugaan kehilangan orang tersayang.

Yang seperti semua sedia maklum,semua ahli keluarga dah redha jika dik Nor pergi.Yelah,bila melihat keadaan dik Nor tu,faham jugak apa yang doktor nak sampaikan,Hari rabu,bersamaan dengan 12.12.2017 pada jam 8.30 malam,Dik Nor disahkan Meninggal dunia.

Sungguh berat dugaan untuk Cik Ju sekeluarga,tapi itulah yang terbaik untuk Dik Nor,Hari khamis pagi lagi aku dah bergerak balik ke Mersing untuk melihat arwah untuk kali yang terakhir.
Sempat jugak sehari kenduri di sana.Kalau ikutkan taknak lagi balik,tapi memandangkan aku terpaksa bekerja hari ni,gagahkan jugak balik dan meninggalkan beberapa lagi orang di kampung tu.Moga Cik Ju dan keluarga tabah untuk menghadapi ujian ini..


Al-fatihah untuk adik NurIzziati binti Nordin



Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Tuesday, December 12, 2017

GIVEAWAY BULAN CINTA BY DILAH

Tuesday, December 12, 2017 7 Comments
Assalamualaikum


Jom korang join giveaway dari Dilah ni.Actually anniversary kita tahun ni dah lepas.So untuk tahun depan,dah masuk ke 7 tahun usia perkahwinan kami iaitu pada 12.02.18.Kami diijabkabulkan pada 12.02.2011.



So sesiapa yang nak join klik je banner tu eh..


Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Jom Rewang 2018 | Pameran perkahwinan Buat Bakal Rajasehari

Tuesday, December 12, 2017 2 Comments
Assalamualaikum

Jom Rewang 2018 | Pameran perkahwinan Buat Bakal Rajasehari | Hadoii..Syoknyalah bila cerita pasal kahwin ni.Kalau bab keluar duit tu memang tak seronoklah kan.Kalau nak Kahwin dengan suasana yang GAH,of courselah kena keluarkan modal yang GAH jugak.Kalau aku dulu kan,nak kahwin,kena buat persediaan awal seawal-awalnya.Yelah.nak kena sediakan dari pelamin,kenduri,doorgift dan sebagainya.Kan bagus kalau boleh pergi ke satu tempat yang menyediakan semua perkhidmatan tu kan.Lagi jimat tau.


So,apa kena mengena dengan JOM REWANG 2018 ni.Yes...Dah tentunya ia untuk bakal-bakal pengantin yang akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi.Mereka yang mencari wedding planner,nak cari pakej terbaik untuk goodies bag,hantaran,pelamin dan semuanya pasal Persediaan perkahwinan.
jom rewang 2018

Apa itu Jom Rewang 2018

JOM REWANG 2018 ni merupakan pameran pengantin yang menyediakan servis persiapan perkahwinan untuk pengunjung yang bakal berkahwin.


Dengan Kerjasama Puspawangi Event Management,JOM REWANG 2018 ini akan diadakan di Plaza Alam Sentral Shah Alam bermula dari 26hb sehingga 28hb Januari 2018 pada jam 10.00 pagi sehingga 10.00 Malam.

So kepada bakal-bakal pengantin,jangan lepaskan peluang tau untuk menghadiri Jom Rewang 2018 ni kerana banyak pakej-pakej menarik yang disediakan kepada bakal-bakal pengantin.So menjimatkan masa korang untuk mencari dari satu tempat ke satu tempat,So jimat masa weh.

TARIKAN UTAMA JOM REWANG 2018

  • Lebih kurang 30 buah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan persandingan yang akan hadir untuk membuat pameran di Plaza Alam Sentral.Perkhidmatan termasuk melukis hena,khidmat andaman,butik pakaian pengantin,fotografi,katering,persiapan pelamin,hantaran dan sebagainya.
  • 300 syarikat perkahwinan dari seluruh pelusuk negara akan mengiklankan perkhidmatan mereka di event tersebut melalui penggunaan montaj.Pengunjung yang bekerja dan menetap di Shah Alam dan kawasan sekitarnya misalnya,boleh mendapatkan maklumat tentang perkahwinan yang ada di Negeri mana mereka ingin melangsungkan perkahwinan.Mereka tak perlu mengambil cuti kerja dan balik kampung semata-mata untuk menguruskan persiapan perkahwinan di Negeri asal masing-masing kerana kini mereka boleh berhubung dan berurusan secara talian dengan syarikat perkhidmatan perkahwinan di sana.
  • Kemudahan kawasan parkir yang mudah dan murah dalam bangunan kompleks membeli belah Plaza Alam Sentral.
  • Digalakkan mereka yang merancang untuk melangusngkan perkahwinan pada tahun 2018 dan berikutnya.

Bertuah sunggu bakal pengantin sekarang ni.Semuanya dihujung jari.So,jangan lupa SAVE THE DATE kepada bakal rajasehari ye untuk Jom Rewang 2018 ni.



Maklumat lanjut seperti di bawah ye

Facebook: Jom Rewang | https://www.facebook.com/puspawangievent/
IG : https://www.instagram.com/jomrewang/
Email: puspawangieventmanagement@gmail.com



#jomrewang #kerjakahwin #puspawangievent #kahwin #perkahwinan #tunang #pertunangan 



Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Family Time di Meow-Velous Park,Eco Tropics Kota Masai Johor

Tuesday, December 12, 2017 1 Comments
Assalamualaikum

Hai korang☺☺ Bila kehadiran cuti sekolah ni,makanya banyaklah kenduri kendara yang perlu dihadiri kan.So Sabtu lalu,kami memenuhi jemputan kahwin yang diadakan di Dewan PIS Pasir Gudang.


So,lepas pada tu,and sebelum tu pun dah decide nak ajak anak-anak tengok kucing yang berkeliaran di Eco Tropics berdekatan dengan rumah kami.So..lepaskan bebudak ni semua,mak pak selfie...heheheh..

Tiket boleh dapatkan secara percuma di website eco Tropic ni tau.Just isi form dalam tu,and bila dah berjaya fill up,terus scan barcode di borang tadi.So dah boleh masuk.Bila masuk dalam tu,banyaklah kucing-kucing comel yang mengada-ngada memanggil-manggil budak berdua ni.Especially si kakak,bakal jadi blogger ni,kah²,sebab setiap kali pergi kemana-mana,dia akan suruh ambil gambar dia.So Handphone umi memang penuh dengan gambar dia .

Actually,Eco Tropics Gallery ni diadakan sebab pemaju ada menjual rumah di sini.So Kalau korang berminat dan mampu untuk membeli rumah dengan harga yang tinggi tu,why not kan.Boleh la tengok Rumah yang dipamerkan untuk Jualan.So,dengan adanya aktiviti seumpama ini,menarik minat ramailah ke sini untuk bersiar-siar,berehat sambil tu,mana taukan nak beli rumah.

Setiap perayaan rasanya dia akan buat tau.So,entry ni penuh dengan gambar bebudak ni je.


Kucing-kucing comel yang ada di Eco Tropics.

Di bawah ni pulak,model tak berbayar Naura dan Awfiyah









Adik ipar si pengacau bila bergambar




So,kalau korang nak bawa family untuk bersiar-siar,rasanya inilah tempat yang paling best sambil menikmati kehijaun pokok-pokok yang ada disini.





Meow-velous Park, Eco Tropics
9-30 December 2017
10.00 am to 8.00 pm

Location:
EcoWorld Gallery @ Eco Tropics
Kota Masai, Pasir Gudang, JOHOR.

FREE TICKETS: www.ecoworld.my/ecotropics/101paws/



Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Follow Us @aida_yusof81