28
Assalamualaikum
Bermula dari aku terbaca entry salah seorang blogger ni tentang teh hijau 2-3 minggu lepas agaknya..

Green Tea


Dari situ aku dah berangan-angan untuk membeli teh hijau kerana khasiatnya yang boleh mengurangkan kolestrol..
Dahpun 3 hari mencubanya.Alhamdulillah...bila minum teh nie,akan terkeluarlah segala jenis angin dalam badan..Al-maklumlah,memang sejak kahwin,badan memang banyak angin..tak taulah kenapa.Mybe perubahan hormon kot..hehehe..

Lagi satu sumber yang aku perolehi,kalau badan atau perut banyak angin,amat payah nak mengandung..Aku berserah jer.Taknak sentuh topik tu,takut malam nanti En.husband jadi pendengar setia rintihan aku nih...Sedih-sedih dah takmo..nak jadi wanita kuat untuk hadapi kenyataan,,uhukk.....

Antara kelebihan Teh hijau nie
-Mengurangkan berat badan.Teh hijau juga boleh meningkatkan metabolisma badan.Apabila metabolisma badan meningkat, badan lebih cepat 'memproses' lemak yang tersimpan dalam badan dengan lebih kerap. Polifenol yang terdapat dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan oksidasi/pemprosesan lemak dan meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori. 

Teh hijau juga membantu kadar glukosa  dan mengelakkan peningkatan gula dalam badan..Amat sesuai bagi yang menghidap penyakit diabetis.

Para saintis percaya Teh Hijau bermanfaat kepada saluran dan injap darah, saluran darah menjadi lebih stabil dan tenang untuk perubahan tekanan darah yang berubah secara tiba-tiba. Dengan ini, ia akanmengurangkan kes saluran darah tersumbat yang menyebabkan sakit jantung.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan minum teh hijau nie..
korang boleh search or cari kat sini

Cuma aku berminat dengan perkataan mengurangkan kolestrol nie jerk..orang kurus pun boleh ada kolestrol tau..Inikan pulak yang beratnya 62kg...Macam mana nak hilangkan lemak kat perut nie...rasa nak potong2 je lemak nie buat sup..

Jom minum Dulu..Kurangkan manis dalam minuman,perbanyakkan manis dengan senyuman ok...tetibe jerk..
Green Tea

Post a Comment

  1. Jarang sangat minum...tp sebenarnya ia mmg sgt bagus tuk kesihatan....tak gitu...:)

    ReplyDelete
  2. nak kena cuba juga ni...thanks for this info...^_^

    ReplyDelete
  3. Teh hijau bagus...antioksida...

    x0x0 ^_^

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak ida. mak dengan ayah sheila rajinlah minum teh hijau ni. kadang tu teh cina. takda gula takda apa. tapi sihat la. hehehe

    ReplyDelete
  5. baguih yer teh ijo nih.. bnyak khasiat nyer...hurm sy ske teh yang kat johny tu.. yg dapat free bila order set makan dia tu hehehe..

    ReplyDelete
  6. jarang yumida minum teh hijau
    slalu beli yg biasa tu
    blh la try lepas tahu manfaat teh hijau ni kan kak

    ReplyDelete
  7. memang ramai juga yang cakap teh hijau bagus untuk buang kolestrol. Ika pun suka juga minum teh tapi tak pernah try lagi laa teh hijau ni

    ReplyDelete
  8. sy minum teh lipton biasa ja..x taw plak khasiat teh hijau nie..nice sharing ;)

    ReplyDelete
  9. mmg biasa memborong green tea bila ke cameron highland, tapi nak minum tu mmg kena berazam sungguh keranan khasiatnya.

    ReplyDelete
  10. suke suke teh hijau
    klu makan kt luar pon oder teh hijau

    ReplyDelete
  11. Kita suka minum green tea yang less herbs..rasa dia best !!!

    ReplyDelete
  12. nmpk gaya shark pn kne try jugak nie.
    boleh buang angin tu pnting tu.
    xyah g mengurut dh :)

    ReplyDelete
  13. minum teh hijau memang bagus utk kesihatan.

    ReplyDelete
  14. bagus utk kesihatan & sedap juga

    ReplyDelete
  15. lepas nie nak cari teh hijau nie,,,buang kolestrol jahat......

    ReplyDelete
  16. menarik juga ni..byak kelebihannya..inshaa'Allah nk try jugak la =)

    ReplyDelete
  17. Teh hijau mmg bnyk kebaikannya.. antioksidant.. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  18. saya sekarang ni memang hari2 minum teh hijau.banyak kebaikan dia.badan rasa ringan sikit.

    ReplyDelete
  19. @Affy Afiqah

    cuba try minum teh hijau brand Ahmad Tea London, rasanya pun taklah pahit sangat walaupun tak letak gula.Dan orang kata teh hijau ni memang elok minum tanpa gula.

    ReplyDelete
  20. sangat bermanfaat..saya juga ada menulis 1 artikel tentang Khasiat Teh Hijau di blog saya.

    Didalam artikel saya ini saya ceritakan macam mana kita boleh menguruskan badan dengan mengamalkan meminum teh hijau.

    Juga saya senaraikan penyakit2 yang boleh dicegah dengan mengamalkan meminum teh hijau.Jadi jika ada kelapangan masa sila2 lah lawat blog saya.

    ReplyDelete
  21. Banyak khasiat teh hijau ni..tq share

    ReplyDelete
  22. Banyak khasiat teh hijau ni..tq share

    ReplyDelete
  23. Banyak khasiat teh hijau ni..tq share

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top