23
Assalamualaikum

Salam pagi jumaat buat rakan rakan blogger...Siapa yang tengok semalam..

Aku just dapat tengok PU rahmat yang last sekali...Nie semua angkara malam tadi nak pi cari barang dapur..huhu..Terlepas nak tengok..Masa mengeteh dekat kedai mamak,nak je suruh diorang bukak...Tpi tak mungkinlah kan diorang nak bukak Channel tu..Sudahnya cakap ngan en.husband nak balik cepat..

Ramai yang meramalkan PU rahmat menjadi Juara..Ada juga yang mengharapkan Mamu jadi pemenang...hehehe...Mamu tu panggilan aku..Nama sebenarnya PU Shahul...Tapi kitorang panggil dia mamu...hehehe...Dr kata dia ada 3 orang isteri..wahhhhh..
sumber :mstar
Tapi segalanya berpihak kepada PU Hafiz.Hafiz berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Prius C, wang tunai berjumlah RM50,000, pakej umrah untuk dua orang, pakej percutian halal ke China dan sebuah trofi.

Hafiz, 32, memilih tajuk Pendakwah: Untung Dunia, Untung Akhirat sebagai tazkirah untuk pusingan pertama, manakala tajuk Kehidupan Rasulullah Sehingga Kewafatannya bagi pusingan kedua dengan tema cinta Rasulullah.

Alhamdulillah...Moga lepas nie Ada lagi Mimbar Pencetus Ummah kedua dan seterusnya..

Post a Comment

  1. Bagus rancangan ni.Tahniah untuk PU Hafiz.best betul hadiah tu,boleh pergi umrah :)

    ReplyDelete
  2. sy pun terlepas rancangan ni malam td. apa apun..hafiz memang anak muda yg hebat. tahniah

    ReplyDelete
  3. Tahniah kpd pemenang.. mudah2an rancangan spt ini akan slalu diadakan... mmg mencetus inspirasi ummah.

    ReplyDelete
  4. ingat nak tengok semalam kak tapi baru landing terus tertido..penat sangat dah..sedar2 dah kol doblas..

    ReplyDelete
  5. tahniah buat PU Hafiz...anak akak tgk sampai nanges...PU Shahul tu best, dok mengajaq kat tmn keladi sbb mak abah akak slalu dgq kuliah dia...anak akak pon baru abeh kem bestari dgn anak PU Shahul...tp rezeki mlm tadi kat PU Hafiz...harap pasni ada PU II plak..

    ReplyDelete
  6. tahniah buat PU Hafiz, tazkirah hebat, layak dia menyandang gelaran juara, tapi sayang... jumlah kemenangan itu pada mama sikit kalau nak dibandingkan dengan pertandingan nyanyian af tu... errmm.... ilmu yang disampaikan seluas langit... dari menyanyi tegedik sana, tegedik sini.. alamak... komen panjang sangat..

    ReplyDelete
  7. akak pun tgk sama malam tadi....berderai air mata tengok...

    ReplyDelete
  8. tahniah kepada pemenang, semoga dakwah diteruskan :)

    ReplyDelete
  9. ika singgah menabung ikea, astro multiroom n churps :)

    ReplyDelete
  10. kita tak ada tv na k nengo..sykur rezkinya..singah sambil klik2 ikea rhb ;)

    ReplyDelete
  11. Walau apa pun semua mereka hebat-hebat belaka. Yg tak juara pun bukan calang-calang..

    ReplyDelete
  12. Suka pu rahmat n hafiz...hehe, thanks sudi singgah n baca novel kat belog kita..=)

    ReplyDelete
  13. aiza tak dapat tengok.. kat rumah takde astro..

    ReplyDelete
  14. Akak, boleh tolong buat post pasal fan fiction sy tak kat blog akak ? Nak suruh orang baca. Story pasal One Direction. Rujuk blog sy. Kalau akak nak buat post, cbox sy ea? Sy boleh tolong promote blog akak kat blog sy . Tq >,<

    ReplyDelete
  15. singgah sni .. meh folo kita ..i will follow bck !! salam ukhwah ! ^^

    ReplyDelete
  16. salam jumaat. Tahniah buat PU Hafiz. Dia hebat semalam :)

    ReplyDelete
  17. Tahnoah buat PU Hafiz.. ada ulangan siaran Fiza nak tengok..

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top