34
Assalamualaikum


Setiap ibu pasti ingin merakamkan detik-detik seharian anak-anaknya dari mula keluar dari dalam perut sehinggalah anak itu dewasa kan..Begitu jugaklah aku...Walaupun tidak mempunyai pengalaman melahirkan anak,tapi masih ada sifat keibuan tatkala aku memegang Nur Awfiyah ketika dia berumur seminggu..Teringat semula,Bila Nur awfiyah dalam pangkuan aku ketika itu,terlalu sarat airmata walaupun aku tak tahu kenapa aku harus menangis ketika itu..

Bila aku dapat berita yang aku akan menjaga Dia,sepantas yang mungkin aku ajak en.husband untuk mempersiapkan segala kelengkapannya walau waktu itu,takdelah sangat yang kami boleh sediakan untuk dia..

Sedar tak sedar dah hampir dua bulan dia bersama dengan aku..Bila dia dah besar nanti,tak taulah dia terus bersama dengan kami ke tidak..

Kepada Nur awfiyah sayang,walau dirimu tidak aku lahirkan,tapi percayalah sayang,umie tetap sayangkan kamu dunia dan akhirat..Allah swt memberikan kamu untuk penyeri hidup kami,kami bersyukur tatkala umie dan babah bersedih diatas pemergian orang terdahulu sebelum kamu..Mungkin dia kakak dan mungkin juga dia abang..babah dan Umie redha.Ada hikmah disebalik berlakunya keguguran umie dulu,apabila datangnya kamu dalam hidup kami.Moga kamu menjadi anak yang solehah dan berjaya suatu hari nanti...Insyallah...amin


Entry nie aku akan abadikan setiap bulan dan setiap peningkatan yang ada pada Nur awfiyah Umie..


Post a Comment

  1. Sekejap sahaja dah dua bulan ye... Seronok kan dapat merasai menjadi ibu. Semoga nur awfiyah sentiasa sihat membesar... :)

    ReplyDelete
  2. dapat attach gambar awfiyah sekali lagi bermakna.
    dpt berkongsi bersama dgn rakan2 awfiyah membesar.
    diharapkan awfiyah terus sihat dan gembira di bawah jagaan pn aida :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar banyak dalam phone,takde cable pulak nak ambil...alhamdulillah,terima kasih shark..

      Delete
  3. Semoga awfiyah membesar dengan sempurna.... sebak pulak dengan entri ni... selamat ulangbulan kedua sayang :)

    ReplyDelete
  4. cx pon misscarriage sblm ini. mudahan Allah kurniakan zuriat yg baik buat kita :)) Amin.Seronok sgt bile pgg baby kan? apatah lagi menjaganya :)

    ReplyDelete
  5. sekejapnya masa berlalu huhu. Semoga awfiyah membesar bagai juara :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin...dah macam tagline milo je tu auntie hanim..

      Delete
  6. Tak der gambar ker? Nak tgk baby KS ☺

    ReplyDelete
  7. Happy Birthday adik Nur awfiyah...Semoga nanti besar menjadi anak yang solehah dan menjadi kebanggaan umie...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. kim salam muaaah untuk awfiyah

    ReplyDelete
  9. semoga adik Nur Awfiyah menjadi anak yang solehah :)

    ReplyDelete
  10. cepat je dah 2 bulan fiyah..semoga membesar dengan sihat :)

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah...semoga Nur Awfiyah menjadi anak yang soleh.......

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah cepat masa berlalu..besar sungguh pengorbanan sis.insyallah pasti ada hikmahnya

    ReplyDelete
  13. sis, bg pendpt sy better sis jadi ibu susuan awfiyah so nt xde susah sgt aurat anak dgn husband sis :-)

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah...semoga menjadi anak yang solehah ye...aamiin

    ReplyDelete
  15. Setuju sgt dgn cadangan Mama Safiy Arman. Sekurangnye ikatan darah daging tu ade dalam diri Awfiyah.

    ReplyDelete
  16. Jap je msa berlalu.. Insyaallah, jika diberi keizinan, pasti akn rasa pelukan zuriat sendiri.. :)

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah semakin membesar dia ..Semoga jadi ibu yang terbaik ...
    Kak Lya doakan moga2 kekal la kalian bersama InsyaAllah

    ReplyDelete
  18. Insha Allah.. Pasti ada rezeki utk timang anak sndiri nnt..

    ReplyDelete
  19. Insyaallah...alhamdulillah..harap anak ini dijaga seperti menatang minyak yang penuh dan sentiasa menyenangkan umie nya...amin

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah... semoga awfiyah membesar dengan sihat dan menjadi anak yg bijak..

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah... semoga membesar dengan sihat menjadi insan yg solehah & berjaya... aamiin.. :)

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top