25
Assalamualaikum

Alhamdulillah..Nur awfiyah dah pun mendapatkan injection untuk dos ke dua.Semalam ada entry untuk Wordless Wednesday aku ambil cuti Halfday
Boleh tengok kat link nie >> WW:Half Day
source:google

Semalam aku halfday sebab bawak Nur awfiyah pergi monthly checkup..Dah timbang berat badan dia,,Alhamdulillah..Perkembangan yang baik.Cuma Nur awfiyah lambat untuk mengerengkan badannya disaat usianya hampir mencecah 3 bulan.Tapi normal bagi bayi pramatang nie..Memang lambat sikit..Tapi takpelah..Janji dia sihat..Berat Badannya sekarang nie dahpun 4.7 kg..Bertambah Montel anak Ummi kan.

Untuk Nur awfiyah dan bayi-bayi yang lain perlu untuk mengambil suntikan nie untuk mencegah penyakit.
Tak boleh nak ambil mudah Imunisasi Anak-anak nie.Tak boleh jugak nak skip dari mengambil imunisasi sebab takut lah pelbagai penyakit terkena pada bayi nie.

Imunisasi nie merupakan satu proses memberi vaksin kepada bayi yang baru dilahirkan bertujuan  untuk mencegah penyakit.Vaksin pulak adalah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan.Imunisasi nie boleh diberikan secara suntikan melalui otot di bawah kulit atau mulut.Kesan sampingannya pulak,vaksinisai adalah perkara biasa dan pada kebiasaannya adalah ringan dan tidaklah membahayakan..So..parents jangan risau yek..Setakat nie Nur awfiyah ok je..Cuma badan dia dedor jelah...Cepat-cepat bagi ubat demam..Takut la kan melarat.

Kita tengok pulak vaksin yang perlu diambil oleh bayi mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia:-

  • BCG - dos pertama ketika lahir.
  • Hepatitis B - dos pertama ketika lahir, dos kedua selepas sebulan dan dos ketiga selepas 5 bulan.
  • DTP - dos pertama selepas 2 bulan, dos kedua selepas 3 bulan dan dos ketiga selepas 5 bulan.
  • Polio (OPV) - dos pertama selepas 2 bulan, dos kedua selepas 3 bulan dan dos ketiga selepas 5 bulan.
  • Hib - dos pertama selepas 2 bulan, dos kedua selepas 3 bulan dan dos ketiga selepas 5 bulan.
  • Measles-mump-rubella - dos pertama selepas 12 bulan, dos kedua selepas 6 tahun.

Sumber: sini

Penyakit Yang Dapat Dielakkan Dengan Vaksin

1. Tuberculois (TB) - Penyakit merebak melalui udara seperti bersin, batuk dan pernafasan. Ia menyebabkan masalah pada paru-paru dan mungkin juga memberi kesan pada tulang dan meningitis otak.

2. Hepatitis B - Penyakit ini merebak daripada darah atau cecair badan lain seperti air liur dan air kencing. Ia menyebabkan kerosakan hati dalam jangka panjang boleh menjadi kanser.

3. Diphteria - Memberi kesan kepada sistem pernafasan disebabkan bacterium yang merebak melalui batuk dan bersin. Ia akan menghasilkan toksin yang menyebabkan komplikasi terhadap kegagalan jantung dan paralysis.

4. Tetanus (Kancing Gigi) - Bakteria yang masuk ke badan akibat luka dalam, gigitan binatang, efeksi telinga, gigi dan tali pusat bayi atau calar yang kecil. Ia juga dikenali sebagai kancing gigi kerana gusi akan terkancing dan perlu rawatan di hospital. Jika tidak dirawat boleh menyebabkan kematian.

5. Pertussis (Batuk Kokol) - Bakteria mudah merebak melalui sentuhan, batuk dan bersin. Boleh menyebabkan keradangan pada paru-paru.

6. Polio - Disebabkan oleh virus polio yang boleh merebak daripada mereka yang menghidapnya atau melalui makanan dan minuman yang tercemar. Ia boleh menyebabkan sakit otot dan lumpuh.

7. Penyakit Haemophilus Influenza Jenis B (Hib) - Disebabkan bakteria dipindahkan melalui udara. Jika paru-paru atau saluran darah tercemar, ia akan menyebabkan keradangan pada otak (meningitis).

8. Campak - Disebabkan oleh virus yng disebarkan melalui pernafasan, batuk atau bersin. Menyebabkan keradangan paru-paru dan otak. Wanita mengandung juga perlu berhati-hati dengan penyakit ini kerana boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

9. Mumps (Beguk) - Disebabkan oleh virus dari keluarga virus paramyxo. Mudah tersebar melalui udara. Boleh menyebabkan keradangan otok, pekak dan kematian.

10. Rubella (German Measles) - Merebak melalui udara sama ada batuk, bersin atau pernafasan. Wanita mengandung juga perlu berhati-hati dengan penyakit ini kerana boleh menyebabkan komplikasi ketika mengandung.

Kesan Sampingan Dan Keselamatan Vaksin

Semua vaksin yang diberikan adalah selamat dan berkesan selaras dengan cadangan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO). Kesan sampingan adalah ringan mempunyai batasannya sendiri. Ini termasuk demam, bengkak ringan dan sakit pada tempat yang disuntik. Jika ini berlaku, sila beri ubat (paracetamol).

Kesan sampingan yang serius adalah jarang berlaku. Segeralah berjumpa dengan doktor, jika berlaku keadaan ini:
  • Menangis berterusan, mengantuk, pucat dan berlaku otot kecutan otot dalam tempoh 48 jam selepas suntikan.
  • Berlaku ruam panas, kesukaran bernafas dan mengantuk yang serius.

1. Penjagaan Berikut Perlulah Diberi Perhatian:

  • Kesakitan yang sedikit tanpa demam bukan merupakan tanda imunisasi.
  • Reaksi yang sedikit selepas mengambil telur bukan merupakan tanda suntikan campak.
  • Walau bagaimanapun, jika bayi anda mempunyai kesakitan yang teruk dengan suhu badan yang melebihi 38 darjah celsius, imunisasi akan ditangguhkan sehingga bayi sihat.
  • Jika bayi mempunyai lebam yang jarang berlaku, suntikan akan menyebabkan pendarahan pada otot.

2. Situasi Dan Tanda-TandaBerikut Jarang Berlaku Semasa Imunisasi :

  • Vaksin hidup (OPV, MMR adalah kontra indikasi untuk bayi-bayi yang mempunyai daya tahan tubuh yang lemah disebabkan oleh penyakit serius atau penggunaan ubat-ubat tertentu (penggunaan steroid jangka panjang, rawatan kanser). Bagaimanapun apabila bayi telah sihat, imunisasi boleh diberikan.
  • Kanak-kanak yang telah dikenal pasti alah terhadap pemberian imunisasi yang lalu (anaphylaxis).

Tip Imunisasi

  • Pencegahan penyakit melalui imunisasi jauh lebih baik daripada rawatan, jika penyakit itu berlaku. Pastikan bayi mendapat imunisasi yang lengkap mengikut jadual imunisasi yang lengkap mengikut jadual imunisasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Vaksin adalah berkesan dan kesan sampingan yang dialami adalah perkara biasa dan tidak serius.
  • Sila berjumpa doktor, jika bimbang mengenai tanda-tanda kontra indikasi pada bayi selepas imunisasi.

Post a Comment

  1. owhh itu plak sebabnya he..alhamdulilah

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah settle monthly check up fiyah :)

    ReplyDelete
  3. Comel pulak gambor tikus tuh. Hik3. Ringannye awfiyah. 4.7 tu kire ringan la tu kan.

    ReplyDelete
  4. nice sharing... moga dia mmbsr sihat smpurna...

    ReplyDelete
  5. nie email cik akak

    naomei83@gmail.com

    ReplyDelete
  6. ha'a comel la pin tikus tu..hihi

    ReplyDelete
  7. lepas cucuk..baby tak kuat boleh demam , kan..dedor tu kira nak demam lah ea...eh lama dah pcl tak hadap situasi mcm ni...haha :)

    ReplyDelete
  8. Info yang menarik.. ;)
    Moga Nur Awfiyah membesar dengan sihat dan kuat dalam menjalani kehidupan seharian..

    ReplyDelete
  9. dah jadi umi ni memang banyak kena tahu kan pasal bayi

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..moga sihat selalu..

    ReplyDelete
  11. Semoga awfiyah kuat, sihat dan cepat membesar... :D

    ReplyDelete
  12. Alhamdulilah...yang penting kesihatan dia sentiasa dalam keadaan yang baik....

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  13. tudia jarum ligan heheheh...takuttt

    ReplyDelete
  14. ingatkan kak ida yang tak sihat.... alhamdulillah.. kesihatan awfiyah makin baik.... semoga makin sihat sayang :)

    ReplyDelete
  15. alhamdulilah dah selesai check bulanan...semoga awfiyah membesar dengan sehat ^_^

    ReplyDelete
  16. smoga awfiyah sentiasa sihat..

    Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz"

    ReplyDelete
  17. dh besar anak mak kann., ehHHee

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah awifyah dah kena cucuk. Terima kasih sharing kak :))

    ReplyDelete
  19. Vaksin yg diberikan untuk mencegah dan mengelakkan baby drp penyakit... semoga Fiyah sihat dan comel selalu..

    ReplyDelete
  20. ohhh halfday sbb nak.bwk.awfiyah inject..

    ReplyDelete
  21. Allhamdulillah..anak kita pun 7hb lepas cucuk 3 bulan..

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah... lancar semuanya...

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top