16
Assalamualaikum

Sumber:google

"Nurse,tengokkan result kencing saya,ok tak"
"Eh,kencing awak kotor la...air kencing tadi ada lagi tak,awak hantar ke bilik 17(makmal)



Huh!!! tulah ayat yang aku rasa paling takut..semalam lepas ambil tekanan darah tinggi,berat semua,terus pi toilet untuk check air kencing dan jugak BMI..Dah rasa cuak jugaklah bila nurse cakap macam tu kan.Yelah bila kandungan dah masuk trimester ni,macam² boleh jadi.Mana tau kena tahan wad ke,adeh...masak lah...

Kencing Kotor ketika hamil ni sering terjadi kepada ibu mengandung.Bila dah dapat result dari makmal,terus jumpa doktor.Tanya siap-siap dengan doktor,bahaya tak kencing kotor ni.Kalau dah kerap sangat memang membahayakan kata doktor..Doktor tu senyum je bila aku tanya,pastu dia tanya aku,kencing awak kotor ke?of courselah doktor,tadi saya check memang kotor..Dia sengih lagi kat aku,dia bagitau kat aku,tak serius sangat kencing kotor tu..Jadi jangan risau sangat..Fuhhh..Lega beb..Dah la semalam ramai orang,sesak sangat-sangat.nak tunggu nombor aku dipanggil pun lambat..iskk...Kalau boleh aku taknak ada appointment hari Ahad..Lebih suka hari biasa je..Hari bekerja taklah ramai orang sangat.Tak jugak memeningkan kepala aku.Kalau dah kat klinik dekat setengah hari,bila masa pulak aku nak berehat.Tulah masa yang aku ada untuk anak aku.


Apa itu kencing kotor?

Meh kita kongsikan sikit ilmu tentang ni,Hasil pembacaan aku tentang Kencing kotor
Urinary Tract Infection (Jangkitan kuman di saluran kencing)
Jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing,ginjal,salur kencing uterer(yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur kencing urethra(yang menghubungkan pundi kencing keluar tubuh)
Wanita amat mudah untuk dijangkiti penyakit kencing kotor kerana wanita mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan anus berbanding lelaki.

Simptom Kencing Kotor yang kita patut tahu?
  1. Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak
  2. Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil
  3. Air Kencing mengandungi darah,berkabut atau berbau busuk.
  4. Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
  5. Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  6. Demam da nseram sejuk.
Wanita Hamil dan Kencing Kotor.
Perubahan hormom dikalangan wanita yang hamil selain urethra pendek juga antara sebab mudahnya wanita hamil terkena jangkitan ini.

Tahap Kandungan hormon yang tinggi ketika hamil,menyebabkan kekuatan otot saluran kencing uterer dan pundi kencing bertambah lemah menyebabkan ianya bertambah merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.

Pada masa yang sama,rahim juga semakin mebesar dan menekan salur kencing ureter dari luar menyebabkan pergerakkan air kencing tersekat.Bila otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing,ini akan memudahkan kuman di pundi kencing membiak.

Selain itu,kuman bakteria mudah membiak dikalangan wanita hamil kerana air kencing wanita jamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula(akibat perubahan hormon) Atas sebab faktor inilah wanita hamil lebih mudah dijangkiti 'kencing kotor'.

Komplikasi kepada masalah ini adalah jangkitan kuman pada buah pinggang(dinamakan pylonephritis) dan boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian.Bayi dalam rahim juga mengalami kesan yang teruk jika si ibu mengalami komplikasi ini antaranya risiko kelahiran awal dan bayi yang dilahirkan tidak cukup berat.

Pencegahan kencing Kotor
  1. Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari
  2. Terus buang air kecil jika terasa berbuat demikian.Menangguhkan pembuangan air kencing menggalakkan pembiakan bakteria
  3. Menjaga kebersihan diri
  4. Wanita hamil digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kapas dan longgar.
  5. Buang air sebelum dan selepas berbuat seks bersama suami
  6. Tukar tuala wanita atau seluar dalam sekerap mungkin.
  7. Kurangkan makan makanan manis atau air yang mengandungi kaffein
  8. Mengambil vitamin c,beta-ceratin dan zinc untuk membantu melawan kuman.
Rawatan Susulan
Jika ada tanda kuman di dalam air kencing,maka antibiotik harus diberikan walaupun ketika hamil.Antibiotik tertentu selamat dimakan dan tidak memberi kesan buruk kepada bayi yang dikandung.

Makanlah sehingga habis ubat antibiotik yang diberikan,selalunya antibiotik ni diberikan untuk tempoh seminggu dan perlu dihabiskan.Minum banyak air akan membantu mengeluarkan kuman yang terdapat dalam pundi atau air kencing.

Apabila sudah tamat,buatlah pemeriksaan air kencing bagi memastikan tiada lagi jangkitan kuman.Jika masih terdapat tanda-tanda jangkitan kuman,doktor akan memberikan antibiotik yang lain.Jika ianya bertambah parah(pesakit mendapat demam yang tinggi dan menggigil) pemeriksaan lanjut harus dilakukan di hospital..



Harapnya lepas ni bila buat check up,takdelah lagi masalah kencing kotor.Cuma nak habiskan sebotol air pun payah dah sekarang.Risau jugak,dah makin dekat nak bersalin ni,macam-macam hal pulak..isk...

Info:blog dr.zubaidi

Post a Comment

  1. Eda kakak galakkan minum air beras barli.
    Jgn bubuh gula banyak - letak sikit aje, letak garam sikit.
    Kalau rasa tak sedap letak daun pandan sikit bagi buka selera nak minum.
    Insya-Allah tak ada masalah kencing kotor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak..insya allah..nanti cuba nanti

      Delete
  2. mudah2an dipermudahkan ya sis.. kencing kotor mmg selalu kena klu kita mengandung..rajin2 minum air kosong... :)

    ReplyDelete
  3. tulah nak dekat bersalin, ada je kan kak..banyakkan minum air masak kak..

    ReplyDelete
  4. risau juga nie..hope checkup esok semua ok...

    ReplyDelete
  5. setiap kali check up nurse kata trace kencing kotor tp x merbahaya
    cuma dinasihatkan yumida minum byk air
    bila minum byk2 kekerapan ke toilet makin bertambah tinggi

    ReplyDelete
  6. ramai yang minum air barli bila mendapati kencing kotor..

    ReplyDelete
  7. Okje pun pernah kena rasanya KD.....Adalah 2-3 kali jugak. Mmg sangat tak selesa. Rasa nak terkencing dan ngilu. Tak gi doktor pun....takut hihi.... Minum air banyak....alhamdulilah hilanglah akhirnya

    ReplyDelete
  8. belum ada pengalaman ... heee

    ReplyDelete
  9. Bahaya kalau ada kencing kotor ni..kena minum air masak banyak je la ni

    ReplyDelete
  10. macam komen di atas... banyakkan minum barli...

    ReplyDelete
  11. Lya skt gara2 kencing Kotor ni la, tpi alhamdulillah skrg da sihat da

    ReplyDelete
  12. ada macik ayu..4x preggy kencing kotor ttp melanda. ayu alhamdulillah haritu ok.. bertabahla kak. Allah balas dengan pahala yg banyak :)

    ReplyDelete
  13. Saya tgh mengalaminya skrg 32week. Dapt tahu time appoiment BP pulak naik time tu . Kena tahan.wad air kencing la kotor p xserius . Firstime kena . Antibiotik sy kurg mkn sbb sy jenis.xsuka mkn ubt lagi pun ubt tuu terasa sgtt xsedap he . Hope 6hb ni urin okey laah .emm. letihh ase. Upang alik kk or hos sebb firstime gak BP tinggi . First preggy sy ni.

    ReplyDelete
  14. Saya tgh mengalaminya skrg 32week. Dapt tahu time appoiment BP pulak naik time tu . Kena tahan.wad air kencing la kotor p xserius . Firstime kena . Antibiotik sy kurg mkn sbb sy jenis.xsuka mkn ubt lagi pun ubt tuu terasa sgtt xsedap he . Hope 6hb ni urin okey laah .emm. letihh ase. Upang alik kk or hos sebb firstime gak BP tinggi . First preggy sy ni.

    ReplyDelete
  15. Saya tgh mengalaminya skrg 32week. Dapt tahu time appoiment BP pulak naik time tu . Kena tahan.wad air kencing la kotor p xserius . Firstime kena . Antibiotik sy kurg mkn sbb sy jenis.xsuka mkn ubt lagi pun ubt tuu terasa sgtt xsedap he . Hope 6hb ni urin okey laah .emm. letihh ase. Upang alik kk or hos sebb firstime gak BP tinggi . First preggy sy ni.

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top