2
Assalamualaikum


Saja dok menggoogle tentang bayi merangkak ni.Bukan apa...sejak ni,naura dah mula angkat bontot dan menegakkan tangan tingi-tinggi..Setiap perkembangan anak-anak ni memang ibu bapa akan rasa teruja kan.

Dari pembacaan aku di sini dan pengalaman kakak awfiyah yang lalu,bayi mula merangkak pada usia enam atau tujuh bulan.Pada peringkat awal,bukan mudah untuk bayi terus merangkak laju,of courselah ada melalui beberapa tahap.


Di artikel itu lagi mengatakan,ibu bapa perlu membantu merangsang bayi untuk mahir merangkak.Merangkak sebahagian daripada perkembanan bayi,ia mempunyai manfaat penting berkaitan perkembangan fizikal dan kognitif seorang bayi.
baby merangkak
sumber :google

Tahukan korang bahawa merangkak dapat menguatkan anggota badan bayi iaitu bahagian leher,sendi tangan,otot besar dan kecil selain merangsang koordinasi mata dengan tangan agar keduanya seimbang.Naura pun aku tengok dah kuat mengangkat badannya.Lagi satu kalau didudukkan dia taknak.nak berdiri..Paksalah macam mana,dia takkan nak duduk.

video
Tengok jelah video ni..Dia berusaha untuk menaikkan bahagian belakang badan.caiyok anak umi


Ada 10 cara bagaimana kita dapat membantu bayi menguasai kemahiran merangkak.
1.   Telangkup/tiarapkan bayi dengan kerap.Bayi akan belajar mengangkat kepala,badan dan mula bergerak dengan perutnya.Untuk merangsang bayi merangkak,anda perlu selalu buat begitu.

2.   Kurangkan penggunaan baby walker dan jika boleh elakkan menggunakannya.Anda juga perlu elak daripada kerap mendukung bayi kerana ia boleh membantutkan proses perkembangannya.

3.  Biarkan bayi bergerak di ruang yang luas.selamat dan bersih.Sediakan tikar lembut agar bayi lebih selesa untuk merangkak.selalunya aku letak je atas carpet kat rumah tu.

4.  Pastikan ruang di rumah selamat.Segala plug point tidak mudah dicapai oleh bayi,kemaskan wayar televisyen,komputer dan lain-lain supaya bayi tidak menariknya.emm..yang ni memang titiberatkan..yelah..rumah sekarang ,semua plug kat bawah.So,aku tutup semua plug dan buat plug lain yang tidak boleh dicapai oleh anak..

5.  Pasang alat khas untuk keselamatan bayi pada bucu-bucu meja dan sebagainya.

6.  Pastikan ruang lantai sentiasa bersih daripada habuk,sampah dan objek tajam kerana bayi pada usia ini gemar memasukkan barang ke dalam mulut.

7.  Letakkan mainan di hadapan bayi agar dia tertarik untuk mencapainya.Sekiranya bayi berjaya mengambil mainan tersebut,tepuklah tangan dan berikan pujian serta ciuman kepadanya sebagai sokongan.

8.  Boleh juga sediakan alat mainan yang membantu merangsang bayi untuk mengejar seperti bola yang lembut dan ringan dan boleh memantul ke sana sini.

9.  Jika bayi masih kruang berminat untuk merangkak,beri contoh kepadanya dengan merangkak bersama bayi anda.


10. Sekiranya bayi merangkak dengan cara kurang tepat,seperti bear crawl atau merangkak dengan kedua kaki diluruskan ,maka anda harus membetulkan caranya itu.



Post a Comment

  1. anak saya alhamdulillah cepat juga merangkak

    ReplyDelete
  2. Skrng dah takde baby lagi... dulu anak2 masa baby semua mmg kaki merengek hehee.. :D

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top