1
Assalamualaikum

Nak belajar bahasa Inggeris ni bukan senang kalau kita ambil sikap sambil lewa.Kena ada keyakinan dan juga minat..Kalau dah tak minat,macam mana nak belajar kan..Kena tanamkan sikap untuk meminati sesuatu perkara yang kita nak..Baru boleh dapat sesuatu tu.


Fahami Bahasa Inggeris Dengan Mudah
source:google

Yang penting,di zaman serba maju ni,Bahasa Inggeris amat penting sekali.Lagi pulak kalau kita duduk di kawasan bandar dan pelancongan.Mana tau bangsa asing datang ke tempat kita dan menanyakan sesuatu,apa pulak kita nak jawab kan..Dan lagi satu of courselah kita kena faham apa bentuk soalan yang diajukan kepada kita.

Aku pernah menulis satu entry bertajuk Cara menguasai Bahasa English dengan Mudah dan Cepat.
Di entry itu ada sebuah buku yang dijual untuk memudahkan mereka diluar sana mempelajari English dengan mudah dan cepat.

Ada beberapa tips yang aku baca dan aku ingin sekali nak share dengan korang..Moga ianya bermanfaat bukan sahaja untuk aku,tetapi untuk mereka yang datang membaca entry ini

Fahami Bahasa Inggeris Dengan Mudah
Source:google

1.Harus ada Tekad Yang kuat Untuk mempelajari English
Yess...Ini perlu..Kalau kita takde tekad untuk mempelajarinya,mana mungkin otak kita akan menerimanya dengan mudah.Ada pepatah mengatakan,Dimana ada kemahuan,disitu ada jalan.Maknanya,walau apa jua halangan yang datang,kalau kita dah mengkehendaki sesuatu,pasti kita akan perolehi.Walau tiada kewangan untuk kita belajar,kita masih boleh belajar sendiri.Banyak sebenarnya bahan pembelajaran secara lisan atau tidak yang boleh kita dapatkan.

2.Belajar secara Online
Di zaman sekarang ni,internet adalah satu keperluan,Kita boleh sahaja mendapatkan bahan pembelajaran di internet.Mempelajari tatabahasa hanya melalui online.Banyak website yang boleh kita jadikan bahan rujukan.Sosial media sangat luas untuk kita gunakan.So,perlulah gunakan sebaik mungkin untuk dapatkan segala bahan rujukan di sana.

3.Sentiasa membawa Kamus
Kalau dulu,kamus tu penting semasa Internet tak meluas.Sehingga kini kamus sentiasa diperlukan oleh pelajar.Bila Internet di hujung jari,maka terhasillah digital kamus iaitu kamus online yang memudahkan pengguna-pengguna smartphone.Lagi memudakan mereka untuk mencari apa yang mereka kehendaki.

4.Perbanyakkan membaca artikel didalam bahasa Inggeris
Ini perlu untuk menajamkan lagi ilmu.Kalau kita nak menguasai English dengan lebih bagus,bacalah bahan bacaan di majalah,surat khabar atau apa pun bahan bacaan yang korang sukai dalam English.Bila korang tak tau sesuatu ayat atau perkataan tu,gunalah kamus.Yang penting korang enjoy dengan pembacaan korang tu.

5.Dengar atau hafal lagu
Aku tau,ramai yang sukakan ni.Dan ramai juga yang memilih untuk menyanyi untuk menguasai English dengan mudah.Hafallah sebanyak mungkin lagu-lagu itu untuk memberikan input dalam penguasaan bahasa inggeris korang.Selain enjoy dengan muzik,korang juga memperolehi ilmu di situ,


Haaa!! senangkan..Bukan susah sangat kalau Nak menguasai English ni.Kalau korang nak lebih cepat lagi ,selalu-selalulah speaking dengan rakan-rakan korang.Jangan malu untuk bercakap,Lagi bagus kalau ada rakan-rakan yang positf untuk membantu korang membetulkan ayat-ayat korang tu
Nak lagi cara mudah untuk mempelajari Bahasa Inggeris ? korang boleh ke link ni Tips Belajar Bahasa Inggeris  .Banyak info yang korang boleh dapati di website ini.




Post a Comment

  1. tulah,,hati kena kental belajar. tapi dah berpuluh tahun belajar english...masih lintang pukang

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top