2
Assalamualaikum

Salam jumaat korang..Jumaat dah..sekejap je kan.Semalam bercuti..Yang follow aku mesti tau aku kemana kan..emmm..sebenarnya cerita tak best untuk di kongsi.

Tapi memandangkan blog ni kepunyaan aku,so nak lah corat-coret sikit untuk mengingat kembali kenangan yang lampau..Lampau la sangat kan.

Bercuti semalam,aku ada appointment dengan doktor pakar kardiologi di Hospital Sultanah Aminah.Pergi pun semalam tak bawak buah hati yang kecik..bawak buah hati yang besar je sebab tak larat la nak drive jauh-jauh..Lagipun yang dok johor ni pasti tau,kalau nak ke HSA tu,confirm parking payah..Nak kena round dua tiga kali baru dapat.

Selalunya aku sruh husband turunkan aku dlu,at least,taklah banyak masa yang terbuang.Kalau ikutkan appointment pukul 8 pagi..Tapi aku datang dekat pukul 10 pagi..hahaha..Malas weh nak berkejar-kejar waktu pagi..As usual la.klinik kardiologi memang sibuk..Gaknya ramai warga johor yang sakit jantung kot.termasuk aku.

Memang berdebar-debar bila nak tau apa yang doktor akan katakan pada aku..And of course husband kena ada kat sebelah..Dia kena tau apa yang terjadi pada bini dia ni kan.

Sedih memang sedih bila doktor kata,diorang tak suggestkan aku mengandung lagi sebab masalah jantung aku..emmm..macam mana ea aku nak terangkan keadaan jantung aku ni.

Kalau korang nak tau,aku pernah operation jantung pada tahun 1996,masa tu aku di tingkatan 3.Sebab aku operation adalah kerana Jantung berlubang.Kalau ikutkan aku operation dua kali,yang keduanya sebab injap jantung sempit.Tapi tak taulah,doktor kata masih boleh berfungsi dengan baik.Dan lepas tu aku takde masalah ape pun..Ingat aku dah baik dengan betul.

Tapii..rupanya tidak..Aku dpat detect yang aku kurang sihat  pun masa mengandungkan naura,cepat penat,lelah..kekadang nak bernafas pun macam susah sikit.Kalau naik tangga lagi la...uffttt

Sampai sebulan sekali kena gi pakar..Pakar dah bising kat aku kenapa tak bincang dulu dengan mereka aku nak mengandung..aikk...ehehe...Tapi masih belum dapat tau kenapa..Sampai ada yang doktor suspect aku paru-paru berair pun ada..pulok doh!!
Sampai aku nak bersalin pun masih argue jugak ,kata pakar jantung boleh bersalin normal,kata pakar puan,tak boleh pulak sebab takut jantung tak boleh nak support masa aktiviti meneran tu.Redha jelah masa tu..Nasib baik takde tanda-tanda nak bersalin malam tu..Sampailah doktor buat keputusan aku kena bersalin Czer..

Lepas bersalin pun still lagi follow up dengan pakar,buat ultrasound..buat ECHO dan bermacam lagi la..Doktor ada menasihatkan aku supaya aku tidak mengandung lagi..Sedihkan..Husband mengharapkan akan ada sorang dua lagi..Tapi doktor tu betul-betul bagitahu yang dia memang tak menyarankan aku mengandung lagi sebab masalah jantung aku..Aku terima dengan redha,jika itu takdirnya..Alhamdulillah..Naura dan awfiyah pun dah boleh menggembirakan aku..Syukur..

Semua kerja Allah swt..Kalau dia mengkehendakkan sesuatu,sebagai umatnya,kita kena redhakan..
Moga aku terus diberikan kesihatan yang baik untuk menjadi ibu kepada Naura dan Afwiyah..syukur..

Post a Comment

  1. Moga semuanya dipermudahkan KD..cubalah dapatkan 2nd opinion, manalah tau berpihak kat awak. Boleh tambah sorang lagi.

    Nak buat camne, dah Allah bagi ujian, redho ajelah

    ReplyDelete
  2. Moga semuanya dipermudahkan KD..cubalah dapatkan 2nd opinion, manalah tau berpihak kat awak. Boleh tambah sorang lagi.

    Nak buat camne, dah Allah bagi ujian, redho ajelah

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top