2
Assalamualaikum


Blog tak berapa nak konsisten dua tiga hari ni.Apa taknya,Disebabkan musim panas ni,anak-anak selalu on off demam.Ulang alik klinik dah banyak kali dah.

Yang terbaru ni,anak adik yang baru 2 minggu dilahirkan masuk wad gara-gara demam..yelah..baby kan..risau jugak bila dah masuk wad..

Anak-anak aku demam silih berganti..Si kakak awfiyah kat kampung baru-baru ni demam.Dari minggu lepas aku memang dah bawak dia ke klinik.Makan ubat,then baik.Rabu malam khamis tu pulak,mak call bagitahu kakak demam lagi.Kalut dah khamis pagi tu terus balik...Kesian kan bila anak anak ni tak sihat.Bawak lagi ke klinik.Sekali dengan adiknya.Dekat klinik je,doktor bagitau yang datang hari ni kes sama.Harap dia cepat sembuh.Kalau di rumah aku akan tanggalkan baju dia..berseluar je..Jadi taklah panas sangat.Jarang nak bawak dia keluar.Cuma payahnya nak minum air masak tu kena paksa baru jalan.

Sekarang ni fenomena strok haba dah pun merebak ke negara kita.Suhu panas semakin naik,membuatkan ramai yang terkena Strok Haba.Sebagai ibu bapa dan kita sendiri,kena ambil pendekatan lebih berjaga-jaga dan menjaga kesihatan diri sendiri dan keluarga.

source:google
Strok haba 
Paras suhu badan yang melebihi 40.5c.

Tanda Awal stroke haba adalah
  • Sakit kepala berdenyut
  • Mual
  • Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas.
  • Denyutan nadi yang pantas.
  • Kurang minum air masak.
Tanda lain Stroke haba
  • Otot lemah dan kejang
  • Muntah.
  • Kulit kering dan kemerahan
  • sawan
  • pitam
Langkah pencegahan
  • Menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.
  • Mengelap anggota badan menggunakan tuala basah
  • merendam di dalam kolam
Apa pun,kita sangat-sangat digalakkan untuk memperbanyakkan air masak dan mengurangkan aktiviti luar.

Jom kita lihat Tips Kekal sihat di MUSIM PANAS
Tips Kekal sihat di MUSIM PANAS
source:google


sama-samalah kita menjaga kesihatan kita untuk keluarga tercinta..peace!!

Post a Comment

  1. Kalau anak2 yg demam mmg kesian... haritu saya tolong jaga anak2 kakak... 3 org, 2 darinya demam panas... asyik la saya mandikan dorang... sbb dah bg mkn ubat demam n masuk ubat bontot pun still tak kebah demamnya...

    ReplyDelete
  2. Musim panas ni mmg kena jaga kesihatan.. air kena bnyk minum dan jngn berpanas sgt... kdg2 tak sedar tiba2 kena penyakit ssb panas ni kan...

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top