6
Assalamualaikum

Kadang-kadang kita para ibu ni,tak tau urutan bukan sahaja boleh mengeratkan lagi kasih sayang dan kekuatan tulang,tapi Bayi lebih bijak kalau kerap di urut.Hanya mengambil masa 5 minit sahaja urutan,ianya akan menjadi satu perkara yang luar biasa.

Selalunya naura,setiap kali mandi,aku akan sapukan seluruh badannya dengan lotion.Sambil letak losyen tu,sambil urut sikit-sikit anggota badan dia..Tapi mungkin kaedah urutan tak betul.Tapi bila terbaca satu artikel di sini,make sure,aku akan praktiskan bila mengurut naura nanti.

Urutan ini juga umpama kuasa ajaib yang mampu memberi kesembuhan dan ketenangan kepada mereka yang dalam ketegangan..Begitu juga bayi kan.

Sentuhan adalah elemen penting dalam membina ikatan erat setiap insan.Urutan adalah sebahagian daripadanya.Ia boleh menenangkan bayi dan membantunya tidur lena.Urutan juga boleh memberi kesan positif terhadap keseimbangan emosi dan psikologi seorang bayi.Hanya peruntukan beberapa minit sehari,sentuhan dan belaian ibu boleh menjadi perangsang kepada perkembangan positif si manja.

Tidak mustahil bayi yang diurut setiap hari mampu membesar sebagai anak yang bijak dan cerdas.Terdapat bukti saintifik menunjukkan urutan sangat penting untuk perkembangan serta tumbesaran bayi dan memberi perlindungan daripada jangkitan pada peringkat awal kehidupan seorang bayi.Tidak ada masa spesifik ditentukan untuk mengurut bayi.Namun,dicadangkan waktu yang sesuai untuk melakukan urutan ialah antara waktu menyusu bayi.Ia adalah cara bagi mengelak bayi tidak begitu lapar atau begitu kenyang.

Jom ikuti langkah ini untuk mengurut bayi.

source:google

langkah 1

KAKI
 Untuk melancarkan peredaran darah,tekan bahagian tengah tapak kaki dengan lembut menggunakan kedua belah ibu jari anda.jangan lupa urut juga bahagian paha hingga ke pergelangan kaki bayi.Lakukan pada kedua-dua belah kaki.

Langkah 2
Lakukan juga toe squeeze iaitu jari-jari kaki dipicit satu persatu.Lakukan dengan gerakan memutar dan diakhiri dengan tarikan lembut di setiap hujung jari kaki bayi.Lakukan pada kedua-dua beah kaki.
Bahagian kaki adalah kawasan yang kurang sensitif.Seeloknya mulakan sesi urutan pada bahagian ini.

Langkah 3

LENGAN
Seterusnya,lakukan urutan pada pangkal lengan tangan kanan dan kiri.Ia diurut secara gerakan memicit secara lembut.Kemudian,cuba buka tapak tangan bayi secara perlahan.Ia bertujuan untuk tarik lembut jari-jari bayi.Lakukan rolling pada lengan bayi.Buat gerakan dari atas ke bawah.Perkara yang sama dilakukan pada tangan sebelah lagi.

langkah 4

MUKA
Mulakan dengan open book iaitu anda perlu melurut muka dari bahagian tengah ke luar.Urutan pad abahagian muka perlu dilakukan dalam keadaan tenang.Urut juga bahagian pangkal hidung dan lurut ke arah pipi.Bahagian bawah bibir bayi juga perlu diurut.Lakukan secara perlahan dan lembut pada bahagian muka bayi.
Bagi bayi yang mempunyai masalah kerap menangis atau masalah pertumbuhan gigi,lakukan urutan pada bahagian muka.

Langkah 5

PERUT
Urut perlahan-lahan dengan menggunakan tangan kiri dan kanan bersilih ganti dengan melakukan gerakan sun and moon.Pergerakan ini harus bermula dari kiri dan ke kanan.Sebagai tambahan,anda boleh membuat urutan dengan membuat gerakan I,L,U.Urutan di bahagian perut dipercayai dapat mengurangkan masalah angin,kembung perut,kolik dan sembelit.


Langkah 6


BAHAGIAN BELAKANG

Baringkan bayi untuk melakukan bahagian belakangnya. Urutan yang dikenali sebagai swoop – neck to bottom ini dimulai daripada bahagian leher menghala ke pinggang. Urut belakang bayi dengan menggerakkan tangan ke atas dan ke bawah. Akhir sekali, letakkan jari di bahagian tengah belakang bayi. Lurut dengan lembut sehingga ke bahagian punggung bayi.

Urutan bahagian belakang dapat menghilangkan rasa ketegangan oleh bayi akibat terlalu lama berbaring.



Bila dah dapat melegakan bayi kita dengan urutan,dia tidur pun senang,rileks dan tenang kan..harap lepas ni boleh perbaiki cara urutan naura,Kakak dulu pun umi dok urut,cuma urutan tu tak taulah betul ke tidak..



Post a Comment

  1. Urut anak pun boleh hilangkan tekanan mak juga kan...

    ReplyDelete
  2. urutan kita tu meransang otak dan otot mereka kan.
    kita ni mak-mak pun wajib kena gi urut badan sebulan sekali :)
    meransang juga otak yg penat ni hi hi hihi...

    ReplyDelete
  3. bagus urutan ni,,,tapi kadang-kadang ada je part termiss urut sebab nak cepat..hishh

    ReplyDelete
  4. Urut tu boleh kurangkan stress ibu dan anak dalam masa yg sama...Sally ada baca dalam satu artikel...kekdahnya sama macam masa kita usap bulu kucing.. :)

    ReplyDelete
  5. betul tu.. sentuhan kulit buatkan anak lebih rapat dengan kita dan rasa dimanjakan.

    ReplyDelete
  6. tunggu next baby bole buat mcmni..heee

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top