4

Assalamualaikum



Dah setapak demi setapak pun dia..Syok sungguh tengok dia berusaha untuk berdiri dan berjalan.Kalau kat rumah,dia akan rajin bangun sendiri,ambil barang,bangun lagi dan berjalan walaupun hanya dua tiga tapak.

Umi dia pulak rasa tak sabar nak tunggu dia berjalan elok.Barulah best bawak jalan dengan kakak..hehehehe...Kot lepas ni,umi dia yang lebih penat berkejar dengan dia kan,

video

Tengoklah,punya gigih dia nak angkat bontot tu..iskkk..seronok pulak tengokkan.Alhamdulillah,mungkin dia awal sikit berjalan dari kakak dia..baru sahaja melepasi usia setahun..Ada aku ceritakan kenangan harijadi dia yang pertama di entry Happy Turns 1 Nur Naura Auni .Syukur sangat-sangat,anak membesar dengan sihat walafiat,....moga terus diberikan kesihatan yang baik.

Yess..akhirnya dia dah hampir dah nak berjalan.Kakak fiyah setahun 3 bulan baru boleh berjalan.Tumbuh gigi banyak dulu,baru dia berjalan,Naura Auni pulak,tumbuh gigi sebatang,pastu baru dapat kaki..tak taulah bila nak tambah gigi tu...Tak kisahlah cepat atau lambat,janji pembesaran dan tumbesarannya baik-baik je.



Insya allah,kalau terus cuba dan mencuba,insya allah..akan berjalan dengan baik nanti..kipidap anak umi

Post a Comment

  1. Hihi... punyalah berat montot tu nak bagi badan tegak:)
    Dah kuat kaki dia tu Eda. Memang tak lama tak terkejarlah kalau dia berlari.

    ReplyDelete
  2. gigih nak balance kaki tu hehe ...tahniah adik Naura! Nanti boleh teroka satu rumah pulak hee

    ReplyDelete
  3. Masa anak mak nak pandai jalan dulu KD, mak siap ikut cara dia nak bangun tau KD punyalah nak support biar dia berjalan... Lepas dapat kaki ni lagi panjanglah akal dia KD

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top